Sunday, February 28, 2010

Berita Sedih.. Kenapa penderaan itu masih berleluasa!?

Kenapa jadi macam tu? aku betul-betul simpati pada ibu yang kehilangan anak disebabkan manusia yang tidak tahu menilai nyawa insan yang masih kecil. Ya ALLAH, aku menangis bila menonton berita utama TV 3. Kesian pada Ibu yang hilang anaknya yang baru berumur 3tahun.
Aku cuba bayangkan, bagaimana lah kalau anak2 buahku diderakan sebegitu dan pergi meninggalkanku, huh, tak mungkin itu akan berlaku dalam hidupku. Ada org yang memukul ataupun cubit anak2 buah ku, aku akan menggoyat, inikan pula dera sampai mati... Hiss, simpang malaikat44...

JENAZAH Syafia Humairah dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, Kuala Kubu Bharu, semalam.



Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.

Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.



Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.

"Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu.

"Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan.

"Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu.

Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah.

Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.

"Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang.

Terdahulu, suasana di pekarangan bilik mayat HKKB kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang menziarah jenazah kanak-kanak itu dan dikatakan mahu menuntut jenazah mangsa sebelum keadaan kembali reda beberapa minit selepas itu.

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

Selamat menyambul Maulidur Rasul pada semua umat islam. Penuhkanlah hari ini dengan berselawat ke atas nabi. اللهم صل على سيدنا محمد بعدد من صلى عليه وصل على سيدنا محمد بعدد من لم يصل عليه وصل على سيدنا محمد كما تحب ان يصلى عليه وصل على سيدنا محمد كما امرت ان يصلى عليه

"Ya Allaah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


KELEBIHAN & FAEDAH SELAWAT KE ATAS RASULULLAAH صلى الله عليه وسلم

1. Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala
2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat
5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat
6. Dituliskan baginya 10 kebajikan
7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""

8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit
9. Mendapat syafaat Nabi صلى الله عليه وسلم
10. Diampunkan dosa

Wednesday, February 24, 2010

Sastera Hari ini : Menoleh kebangkitan Keranda 152


Sasterawan Negara Datuk Usman Awang telah menghasilkan puisi protes Keranda 152 pada 1967. Puisi ini membawa satu kebangkitan kalangan pejuang-pejuang bahasa apabila Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan yang dibentangkan di Parlimen ketika itu tidak menggambarkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Fasal 152 Perlembagaan.

Disebabkan keengganan kerajaan menolak keputusan yang dibuat di Parlimen, para pejuang bahasa mengadakan perhimpunan besar-besaran di perkarangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 3 Mac 1967. Tujuannya untuk melahirkan protes kerana orang politik gagal meletakkan bahasa Melayu di tempat yang telah tertulis dalam Perlembagaan.

Tragedi bahasa Melayu yang membawa kepada perarakan Keranda 152 ke Parlimen itu berlaku sepuluh tahun selepas negara mencapai kemerdekaan. Dalam usia kemerdekaan yang dianggap masih muda kalangan tokoh politik Melayu telah lupa tentang peri pentingnya bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Kalangan tokoh politik Melayu ketika itu kelihatan tidak ada semangat untuk memperjuangkan kedudukan bahasa Melayu, semua ini terpancar daripada keputusan di Parlimen yang meletakkan bahasa Melayu di tempat yang tidak sepatutnya sebagai bahasa kebangsaan negara ini. Kemarahan perjuang bahasa dan rakyat jelata tidak ada agenda politik di sebaliknya. Mereka berjuang demi bahasa Melayu yang mulai dipijak selepas sepuluh tahun merdeka.

Malangnya bahasa Melayu. Ini kerana selepas tragedi Keranda 152 empat dekad lalu, bahasa Melayu terus terpinggir dan dipinggirkan oleh kalangan politik Melayu sendiri. Ketika ini bahasa Melayu hanya pada nama saja menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini. Tetapi segi praktisnya bahasa Melayu berada di tempat tercorot. Bahasa Melayu tidak diasuh menjadi bahasa perpaduan ketika orang politik sibuk bercakap tentang perpaduan kaum.

Apakah kita memerlukan perhimpunan Keranda 152 yang kedua untuk menyedarkan kalangan pembuat dasar supaya bahasa Melayu diletakkan di tempat yang dimuliakan dalam Perlembagaan? Ketika pejuang bahasa dianggap kolot dan anti establishment, gerakan memartabatkan bahasa Melayu tetap diteruskan.

