Thursday, December 30, 2010
Selamat tinggal 2010 :(
Cuti free kerana Arena Sukan Bola Sepak
Tuesday, December 28, 2010
Sunyi itu indah, tp aku rasa sunyi itu menyakitkan
Kini rumahku dah kosong betul-betul kosong. Yang ada hanya aku, mami, papa, ira, ijan dan si kecil Muqri. Kak nur, kakak sulongku sudah pu berpindah ke Lumut. Tiada lagi, Danish, Danial dan Dahlia. 3 tahun mereka tinggal di rumah mami dan kini mereka pergi tinggal kesunyian padaku. Sungguh sakit aku rasakan! Sakit rindu pada kak nur dan anak-anak buahku. Tak bermaya aku rasakan.
Sunday, December 26, 2010
Cepat sungguh
Well, aku banyak betul masa yang aku lalui untuk dikongsi bersama kalian. Cerita sedih mahupun cerita bahagia. Sebulan bulan November, ma aku ada datang rumahku dan tinggal du rumahku selama sebulan. Tenang sungguh ma di sini, tapi ma bukan boleh tinggal lama-lama di rumahku. Ma balik ke kelantan.
Bulan November yang lepas, kawan baikku di zaman kanak-kanak sudah pun kahwin. Selamat sudah. Aku happy untuk Sally dan suaminya, semoga bahagia hingga ke ahkir hayat. 28 November juga, alu ada buat surprise party untuk Yatee, kawan baikku. Best. Biasalah kami, karaokelah kerja kami. Dia betul-betul tidak sangka yang aku nak surprise party untuknya, kata pun nak surprise. Seronok dan best!
Akan aku lakukan lagi surprise party untuk orang yang aku sayang ;) Pasti!
Thursday, November 25, 2010
pen drive ada problem
Wednesday, November 24, 2010
Cuba genre Novel cinta islamik
Wednesday, October 27, 2010
Perginya seorang yang tersayang.
Kasih sayang angah ada selalu bersamaku. Setiap saat aku akan mengingat dan merindui angah.. Al-Fatihah untuk angahku
Friday, September 24, 2010
Selepas Raya, tersikit lega dalam kerjaya, tapi dalam kehidupan hanya ALLAH yang tahu!
Tuesday, September 7, 2010
'SELAMAT HARI RAYA!'
Ramadhan akan tinggalkan ku
Ramadhan sudah hampir pergi meninggalkanku. Aku termenung seketika, adakah aku memenuhi Ramadhanku dengan ibadah yang cukup. Sayu untuk melepaskan Ramadhan ini pergi tapi Ramadhan akan pergi jua dan merelakan kepergian itu. Aku bertanya pada diriku, adakah aku akan bertemu lagi Ramadhan ini di tahun akan datang?
Wednesday, August 18, 2010
Jumpa kawan di zaman kanak-kanak...
Rahmat ramadhan, aku bertemu kawan rapatku di sekolah rendah di FB ini,alhamdulillah! Rindu sangat pada Aida Adha. memang sudah lama sangat aku cari Aida, dia kawanku di sekolah rendah, SKK Kajang. Aku dengan dia cukup rapat kami kawan satu sekolah,kawan satu kelas 3,4 dahlia dan kawan satu bas 'cik mail'. Aku sudah lama request dia di tidak accept aku sebab dia tak 'cam' aku, yalah sudah hampir 20 kami tidak bertemu. Yang membuat dia tidak 'cam' aku sebabnya kini aku bertudung. Hehehe dulu aku liat untuk bertudung, kami pergi mengaji bersama, selepas sahaja mengaji aku akan tarik tudungku itu. Itu hanya di zaman kanak-kanak dan kini aku sudah tua. Tua ke?
Dulu ada juga kami pernah juga berutus surat dan bertukar gambar tapi semenjak dunia kami sudab beralih ke dunia remaja dan dewasa kami sudah mula sibuk, dengan itu kami terputus hubungan. Dengan tidak disangka kami bertemu di ruang Facebook. Aida sudah berkahwin dan ada anak seorang, lelaki. Aku tumpang gembira!
Wednesday, August 11, 2010
Kerianganku bersama mereka!
