Thursday, August 27, 2009

27 ogos... sekadar mengingati!





Dulu amat dinantikan tangkal 27 ogos tapi kini cuba memandamkan segala yang tercatat pada tarikh ini. Biarlah ia berlalu pergi dan merelakanlah ia pergi dari kehidupan ini. Sejujurnya, tarikh ini masih diingati tapi ia sekadar didalam memori saja, tak bererti apa-apa lagi. Tak usah risaukan dengan tarikh ini dan memori yang lepas-lepas. Masa demi masa akan terpadamlah memori yang lepas-lepas.
Ya hidup harus pandang ke depan dan jangan sesekali menoleh ke belakang. Tapi tak salahkan kalau kita sekadar mengingati apa yang pernah hadir dalam kehidupan ia. Dan, mengingati yang pernah terindah dalam hidup ini. Hanya sekadar mengingati mungkin tak salah.
Mungkin tahun ini, tahun yang terakhir mengingati tarikh ini dan akan lupakan terus tentang tarikh ini. Tak mungkinlah tarikh ini akan bererti lagi dalam hidup ini. Ia akan terjadi kenangan yang tak mungkin diabadikan lagi.
Bersungguh untuk lupakan tarikh ini kerana mahu mengingat tarikh lain yang lebih bererti lagi untuk selama-lamanya. INSYA ALLAH!

Monday, August 24, 2009

The "BE" Attitudes


Be understanding to your perceived enemies..

Be loyal to your friends.

Be strong enough to face the world each day.

Be weak enough to know

you cannot do everything alone.

Be generous to those who need your help.

Be frugal with what you need yourself.

Be wise enough to know that

you do not know everything.

Be foolish enough to believe in miracles..

Be willing to share your joys.

Be willing to share the sorrows of others.

Be a leader when you see a

path others have missed.

Be a follower when you are shrouded

by the mists of uncertainty.

Be first to congratulate an opponent who succeeds.

Be last to criticize a colleague who fails.

Be sure where your next step will fall,

so that you will not tumble.

Be sure of your final destination,

in case you are going the wrong way.

Be loving to those who love you.

Be loving to those who do not

love you; they may change.

Above all, be yourself.

Sunday, August 23, 2009

Panduan yang terbaik mengubat hati

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk,
inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

· Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

· Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya

· Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya

· Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

Memang begini yang selalu dilakukan.. Bersolat dan berzikir amat menenangkan hati yang sedang berserabut dengan pelbagai masalah.
- wallahualam -

Saturday, August 22, 2009

Huh.. kejutan yang diberikan!

Tiba-tiba kehidupan ini dikejutkan dengan keadaan yang ALLAH berikan. Terkejut sangat tapi dapat dikawal dengan perasaan yang cukup senang dan indah. Entahlah, hati ini masih tak pasti apa yang terisi. Biarlah masa yang menentukannya. Sudah malas untuk mengimpikan yang indah kalau diimpikan mungkin keadaan tidak akan terjadi seindah ini. Hari ini tak impikan apa-apa tiba-tiba indah yang datang dalam kehidupan ini.
Huh, alhamdulillah... suka sangat dengan keadaan ini tapi tidak mengharapkan apa-apa yang akan terjadi. Malas untuk mengharap, takut kalau-kalau harapan itu akan tinggalkan kesan yang menyakitkan di dalam kehidupan ini. Jadi, biarlah ALLAH yang menentukan apa yang berlaku nanti.
Kalau dengan kejutan ini, hidup ini bertukar menjadi indah dan berseri, bersyukurlah tapi kalau dengan kejutan ini kedukakan dan kelukaan akan tercipta maka bersedialah untuk menerima keadaan yang sukar itu.
Dalam hidup ini hanya ALLAH saja yang mampu untuk menentukan apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku. Kita hanya bersedialah dengan sebarang kemungkinan yang terjadi.

Friday, August 21, 2009

Ikhlas ke kasih sayang yang diterima...


