Saturday, May 23, 2009

HIDUP INI TERLALU SUKAR



Aku rasa amat sukar untukku mentafsirkan kehidupan ini. Walaupun kehidupanku sendiri,aku masih tidak tahu apa yang akan ku miliki. Sebelum ini, hidupku diulit dengan kebahagiaan. Kebahagiaan itu tiba-tiba datang di dalam hidupku dan aku tidak mengundang kebahagiaan ini. Aku menerima kebahagiaan itu dengan hati yang senang dan berbunga. Memang aku tidak sangka yang kebahagiaan itu hadir dalam hidupku. Iyalah... aku sudah malas untuk mencari kebahagiaan. Jikalau dulu aku amat mengharapkan kebahagiaan itu selalu menyelimuti kehidupanku tapi setelah cinta 14 tahun itu berlalu pergi dari hidupku, aku sudah tidak kuasa untuk mencari kebahagiaan itu. Bagiku, kebahagiaan yang datang sendiri tanpa diundang mungkin akan lebih bererti tapi sebaliknya pulak yang ku rasakan. Aku gagal dengan kehidupanku sendiri. Kehidupan amat payah untukku membentukkannya, ia memang milikku tapi aku tidak berhak ke atas hidupku. Walaupun itu kehidupanku,duniaku tapi aku masih lg tidak berhak ke atas kehidupan ini. Aku hanya mampu berdoa agar kebahagiaan dan kebaikan yang muncul dlm hidupku ini. Ya, aku akan terus berdoa pada ILLAHI agar hidupku ini akan lebih baik dan sinar bahagia akan muncul di dalam hidupku ini.
Memang sukar dan amat payah untukku teruskan hidup dengan dugaan yg berat. Aku sakit, sakit kerana manusia yang xboleh tgk aku hidup senang, aku derita kerana manusia suka hati berubah hidupku dan suka hati berubah nasibku. Masa depanku dibiarkan macam hutan terbiar, cita-citaku apeh mungkin ALLAH belum berikan lagi hidupku ini di dalam keadaan yangku mahukan.Dulu aku salahkan pada takdir kenapa begini perjalanan hidupku? Aku menangis siang malam,hidupku tidak seindah yangku impikan. Tp kini alhamdulillah aku semakin boleh terima keyataan hidup ini. Tak mengapalah ini kehidupan milik ALLAH! Jadi, DIA berhak untuk lakukan apa saja. Aku kuat dan tabah untuk menerima apa saja rintangan yg diberikan pdku. Hidup ini sukar tp jgnlah kita sukarkan lagi hidup ini. Have funlah. Hidup ini hanya sekali. Jadi, lakulah apa saja yang kita ingin lakukan.
Aku tak menyesal dan aku tak ada nak salahkan siapa2 di atas hidup ini. Aku redha. Redha di atas segala yang berlaku. Indahkanlah hidup ini kerana ia hanya sekali saja. Jangan rugikan hidup ini dengan dugaan. Janganlah sesekali kita menyukarkan hidup ini hanya kerana kesilapan. Corakanlah hidup sepertimana yang aku mahukan. Seronoklah dengan kehidupan yang kita miliki. Yakinlah hidup ini akan bersinar dan ia pasti bersinar...
Yakinlah ALLAH itu MAHA adil. Kesukaran ini tak mungkin selamanya....

Friday, May 22, 2009

aku dan kecewa

Mungkinkah aku ini terlalu percaya dengan gerak hatiku yang mengatakan huhuhu itu. Sekali lagi aku rasakan yang hidupku ini diselimuti dengan kealpaan cinta. Rasanya belum cukup sebulan hatiku ini dialunkan dengan kata-kata indah dan kini hatiku ini terasa perit dan terluka yang amat sangat.

Kelukaan lama rasanya belum lagi terubat dan kini ditambahkan lagi dengan kelukaan yang baru. Tapi,kerna aku milik ALLAH dan aku sedar yang aku ini harus diuji lantas itu aku menerima segala dugaan ini. Mungkin ini salahku yang terlalu taif dengan perasaan. Biarlah hati ini bernanah dengan lukaan cinta dan aku menerima apa saja yang diberikan padaku. 

Kawan-kawanku pasti gelakkan ku, iyalah aku tidak dapat dunia kebahagiaan yang seperti mereka miliki, tak mengapalah itu semua disuratkan padaku dan aku menerimanya dengan hati yang tabah dan terluka.