Thursday, July 29, 2010
Tiba-tiba terindu
Apa yang aku buat
Saturday, July 24, 2010
lama tak update
Saturday, July 10, 2010
Kenapa mesti tipu diri sendiri
Thursday, July 8, 2010
Hari ini, terseksa sungguh
Selalu bangun lewat, geramnya
Boleh dikatakan setiap hari aku bangun lewat. Setiap kali aku terbangun lewat, aku akan marahkan diriku sendiri. Setiap hari aku marah pada diriku dan berjanji pada diri sendiri tidak akan bangun lewat lagi. Argh, janji tinggal janji, esoknya aku akan bangun lewat lagi. Tension betul. Tapi aku bangun solat subuh tau, selepas solat aku tidur balik hahaha.
Cara-cara untuk bangun awal bagi mengikut teori akal, tidur jangan lewat sangat, melainkan korang ada semangat yang kental, tidur sejam pun korang boleh bangun awal.
Tetapkan niat korang nak bangun pagi solat subuh, berdasarkan eksperimen yang aku buat, kaedah ini sememangnya berhasil dengan jayanya.
Adalah pasang dua tiga jam loceng, aku rasa cara tradisional ini tak berkesan seandainya cara pertama dan kedua tidak dipatuhi, kalau bangun pun, tangan korang capai untuk tutup alarm handphone dan sambung tidur, serupa tak payah! Itulah aku.
aku berharap sangat, pada masa akan datang lebih banyak aku boleh bangun pagi dan harapan pagi yang dimulai dengan solat subuh mampu menjamin hari yang cemerlang untuk kita. Aku akan usahakan. Rezeki susah nak datang kalau kita selalu bangun lewat. Aku cabar diriku, bangun awal esok pagi dan buat novel denga masa yang lebih awal.Malam aku boleh menahan mata tak akanlah waktu pagi aku tak boleh nak tahan mata. Cuba!
VIVAnews - Terlambat seringkali membuat seseorang tidak dan kehilangan mood bekerja atau belajar. Sebagian besar alasan mengapa seseorang terlambat di antaranya karena kesulitan bangun pagi.
Berikut beberapa tips sederhana yang membantu Anda dapat bangun pagi hanya dalam dua minggu.
- Atur Ulang Jam Biologis
Dengan mengubah jam biologis, Anda mampu bermetamorfosis dari seseorang yang sulit bangun pagi menjadi orang yang mampu bangun lebih cepat. Sebelum tidur lakukan hal-hal berikut.
* Gantung pakaian yang akan Anda gunakan esok pagi dan pisahkan dari pakaian yang lain.
* Siapkan sarapan untuk Anda besok pagi.
* Periksa agenda dan cek apa yang akan Anda lakukan. Otak akan merespon rencana kegiatan itu dan Anda tidak akan dipenuhi pertanyaan "Saya melakukan apa".
- Cari Motivasi Bangun Pagi
Agar mampu bangun pagi, Anda harus memiliki motivasi kuat mengenai hal itu. Dengan kata lain, Anda membutuhkan alasan mengapa tidak ingin kembali tertidur selama 15 menit di pagi hari.
Jika pekerjaan tidak memberi motivasi, lakukan untuk diri sendiri. Isi pagi hari dengan melakukan hal-hal yang bernilai bagi Anda seperti mengobrol dengan anak-anak, mengunjungi taman, berolahraga atau mempersiapkan pertemuan dengan klien.
- Beri Hadiah setelah Bangun Pagi
Anda memerlukan hadiah bagi diri sendiri saat berhasil bangun pagi. Nikmati sarapan enak dan baca koran saat berhasil bangun pagi. Janjikan diri sendiri untuk membaca buku kegemaran atau ke pusat kebugaran nanti malam. Jika dapat bangun lebih pagi, Anda dapat menggunakan waktu untuk melakukan hal-hal yang Anda sukai.
- Tidur Lebih Awal
Orang yang sering terlambat bangun pagi berpikir orang bangun pagi karena mereka mengalami kesulitan tidur. Bila ingin mengubah kebiasaan tidur, Anda mesti berpikir seperti orang yang bangun pagi hari. Rahasia bangun pagi ternyata sangat sederhana, tidur lebih awal.
- Sejuta Manfaat dari Bangun Lebih Pagi
Begitu Anda mengikuti beberapa tips di atas dan bangun pagi, Anda akan menyadari mengapa orang sering berkata "ayam yang bangun pagilah yang mendapat cacing". Anda akan menemukan dunia yang berbeda jauh dari yang Anda alami selama ini.