Orang sayang kita, kita kena menerimanya. Bukan nak tolak pulakan kasih sayang yang orang bagi tu. Kasih sayang itu bukan mudah untuk kita miliki. Kasih sayang yang ikhlas amat sukar, ada lagi ke orang yang ikhlas berkasih sayang ni. Kasih sayang dari lelaki maksudku kekasih hati, sampai bilalah kasih sayang itu dapat bertahan... setahun mungkin tebal lagilah kasih sayang tu, dua tahun dah mula beralih sikit, 3 tahun nak cakap sayang pun dah malas, 5 tahun tak tahulah ada lagi tak kasih sayang tu.
Mula-mula berkasih.. huh, saya sayang awak, saya pun sayang awak, saya sayang awak sangat2... pengalaman ini mesti berlaku lah pada semua orang. Indahkan kalau kasih sayang tu semacam kasih sayang yang seperti kita mula-mula terima. Kasih sayang yang tak berubah, adake? Ada.. kasih sayang seorang IBU. Kasih sayang seorang IBU tak mungkin akan berubah, walau sejahat mana pun anak itu, ibu akan menyayanginya dan memberi kasih sayang yang tak terhingga pada anak itu. Kasih sayang IBU amat ikhlas. Tiada yang dapat setanding kasih sayang seorang ibu...
IBU memang seorang yang ikhlas pada anaknya, ibu haiwan pun ada kasih sayang pada anak haiwan itu. Kita cakap ni, soal kasih sayang lelaki. Adakah keikhlasan kasih sayang yang diterima oleh perempuan itu dari kekasihnya. Ikhlas ke, sejauh mana kasih sayang itu. Entahlah memang sukar untuk menilai kasih dari seorang lelaki.
Tapi, ada je lelaki yang ikhlas. Tak semua lelaki tak ikhlas pada kasih sayang ini. Kalau tak de mungkin tak de la kebahagiaan. Jangan terlalu berikan nilai yang negatif saja pada lelaki, lelaki pun seorang insan yang baik di sisi ALLAH. Malah, lelaki ini dijadikan kalifah kepada perempuan untuk membimbing seorang perempuan. Lelaki yang ikhlas di dalam berkasih sayang. Dan, perempuan harus percaya yang kasih sayang yang diterima itu cukup ikhlas. Ikhlas... ikhlas ini biarlah ALLAH yang menilainya.

Lagu Cinta yang dulunya cukup indah...


Dato' Siti Nurhaliza - Tak Rela Berpisah Darimu


Dato' Siti Nurhaliza - Gelora Kasih
Suka denganr lagu2 ni, cukup tangkap syadu... Pernah delicate lagu pada lelaki pujaan pada satu masa dulu, kira2nya 10 tahun yang dulu. Waktu tu aku harap sangat hidup ini dapat kebahagiaan bersama lelaki itu tapi kini aku sudah tidak bersama lagi dengan lelaki itu. Dan, kini aku mengharapkan yang kebahagiaanku akan hadir dan memiliki kebahagiaan itu tuk selamanya. Untuk kebahagiaan yang baru itu sudah tentunya bersama orang baru!

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT BERPUASA


Huh... kejap sungguh masa ni dah nak puasa. So, selamat berpuasa, tingkatkanlah amalan di bulan yang baik ini dan semoga ALLAH menerima segala amalan kita.
SELAMAT BERPUASA!

Tuesday, August 18, 2009

15 madah cinta

Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan paling hangat sepanjang tahun ini.

Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.


ihsan- gua.com

Andaian Cinta

Cinta tak semestinya bersatu. Cinta itu memang indah dan tiada yang seindah cinta. Tapi, bagi insan yang pernah terluka, cinta itu cukup menyeksakan dan cinta itu tiada keindahan hanya menyakitkan semata-mata. Tapi, di dalam agama, cinta itu amat suci dan cinta itu cukup penting untuk kehidupan. Dengan cinta kita akan memiliki kasih sayang dan semangat untuk kehidupan.
Cinta penting sangat ke? Kalau ditanya pada pasangan yang sedang enak bercinta akan menjawap yang cinta itu adalah nadi. Kerana cintalah hidup ini indah dan kerana cintalah hidup ini cukup hebat. Dan, ditanya pula pada yang sedang kecewa, pastinya cinta itu cukup membosankan dan racun. Hidup dengan cinta amat menderitakan...
Pelbagai andaian cinta yang diberikan... Cinta bukanlah segalanya tapi dengan cinta hidup ini akan berseri indah!
Di dalam buku yang berjudul Tafsir Al-Qur’an: Nikmatnya Cinta menerangkan: karena menghimpun ayat-ayat Al-Qur’an yang berbicara tentang cinta, kemudian dijelaskan uraian atau penafsiran­nya. Jadi, buku ini termasuk tafsir tematik yang dalam ilmu tafsir disebut tafsir maudlu’i.

Cinta itu diciptakan nikmat oleh Tuhan sebagai motor penggerak dalam kehidupan manusia. Karena cintalah manusia merasa nikmat dalam melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Tuhan. Sebaliknya, manusia merasa gelisah sewaktu mengerjakan larangan dan melaksanakan perintah-Nya.

Dengan cinta pula manusia merasakan akrab, menikah dan tolong-menolong dalam pergaulan masyarakat. Cinta pula yang mendorong orang bekerja keras untuk memenuhi keperluan hidup diri, keluarga dan orang-orang yang dicintainya. Tetapi Tuhan mengingatkan agar mencintai sesama dan harta benda tidak melebihi cinta kepada-Nya agar meraih keselamatan dunia dan akhirat.

