Thursday, November 25, 2010

pen drive ada problem

Huh, pen drive aku buat hal. Entahlah, macam mana boleh error pun aku tidak tahu, dalam tu ada novel yang aku mahu siapkan dengan cepat, kerana aku mahu hantar ke Alaf 21 hujung bulan ni. Hiss, aku pun tidak tahu kenapa, kalau aku benar-benar semangat pasti ada sahaja yang menyekat kemahuan dan menghalang keinginanku. Huh, aku bengang sungguh, tapi hendak bengang pada keadaan tidak mungkin, keadaan ini kan Allah yang tentukan, jadi mahu atau tidak aku redhakan sahaja. Pasti ada sesuatu untukku.
Walaupun sebegitu hebatnya ujian, aku tidak mungkin mengalah. Aku tidak kenal erti kalah. Aku akan terus usaha, pen drive ada masalah, aku cuba buat cerita lain. Menuliskan keinginanku, hobiku, kesukaanku dan keselesaanku, jadi untuk menulis cerita yang lain Insya Allah tiada masalah bagiku.
Aku akan terus menulis dan berkarya walaupun ada dugaan yang melanda. Biasalah hendak berjaya sudah tentunya banyak dugaan. Aku tidak mungkin mengalah sehinggalah aku mengecapi apa yang aku impikan. Aku mahu jadi penulis yang bagus! Itu impianku yang akan aku capaikan.
Selamat berjuang untuk berjaya wahai Anne Kasih Mustaffa. Mami dan adik-beradik ingin sangat melihat aku berjaya dan akan aku jayakan diriku di dalam bidang yang aku cintai. Solat+doa+usaha=pasti berjaya! Amin.

Wednesday, November 24, 2010

Cuba genre Novel cinta islamik

Aku berface book dan aku terlihat Face Book Alaf 21 yang mahu meramaikan penulis genre islamik dan aku cuba untuk menulisnya. Nampaknya aku suka menulis dan berkarya di dalam genre ini, mungkin secara kebetulan aku aku di masa ini banyak membaca novel cinta islamic.
Aku menulis novel islamik ini dan mahu menghantar kepada Alaf 21 'Nur', harap-harap diterima. Aku menulis apa sahaja yang terlintas difikiranku dan aku ada masukkan potongan ayat-ayat suci Al-Quran. Aku harapkan agar aku selesa dengan genre ini. Aku mahu jadi genre ini genre yang tetap di dalam penulisanku.
Sekarang ini, aku banyak membaca dan memexplore genre novel islamik ini. Walaupun begitu, aku tidak akan memhadkan dunia penulisanku, aku akan menulis di dalam genre cinta biasa juga. Aku tidak pandai menulis genre lain, selain cinta. Mungkin kerana aku ini jiwang karat kut. Entahlah. Ataupun aku ni suka sangat membaca, memonton dan mendengar cerita cinta, argh tidak kisahlah, yang pasti aku suka menulis genre cinta. Hanya genre membuat aku ada idea.
Okeylah, aku mahu berkarya yang dihenti untuk menulisblog ini. Emm, tidak tahu bila pula aku akan mengupdate blog ini. Masaku terhad dengan menulis. Kalau aku boleh memcuri masaku sendiri, aku akan menulis lagi di sini. ;))