Anda bisa menikmati matahari pagi dan berjalan-jalan. Anda bisa lebih santai menikmati kopi dan sarapan. Manfaat bangun pagi lainnya, Anda dapat menghirup udara yang lebih segar dan terhindar dari stres karena kemacetan.
Kredit untuk ;http://kosmo.vivanews.com
Monday, June 28, 2010
Aku di Kampung.
Thursday, June 24, 2010
balik kelantan
Wednesday, June 23, 2010
Ayat Syifa. Sekadar mahu berkongsi.
| ||||||||||||||||||||||||
Tuesday, June 22, 2010
Aku draf manuskrip ke 2
Hahaha manuskrip pertama pun belum diterima sepenuhnya, sekarang ini sudah drap manuskri ke 2... bercita-cita tinggi sungguh anne kasih Mustaffa ini. Tapi, tidak salahkan. Jadi penulis adalah mahuku dan itu yang aku realitikan jadi tidak salah kalau aku bergerak dengan pantas. Lakar cerita sudah pun aku lakarkan. Jalannya ringkas dan banyak juga masalah yang aku fikirkan untuk menyelesaikannya.
Friday, June 11, 2010
Alhamdulillah!
Sunday, June 6, 2010
Akan kubuktikan
Friday, June 4, 2010
Teruja
Thursday, June 3, 2010
Perlu ke....
Wednesday, June 2, 2010
Cukup lama
Friday, May 28, 2010
Hang out bersama Yatee
Thursday, May 27, 2010
jiwa kosong
Apabila jiwa kosong maka kehidupan umpama lorong duka lara, simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.
Jiwaku sarang dengan keserabutan, aku
Argh, aku biarkan sahaja jiwa ini kosong. Mungkin dengan kekosongan ini akan menemui kedamaian.
Wednesday, May 26, 2010
Berjumpa Ayang
Berjumpa Ayang. Tidak pun merancang, masa Ym dengan Yatee tiba-tiba dia beritahu padaku yg dia mahu mengambilku dan berjumpa dengan Ayang pada malam ini dan aku turut sahaja. Memanglah aku mahu berjumpa dengan Ayang sebelum dia berkahwin dan aku ingin menghadiahkan sesuatu padanya.
Yatee pun mahu berjumpa Ayang. Set kami akan pergi untuk berjumpa Ayang di Bangi. Yatee tidak tahu jalan ke Bangi dan aku tahulah juga disebabkan adikku belajar di
Salwana juga turut serta. Sa tunggu kami di depan
Pukul 10.15pm ayang sudah sampai di Hj Samuri hanya 10minit lambat dari kami. Kami makan dan berbual. Aku kurang selesa, yalah ada lelaki yang aku tidak kenal, aku bukannya suka sangat berjumpa dengan lelaki yang aku tidak kenal.
Selesai makan, kami terus beredar dari banggunan Hj Samuri ini dan kami menghantar Ayang ke rumah sepupunya. Salam dan berpelukkan itu menandakan yang kami mengakhiri pertemuaan di malam ini. Aku menghadiahkan balang dari ikea untuk Ayang sebagai tanda tahniah, dia akan berkahwin tidak lama nanti.
Gambar sebagai kenangan
Wednesday, May 19, 2010
Selamat,alhadulillah!
Akhirnya apa yang dinantikan sudah terlerai penantian. Ira sudah pun selamat melahirkan putera sulongnya, congrats ya ira & Eijan. aku yakin kau orang akan jadi ibu dan ayah yang baik dan juga penyayang. Aku sangat sayang pada anak kecil kau orang berdua kerana anak kecil itu adalah darah dagingku. Aku juga akan merawat anak kecil itu. Muhammad Muqri Razin akan cik anne rawat,belai dan sayangimu sangat-sangat.
Saturday, May 15, 2010
Sabtu yang sepi
Thursday, May 13, 2010
X jadi gi
Wednesday, May 12, 2010
Aku dan The Sims
Sunday, May 9, 2010
Sekali internet rosak
Dsl modem internet ROSAK so tak boleh nk access internet... wuawuawua!!! TMnet cepat replace modem baru... i want a new, advanced n good modem!!!