Monday, August 17, 2009

kecewa.. hati yang terluka..


Hati ini milik kita jadi jangan biarlah ia terluka disebabkan orang lain yang tak berhak keatas hati kita. Hidup ini untuk kebahagiaan. Seboleh-bolehnya carilah kebahagiaan itu untuk membuat hati ini bahagia dan indah...
Tak guna hidup jikalau membiarkan hati terluka. Hati ini menguasai kehidupan, apa-apa yang terjadi akan memberi kesab pada hati. Jagalah kehidupan dan jagalah kebahagiaan agar hati tidak dilukai. Hati milik kita dan kita berhak membahagiaan.
hidup didalam keadaan hati yang terluka amat menyakitkan. Oleh itu, jangan biar ia terluka tapi kalau ia terluka amat sukar diubati.
Sakit hati... mana ada ubat... mana ada doktor yang mebuat pil khusus untuk hati yang terluka tapi ALLAH S.W.T ada ubat yang amat berkesan tapi cukup jarang orang menggunakannya, alasan sibuk, tak sempat! Tapi, ubat yang diberikan cukup berkesan: solat... solat akan membuat ketenangan hati itu hadir tanpa diduga, membaca AL-QURAN itu amat berkesan. Jangan lalaikan diri ketika hati terluka yakinlah yang ALLAH akan sentiasa bersama orang yang terluka...

Sunday, August 16, 2009

Menanti sebuah jawapan..


Semalam lelaki yg cuba aku lupakan menghubungiku dan hari2 dia hubungiku. Aku jawap panggilannya dengan jiwa yg tak pasti... Sukar untuk membuat pengakuan tentang cinta ini. Memanglah untuk dicintai dan menyintai itu satu keindahan tapi takut kalau- kalau dikecewakan kali yang ke berapa pun tak pasti...
Cinta,kasih sayang, rindu amat indah dan paling indah kalau ada orang yang confirm menyitai, merindui dan menyayangi kita tanpa dipaksa tapi itu semua cukup sukar untuk kita miliki. Kalau memiliki itu semua pun mungkin di dalam masa yang amat panjang. Letihlah dengan semua itu!
Menanti sebuah jawapan.. jawapan yang membahagiakan, jawapan, yang menderitakan hanya ALLAH saja yang tahu. Kita sebagai manusia mahukan semua jawapan itu di bawah laungan yang cukup menceriakan hidup kita dan cukup membahagiakan hati kita tapi itu semua terletak pada yang ESA.
Menanti sebuah jawapan itu cukup menyeksakan... kita tak tahu apakah jawapan itu nanti dan jawapan itu akan membawa impak yang cukup besar bagi kehidupan. Kalau jawapan itu bahagia pasti itu impak yang amat dinantikan, ia akan membuat hidup ini bahagia,tenang, ceria dan ia cukup membuat hidup ini bersemangat. Tapi, kalau hidup ini menerima jawapan yang derita itu cukup membuat dunia ini lemah untuk meneruskan kehidupan. Dengan jawapan yang derita itu hati,perasaan,jiwa dan hidup ini akan berasa cukup seksa, duka, sunyi, malang dan apa-apalah yang menderitakan hidup ini. Emm, tapi sebagai manusia haruslah menerima segala keputusan yang ALLAH tentukan pada kita. Hidup yang bahagia itu kan membuat hidup bersemangat tapi jangan bila derita tiba hidup akan diredup malang. Sebagai manusia kita mampu untuk membuat yang terbaik dengan berdoa dan berusaha. Jangan sesekali berputus asa!

Thursday, August 13, 2009

PISAU CUKUR...

film yang cukup perfect... Mesti, sure, pasti, confirm gi tengok.. FAZURA, Liyana Jasmin, Nabil... Huh.. tak sabar nak tunggu... Memang dah lama Fazura tak berlakon film
Tapi, aku bukan pisau cukur...aku perempuan yang menggunakan pisau cukur tu untuk termpat tertentu hehehe...

Kahwin...





Suka tengok episod 3r kali ni, Stressnya Belum Kahwin (Part 2). Dulu fikirlah hal-hal kahwin ni tapi sekarang macam malas nak fikir. Kalau ada jodoh pasti akan kahwin. Tapi, ALLAH kan sudah menjanji yang setiap manusia pasti ada pasangan masing-masing. Umur 25 ke, 28 ke, 30 ke tak kisah lah, asalkan kahwin. Kahwin tu sunnah NABI. Kahwin itu pekara yang mulia tapi kalau xde jodoh lagi macam mana nak kahwin.
Kata orang hidup single ni lebih baik dari perkahwinan yang tak bahagia, perkahwinan yang bermadu dan perkahwinan yang permalahan. Tapi, tak semua perkahwinan itu malang...

