Wednesday, August 18, 2010

Jumpa kawan di zaman kanak-kanak...

Rahmat ramadhan, aku bertemu kawan rapatku di sekolah rendah di FB ini,alhamdulillah! Rindu sangat pada Aida Adha. memang sudah lama sangat aku cari Aida, dia kawanku di sekolah rendah, SKK Kajang. Aku dengan dia cukup rapat kami kawan satu sekolah,kawan satu kelas 3,4 dahlia dan kawan satu bas 'cik mail'. Aku sudah lama request dia di tidak accept aku sebab dia tak 'cam' aku, yalah sudah hampir 20 kami tidak bertemu. Yang membuat dia tidak 'cam' aku sebabnya kini aku bertudung. Hehehe dulu aku liat untuk bertudung, kami pergi mengaji bersama, selepas sahaja mengaji aku akan tarik tudungku itu. Itu hanya di zaman kanak-kanak dan kini aku sudah tua. Tua ke?

Dulu ada juga kami pernah juga berutus surat dan bertukar gambar tapi semenjak dunia kami sudab beralih ke dunia remaja dan dewasa kami sudah mula sibuk, dengan itu kami terputus hubungan. Dengan tidak disangka kami bertemu di ruang Facebook. Aida sudah berkahwin dan ada anak seorang, lelaki. Aku tumpang gembira!

Yang pasti tahun ini : 20 oct, aku tahu di mana aku akan ucapkan, sudah tentunya pada Aida. Kalau sebelum ini, aku hanya sampaikan pada Yang Esa, suruh Dia kirim ucapan itu pada Aida. Kekadang facebook ini ada juga kebaikkan, yalah boleh temui kawan yang sudah bertahun kita cari. Aku amat senang dengan pertemuan ini walaupun hanya dia facebook.

Wednesday, August 11, 2010

Kerianganku bersama mereka!

Banyak pekara yang indah berlaku tap aku seakan tidak ada masa untuk berkngsi di sini. Masaku kina terlalu terhad. Aku banyak menghabiskan masa di Microsoft Word dan melayan fantasiku. Yalah, aku kan mahu menjadi penulis jadi aku cukup 8jam ku di medan penulisanku. Aku cukup seperti itu, jiwaku tenang dan aku akan tulis apa sahaj yang terlintas di kotak fikiranku.
Mahu cerita tentang hujung minggu lepas. Happening giler!Aku keluar bersama adik-adikku, Yatee dan Sara( Puteri kesayangan kawan baikku)
Kami pergi kareoke. Hem, macam-macam lagu yang kami nyanyi. Best sangat. Hilang kesepian di hatiku ini. Yatee pun nyanyi, hebat! Ira dan Eijan memang pantang pengang microphone, diaorang berdua itu bersuara penyanyi so tak hairanlah aku. Yang aku hairan dengan adik bongsuku, fuh dia bernyanyi siap dengan gaya sekali. Pergh, adik bongsuku itu kalau dah nyanyi penuh syahdu dengan pejam-pejam mata. Seronok betul, aku harap hari itu berulang lagi. Aku suka melepakan diriku bersama adikberadikku dan kawan baikku. Bagiku hanya mereka yang faham dan mengertiku.
Pada malamnya pula, aku pernah berniat untuk ke Icity bersama mereka dan malam itu jadi kenyataan. Kami ke Icity, seronok sangat dan sungguh cantik Icity itu. TApi, masa hendak pulang itu aku sudah tidak berdaya untuk berjalan balik ke parking jadi mereka tinggalkanku di banggunan yang pertama di Iciity itu. Aku menunggu mereka dalam 1 jam lebih. Walaupun lama tapi senorok, boleh lampu lama sikit ;)