Saturday, May 8, 2010
8 may
Thursday, May 6, 2010
Nak beli sandal
Ni yang aku berkenan tapi tinggi pula, kalau dulu aku pakai aje tapi sekarang kena pilih untuk kesihatan.
Wednesday, May 5, 2010
PC tidak ada
Emm,bosannya aku malam ini, apalah hendak buat. Aku tengok TV sajalah. Selepas mami solat isyak dan baca yassin, aku temankan mami dan berbual bersama mami. Aku tidak buat apa-apa selain membaca novel yang belum aku habiskannya. Malam ini tidur awallah aku, yalah tidak ada yang hendak dibuat.
Rizal ada hubungiku, mahu atau tidak aku melayan sekadar membuang kebosanan yang singgah sebentar dalam hidupku ini. Kebosanan wujud kerana PC aku tiada, hidupku sememangnya bersama PC. Aku dapat rasakan kalaulah PC tiada bersamaku mendungnya hidupku ini dan aku rasa dengan kewujudan PC dalam hidupku membolehkan aku melakukan apa sahaja yang aku ingini.
Huh, PC cepatlah pulang!
Tuesday, May 4, 2010
Pergi tengok baby nora
Semasa dia mengandung,aku mahu sangat tengok muka dia mesti comel tapi tidak ada kesempatan, tidak mengapalah. Semasa dia bersalinkan babynya, aku tidak ada di Subang, aku di Rantau panjang so tidak ada kesempatan untuk kami berjumpa, dia pun terus balik ke Muar Johor.
Semalam dia menghantarkan SMS kepadaku untuk memberitahu yang dia dan babynya aku balik ke Subang. Teruja sungguh! Tak sabar hendak melihat junior Nora dan puteri Aha. Malamnya aku pergi bersama Kak Nur, Danish dan Dahlia. Biasalah Dahlia bila tengok baby excitednya dia, kelakar aku tengok gelagat anak buahku itu. Iffa pun ada bersama kami, Iffa kawan sekolej aku dan Nora. Dahulunya dia serumah dengan Nora.
Lama juga kami berbual, Nora cerita pengalaman waktu bersalinnya. Wah, cukup mengerikan. Dia yang kuat semangat dan tahan sakit pun boleh sesekit itu. Aku rasa dia salah seorang kawanku yang strong tapi mungkin hal bersalin ini tidak. Alah, tidak kisahlah, yang penting Nora sudah pun selamat bersalin dan sudah ada pun puteri yang cukup comel.
Aku sentiasa doakan dia dapat melayari kehidupannya dengan alunan yang cukup membahagiakannya dan tiada sebarang musibah yang kuat di dalam bahteranya itu.
Saturday, May 1, 2010
Selamat Hari Bekerja
Bagi orang yang bekerja SELAMAT HARI BEKERJA!
Hujan lebat jadi Internet rosak. Argh!!!
PC terpaksa di offkan so tidak boleh menulis, mahu tidur sudah pukul 4.25 petang, mahu tengok TV sah-sahlah tidak boleh. Aku turun masak nasi goreng ikan bilis lagipun aku belum makan tengah hari lagi.
Hujan masih lebat, aku membaca novel, sudah hendak menulis novel tidak boleh jadi aku membaca novel yang masih belum kuhabiskan. Leka membaca sehinggakan tidak menyedari masa berjalan dengan pantasnya. Pukul 7.30 malam kilat sudah pun berhenti jadi aku membuka PCku dan membuka microsoft office. Kalau seperti biasa, internet akan sendirinya mengaktifkan di PCku tapi kali ini tidak. Ohh NO, internet down, oooo... Alah, tidak kisahlah, tapi macam mana dengan tanamanku di FarmVille mesti mati semua tanamku itu, huh, ruginya! 30 April aku belum up date blog, emm biarlah hendak buat macam mana.
Malam ini Ili balik, mujurlah dia bawa balik broadbandnya bolehlah aku mengupdatekan blogku ini. Terima kasih Ili!Aku menyelesaikan manuskripku sampai pukul 2.30 pagi, sudah siap tapi aku mahu touch up sesikit, mana yang pendek aku mahu panjangkan dan mana yang tidak beberapa menarik, aku mahu meng'wow'kan. Aku mahu betul-betul puas hati pada karyaku itu.Minggu depan aku mahu mengarang novel baru, Insya Allah.