Pengertian Perkahwinan:
Firman Allah: Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan
pada hati suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yang hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti muktamadlah akad
sahlah nikah dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah
Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
isteriku, taatilah hukum Allah....
suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w

Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak

Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan penyayang suami' 'cinta dan kasih isteri' lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan..... Soleh dan solehah.
Bila dah sampai usia 24-25 ni memang tak boleh lari dari
dihujani persoalan jodoh dan perkahwinan. Apalagi ditambah dengan
sahabat seorang demi seorang mula menamatkan zaman bujang yang tak
akan berulang kembali. Tapi, kini sudah 28 tahun... Soal bila nak kahwin tu dah bukan isu lagi...
Teringin nak berkahwin tapi belum sampai jodohnya.. Jodoh ni rezeki itu di tangan ALLAH. Hanya ALLAH yang tahu bila jodoh ini akan hadir

Kesunyian hanya sementara saja..

Hidup ini adalah sementara dan yang datang pun pasti bersifat sementara. Janganlah terlalu runsing sangat dengan perkataan sementara. Apa-apa yang berlaku ini tak akan selamanya. Macam-macam hidup ini ditempuhi, kedukaan,keseorangan,bersendirian... yang nyata SUNYI. Kawan-kawanku mungkin bahagia dengan kehidupan mereka dan mungkin tiada kesunyian lagi dalam hidup mereka.
Memang sunyi ini kadang-kadangnya membuat dunia ini luka dan suram. Kerana kesunyian juga hidup ini airmata cukup mudah untuk mengalir tapi apalah hak kita usir kesunyian itu di kala ia dara dalam kehidupan ini. Kesunyian itu adakalanya mengasyikan, dengan kesunyian ia memberi ruang pada diri ini untuk mengenali erti kehidupan yang sebenarnya. Jangan salahkan kesunyian kalau ia membuat kita menangis dan sayu kerana ia tidak akan hadir jikalau kita yang menjemputnya datang. Jangan biarkan diri dilanda kesunyian kelak kita akan tergelam dengan kesunyian tanpa kita pandai untuk mengawal keadaan yang menlanda kehidupan kita sendiri.
Hidup dengan kesunyian, mungkin dengan kesunyian kita diberi kesempatan untuk berbicara dengan diri sendiri, untuk mengenali siapa sebenar kita di dunia ini dan dengan kesunyian itu akan membuat kita tenang dan damai... Ya damai itu yang tepat bila dikaitkan dengan kesunyian.
Tapi, yakin yang kesunyian ini tak mungkin kekal lama. Ia akan pergi dan digantikan dengan keriangan dan keriuhan. Keriangan dan keriuhan.. emm, suasana itu mungkin tak mengsayukan akan hati ini tapi ia membuat kehidupan ini bertukar menjadi sebuah yang indah, sesuatu yang diimpikan dikala kesunyian. Ahh, kesunyian itu tidak mungkin kekal lama dan ia hanyalah bersifat sementara saja. Yakinlah yang kesunyian akan bertukar dengan keadaan yang lebih membahagiakan hidup ini.

Sunday, August 2, 2009

Matlamat Cinta...

Sedang bercinta matlamatnya semestinya untuk berkahwin, untuk membahagiakan pasangan masing2, untuk mencari keserasian dan untuk teman menemani. Tapi, adakah matlamat itu akan kekal. Matlamat itu mungkin untuk sementara waktu, bila kita dah dapat matlamat itu akan kita tak kan jaga lagi matlamat itu.
Kalaulah setiap insan menjaga matlamat itu mungkin dia tak akan sia-siakan matlamat itu. Orang yang cuba memikat... matlatmatnya untuk mendapat cinta tu tapi klu dah dapat adakah ia menjaga cinta itu.
Cinta itu susah dan sukar diramal mungkin sebab itulah matmalat dalam cinta tak kan kekal.. Matlamat cinta memasti kedua-dua matlamat yang sama kalau matlamat pasangan bercinta itu berlainan untuk ia tidak akan membawa erti apa-apa...
Matlamat cinta itu penting tak kiralah sama ada kita dalam percintaan, pertunangan dan perkahwinan. Kekalkanlah matlamat cinta itu sekira sudah memilki cinta yang abadi. Janganlah sesekali kita mematikan matlamat cinta. Kerana dengan matlamat cinta itu kita akan terasa lebih yang yakin untuk menuju matlamat cinta yang lebih bahagia!