Saturday, February 11, 2012

Cik anne kasih masih wujud

Semakin menjadi-jadi cik anne kasih malas nak up date blog, padahal tak de payah sangat pun. Entahlah, lately semakin banyak pulak yang nak dibuat. Edit mss itu sudah pasti! Ohh cik anne kasih sudah 31tahun. 30 the series, cukup tua cik anne kasih rasakan. Tua kan? tapi muka kanak-kanak riang hahahaha… riang sahaja!

Sebenarnya banyak yang nak dikongsikan dib log ini, tapi macam tak ada masa. Lagi-lagi sekarang ini Cik Akilla demam. Demam masuk 30an kut!

cik anne kasih masih wujud di muka bumi Allah. Tak ke mana pun.. ada saja di rumah, depan komputer tapi malas nak update blog. Ada ke yang menantikan post terbaharu dari cik anne kasih? tak ada kut. Dengan rasa tak siapa yang tunggu post dari cik anne kasih, itu sebabnya cik anne kasih jarang berblog.

Azam cik anne kasih di tahun 2012 masih belum berubah azamnya, nak sihat, nak keluarkan novel dan nak kahwin. hahahaha

Sepanjang di tahun ini, alhamdulillah, okey dan best!

Ucapan Cik anne kasih untuk diri di hari lahir : Akhirnya Anne Kasih Mustaffa sudah sampai angka 31. Lihat pada angka, saya sudah tua, lebih dewasa, tp bila lihat pada sikap dan ibadat saya pada Yang Esa, saya masih seperti anak-anak yang belum cukup matang. Hari ini, saya akan lebih matang dalam segi ibadat dan sikap saya. Akan membaiki diri lebih baik dan berakhlak yang jauh lebih baik. Mami, Phoenix Eternity Ira Munirah EclipsYt YAtz Nurul Nadia Suhaila Jaafar Syazrin Syah terima kasih selalu ada untuk saya selamanya. Doakan saya!

Semalam berdating bersama Phoenix Eternity. Cukup romantik kejutannya, happy xterkata. Petang semalam mami dan semua anak buahku menyanyikan lagu untuk saya. Dan hari ini, kejutan yang riang dari insan2 yang saya sayang... Ira Munirah EclipsYt YAtz terima kasih di atas keriangan hari ini. Sayang saya pada kamu berdua tiada penghujungnya! Semuanya istimerwa utk hari ulangtahun saya. Terima kasih, sayang semuanya. ♥ ♥ ♥

sambutan hari lahir tidak berakhir lagi! Tadi, Kak Tie mengajak saya ke ruang makan, mahu makan nasi tapi kek coklat siap berlilin terhidang di meja makan. Ira Munirah mmg kaki surprise. Surprisenya cukup bersahaja. Meriah sekali ulangtahun saya di tahun 2012. Mudah-mudahan tahun 2012 akan memberikan saya kehidupan yang jauh lebih baik. Kejayaan yang amat diingin. Kesihatan sempurna yang selalu dipinta padaNya. Kebahagiaan yang mahu dimiliki. Mudah-mudahan!

Tahun ini cukup meriah, itu yang cik anne kasih rasakan , Terima kasih untuk meriah sambutan di
tahun ini.
Terima kasih.
Buat kali ini dan di malam ini, ini sahajalah. Kalau ada masa dan sedikit kerajinan Cik anne kasih akan berceloteh lagi di di sini. :)