Memang bukan begini hubungan yang ku ingini dalam dunia cintaku. Tapi, ini yang terjadi... nak atau tidak aku harus menerimanya dengan seribu ketabahan. Hidup ini bukan mudah seperti yang kita inginkan. Dan, memang bukan begini jalan cintaku yang aku harapkan. Tapi inilah lantasannya, aku di dalam lantasan cinta yang tidak kesampaian.

mungkin juga sebelum ini aku terlalu terburu-buru untuk menerimanya dalam hidupku. Lucu sungguh! Aku dibodoh-bodohkan oleh lelaki yang baru aku cintai. Hidup ini amat sukar untuk kita mentafsirkannya, lebih-lebih lagi mentafsirkan cinta. 

Wahai insan yang memiliki cinta sejati... kau orang bertuah kerna memiliki kebahagiaan yang seperti mana kau orang impikan. Tak sepertiku, hidupku tidak selalunya indah. Kelukaan itu bagaikan cemburu untuk melihatku bahagia. 

Wednesday, May 13, 2009

Apa Ada Dengan Kawan

Kawan... bila senang berkawanlah tapi bila susah lawan.. Mana ada kawan yang cukup baik,  kalau ada pun itu hanyalah bersifat sementara. Dulu Aku obses dengan kawan-kawan. Aku akan jaga hati setiap hati kawan-kawanku, jarang aku menyakiti hati kawan-kawan. Mereka (kawan-kawanku) bagaikan raja dalam hidup kita, aku akan sedia upaya untuk menceriakan mereka. Mereka pun selalu menceriakan hidupku.

Tapi, K.A.W.A.N setakat manalah mereka boleh bertahan untuk menjadi kawan,lebih-lebih lagi kawan yang baik. Kawan banyak sikapnya. Semua kawan akan mahu yang terbaik dari kita. Tapi, pernahkah kita dapat yang terbaik darinya. Jangan mengharapkan kebaikan dari orang lain lagi-lagi yang bernama kawan. Mereka(kawan) akan tinggalkan kita bila kita kesusahan. Kini, aku memang tak mengharapkan kawan lagi. Mereka tu kebanyakan mengharapkan kejatuhan  kita je. Kata mulut je mahukan yang terbaik untuk kawannya. Dalam hati hanya TUHAN yang tahu.

Kawan akan berubah kalau dia memiliki kebahagiaan. Maklumlah orang sedang bahagia, kawan... apalah sangat. Bila mereka bahagia, ceh macam-macam yang nak pamerkan kebahagiaan itu pada kita, ahh...tak kisahlah. Nak show off  tu boleh tapi jangan melebih sangat. Iyalah... janganlah show off sampaikan kebahagiaan orang lain dikritikkannya. Kebahagiaan ini milik semua orang. Jadi, jangan nak mempelekahkan kebahagiaan orang lain. Walaupun kawan, tapi kawan itu tidak boleh suka hati je bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain. Memang kawan yang baik akan terima saja apa yang dikatakan. Tapi, kawan itu orang biasa yang ada hati dan perasaan. Jadi, tolonglah jaga hati orang yang bergelar sebagai kawan.

Ini ulasan kawan di zaman terkini

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar.. dah dapat sepak.. (bagi aku, kawan memang macam ni)

2) kawan tu bkn mcm main SKATE.
Mula-mula gosok..lepas tu pijak...( memang betul pun)

3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS...
dah pakai, buang..(bila dah jumpa orang lain,kita ni di abaikn)

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.(memang blot pun)

6) kawan tu bkn mcm PELANGI.                                                                                                        Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..(kawan utk best je)

7) kawan tu bkn mcm KERETA.
Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..(biasalah tu)

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
kejap ade kejap takde.. (kalau waktu best adalah kawan, waktu malap jgn harap)

9) kawan tu bkn mcm BANK.
Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik.(sampai skrg xbyr2 hutang)

10)lagi.....kawan tu mcm ape ye????         Bagiku, adik-beradiklah kawan yang paling best yang aku ada..


Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..
bagi aku, kawan tu bukanlah penting sangat.kalau ada kawanlah sebaik mungkin,kalau tak de, tak payahlah nak cari-cari,kawan yang baik akan muncul..

Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih, berduka dan sebagainya. Itu kawan sebenar...Tapi, ada ke kawan kawan masa duka...

Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Tak kisahlah pekara tu suka ataupun duka.

Yang penting, berkawanlah dengan ikhlas bukan berkawan hanya nak memegah apa yang kita ada. Biarlah kawan dengan jujur.

Tuesday, May 12, 2009

sinar matamu.

sinaran matamu itu membuat akutertanya? 
adakah cinta yang dulu masih ada dihati kita, 
Aku akui yang aku masih cinta padamu,  
Sampai bila-bila sayangku,
kasihku hanyalah untukmu,
Percayalah..
Pernahkah dikau merasai getaran cintaku ini,
Wahai cinta hatiku,
usahlah dikau sembunyikan perasaan mu itu,
Marilah kita sambung kembali cinta yang terputus itu.
Ku tak kan sangsi pada cintamu,
Aku merayu kembalilahpada cinta kita,
Kita akan bahagia untuk selamanya.
Tapi, itu cuma harapanku,
Dan aku tak pasti tentang harap terhadap kasih kita,
Sinar matamu selalu membuat hatiku bahagia,
Tiada apa yang aku dampakan selain bahagia,
Percayalah yang hatiku ini hanyalah untukmu.
Kau cinta abadiku,
Dengan sinaran cintamu sudah cukup membuatku bahagia,
bahagia selamanya...

Monday, May 11, 2009

Impianku... My dream

Impian, dream, biarlah ia berbeza sebutan dan ejaan tapi maksudnya sama. Impianku? Aku mahu jadi penulis. Penulis novel. Penulis skrip? Huh, itu masih jauh untuk itu tapi aku mahu juga. Kan best kalau aku boleh menulis skrip. Lagi best kalau skripku itu menjadi dan didramakan. Dengan rasa bersyukurnya aku menonton hasil karyaku. Keluargaku dan kawan-kawanku tengok drsms yangku skripkan itu. Huh, impian! Seronok mereka impian. Aku akan pastikan segala impianku akan dinyatakan. Untuk menyatakan segala impianku, aku haruskan meningkatkan lagi usahaku.

Hidup seharianku dengan laptop dan berkarya. Aku akan menulis apa saja yang terlintas di dalam fikiranku. Aku suka berkhayal, segala khayalanku aku tulis di dalam novelku. Hidupku amat indah dengan karya2ku. Aku bebas menulis apa saja di dalam novelku. Itu novelku dan itu karyaku, aku boleh lakukan apa saja, yang penting jalan cerita mesti menarik.

Aku akan terus menulis dan berkarya. Aku tidak akan muak dengan karyaku ini. Malah,aku lebih senang untuk berkarya. Bebas untuk lakukan apa saja tapi aku harus buat dateline pada kerjaku kerana aku mahukan komitmen.

Hati ini untuk siapa...


Aku inginkan bahagia. Seperti lain yang menikmat keindahan dunia,kebahagiaan dalam cinta dan keamanan di dalam hidupku sendiri. Kata orang, cinta itu untuk kita miliki. Kata orang lagi, cinta cukup mudak untuk di milik tapi sukar untuk mempertahankan cinta itu. Aku telah jatuh cinta buat kali ke dua. Entahlah.. dulu aku cukup sukar untuk untuk jatuh cinta, mungkin dulu aku sudah ada kekasih menyebabkan aku susah jatuh cinta. Dan, mungkin  kali ini hatiku kosong dan dia cukup pandai membuat aku jatuh cinta. 

Tapi, aku masih tidak tahu untuk siapa hatiku ini. Memanglah aku sudah berikan hatiku ini padanya tapi adakah dia menyambut cintaku dan bolehkah dia membelai cintaku ini. Aku inginkan hatiku ini selalu bersamanya, aku mahukan cintaku ini membahagiakannya untuk selamanya. Niatku, aku ingin mengrealitikan impiannya tapi mampukah aku.

Bukan aku tak yakin pada cinta yangku berikan padanya tapi aku tak yakin yang aku boleh membahagiakannya dengan kelemahan yangku ada ini. Aku sedar yang aku ini bukanlah insan yang sempurna dan mungkin aku ini bukan gadis impian yang lelaki cari. Tapi, walaupun aku ini bukan impian lelaki,aku tetap mahukan kebahagiaan hidup. Aku juga ada impian.