Petikan ucapan bekas Ketua Pengarah DBP, Allahyarham Tun Syed Nasir Ismail pada perhimpunan Keranda 152 40 tahun lalu wajar menjadi renungan pembuat dasar. Kata Syed Nasir, " Saya menangis bukan kerana takut, tetapi air mata ini lahir daripada keharuan hati sanubari saya mengenangkan nasib bangsa saya. Saya tidak boleh buat apa-apa sekarang ini. Saya terikat."

Kalau ditoleh sejarah silam, bahasa Melayu telah menjadi bahasa bagi kerajaan Melayu- Islam, bahasa persuratan, bahasa undang-undang dan menjadi alat pengembangan agama Islam di Nusantara sejak abad ke 13. Bukan itu saja malah menjadi lingua franca perdagangan dan sosial sejak ratusan tahun dulu. Kemudian pada 1957 bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan.

Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu tidak pernah berhenti. Hari ini dan esok Persatuan Penulis Kuala Lumpur (Kalam), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Penulis Nasional (Pena), DBP dan banyak persatuan penulis serta NGO Melayu lain menganjurkan Hari Pejuang Bahasa 152. Acara yang akan dijadikan acara tahunan ini berlangsung hari ini dan esok di Rumah Gapena, Rumah Pena dan Balai Budaya DBP.

Ketua Satu Kalam, Mohamad Daud Mohamad memberitahu, mulai tahun ini Hari Pejuang Bahasa 152 akan dijadikan acara tahunan untuk mengingatkan kembali kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan dan berusaha meletakkan bahasa Melayu di tempat yang wajar dalam pembangunan negara masa kini.

sokongan

Menurutnya, Kalam yang mengepalai Hari Pejuang Bahasa 152 dengan sokongan banyak persatuan penulis dan NGO Melayu gembira kerana mendapat sokongan pelbagai pihak untuk menganjurkan acara penting bagi memperjuangkan bahasa Melayu di negara ini. Sokongan itu diharap boleh memberi isyarat kepada pembuat dasar supaya berhati-hati menggubal sesuatu dasar yang melibatkan masa depan dan kepentingan bahasa Melayu.

Hari Pejuang Bahasa 152 bermula malam ini dengan majlis tahlil di Rumah Gapena kemudian diikuti dengan majlis makan malam. Pada pukul 9 malam, diadakan Pengucapan Puisi 152 di Rumah Pena bersebelahan dengan Rumah Gapena. Difahamkan acara deklamasi puisi ini tidak menyenaraikan penyair tertentu tetapi terbuka kepada orang ramai untuk mendeklamasikan puisi bertemakan bahasa Melayu.

Esok pula akan berlangsung perasmian Hari Pejuang Bahasa 152 dan pelancaran Tabung Pembangunan Kegiatan Bahasa dan Sastera. Acara ini pada mulanya akan disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Bagaimana pun disebabkan pada saat akhir Dr. Rais mempunyai urusan di luar negara, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Kamaruddin Sairaf akan mewakili Dr. Rais.

"Esok juga diadakan acara Sumpah Setia Bahasa, ucaptama oleh Pengerusi Yayasan Karyawan Datuk Dr. Hassan Ahmad serta sesi wacana Peradaban Bahasa Melayu, " jelas Mohamad Daud.

Sesi wacana membariskan ahli panel terdiri daripada Prof. Datuk Abdullah Hassan, Datuk Baharuddin Zainal (Bahasa Zain), Dr. Ridhuan Tee dan Dr. S. Nathesan Sellapan. Semua acara ini terbuka kepada orang .
Usman Awang
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Allahyarham Usman Awang

Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.

Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.

Kehidupan awal dan kerjaya

Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.

Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6.

Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah.

Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.

Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.

Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.
[sunting]
Sumbangan

Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden dengan menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik. Bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir di kalangan anak-anak sekolah pada waktu itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular adalah “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di Kuburan”, dan “Salam Benua”.

Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya, beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada pada Usman Awang.

Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang. Usman adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat.

Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, China dan Rusia, sebagai salah seorang penyair terkenal dari Malaysia. Beberapa buah karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, China, Jepun, Korea, Peranchis, Thai, Czechkoslovakia, Danish, Tamil, Itali, Rusia dan lain-lain. Beliau di anggap sebagai seorang yang berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-jemu memperkayakan budaya negara.

Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976. Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau dilantik menjadi setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat yang tertinggi di tanah air.

Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. Pada 11 Ogos 1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983. Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985 iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah Penyair Johor. Antara karya-karya terkenal beliau adalah :-

Novel : Tulang2 Berserakan

Cerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan lain-lain.

Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam dan lain-lain.

Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga Popi dan lain-lain.

Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair, sumbangan dan penyertaan Usman Awang amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. Bukan saja hidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga sebagai penggerak yang berani memberi inspirasi dan semangat kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-an beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965). Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Gentar Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti lain. Kumpulan Puisi “Keranda 152” dan “Telok Gong” juga adalah daya usaha Usman Awang bersama penyair lain.

Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden, khususnya sajak dan drama, amat banyak diperkatakan. Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera melayu di pelbagai peringkat dan golongan, di dalam atau luar negara. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera melayu. Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman dan situasi.

Kakak dan adikku gila Korea


Setiap malam diaorang tu tengok korea, ini sume kerana BOYS OVER FLOWERS. Aku tak ada masa lagi nak menengoknya. Pasti aku aku menengok juga nanti tapi tak tahu bila. Memang best citer tu, aku pernah tengok kejap2 tapi tak lah follow sangat.

Para penggemar drama Asia di Malaysia dapat dipastikan telah mengenal serial drama populer asal Taiwan, apalagi kalau bukan “Meteor Garden”. Masih segar ingatan kita bahwa serial drama tersebut yang menyuguhkan kisah cinta seorang gadis miskin bernama San Chai (Barbie Hsu) dengan Dao Ming She (Jerry Yan). Lika-liku kisah San Chai dengan Dao Ming She yang harus melalui jalan terjal ternyata mampu membuat fenomena menggemparkan di Malaysia karena tidak terduga mampu membuat euforia drama Asia di kalangan penonton television di Malaysia.
Serial drama Meteor Garden yang ditayangkan di Malaysia pada tahun 2010 itu datang pada saat tepat karena saat itu para pemirsa televisi Malaysia sudah mulai jenuh menonton tayangan drama luar negeri dari belahan dunia Barat seperti halnya telenovela.

Kim Hyun Joong Pemain Mega Drama Boys Before Flowers Pemeran Ji-hoo

Para pemirsa Malaysia terutama para kaum muda yang sebenarnya sudah lama menikmati produk-produk sinema Asia di Malaysia seperti serial kungfu atau film aksi laga Hong Kong dan Jepang namun seperti baru menemukan oase dari kedahagaan akan tayangan drama Asia yang menyajikan kisah cinta romantis, persahabatan dan perjuangan meraih cita-cita di kota metropolitan Asia. Selain kisah yang mengena di hati, juga karena dari sisi budaya yang disuguhkan drama Asia tersebut lebih dekat dengan budaya Malaysia jika dibandingkan dengan budaya modernitas dan kemajuan teknologi secara masif melalui produk tayangan dunia Barat sehingga lebih mudah diterima. Selain itu, fenomena baru ini juga memperlihatkan bahwa pemirsa television Malaysia lebih mudah merasakan pengalaman atas misalnya bagaimana modernitas dan ide kemajuan itu dirasakan sendiri oleh orang Asia, baik melalui cerita orang Asia yang tinggal di negeri-negeri Barat atau mereka yang tinggal di negara-negara Asia yang lebih maju. Dengan kata lain, Asia yang mengkonsumsi Asia sendiri.

Seperti yang dikatakan oleh Rob Wilson dalam bukunya “Korean cinema on the road to globalization: tracking global/local dynamics, or why I’m Kwon-Taek is not Ang Lee” pada tahun 2001 bahwa Asia adalah juga pengirim pesan kebudayaan (a sending culture), yang dalam kasus ini lebih diperhatikan daripada Amerika Serikat atau negara Barat lain.

Nah, pada saat television-television lain di Malaysia lebih sibuk berlumba-lumba menyajikan tayangan dari dunia Barat, Malaysia telah membaca arah perubahan selera pemirsa Malaysia terutama di kalangan kaum muda. Tidak heran jika serial Meteor Garden di Malaysia pun meledak dan kemudian disusul dengan serial drama dari Korea Selatan yaitu “Endless Love” yang dibintangi Song Hye Kyo dan Song Seung Hun pada tahun sama.

Tayangan drama Korea yang mengharubiru hati tersebut di Malaysia itu menimbulkan fenomena tersendiri karena mampu membuat para penonton di Malaysia menjadi kegilaan akan segala hal yang berbau Korea, tidak hanya serial drama saja, juga film-film Korea dan para bintang Korea Selatan yang sebelumnya masih asing, mendadak banyak dikenal dan disukai di Malaysia.

Melihat kesuksesan tayangan drama Asia seperti yang disebutkan di atas, Malaysia kemudian menyajikan banyak drama populer tidak hanya dari Taiwan dan Korea namun juga drama dari Jepun, yang populer dengan istilah dorama. Masih ingatkah Anda dengan drama Jepun “Beautiful Life” yang dibintangi Takuya Kimura dan Takako Tokiwa di Malaysia pada tahun 2010.

Dengan banyaknya tayangan drama Asia oleh Malaysia sejak tahun 2010 itu itulah yang membuat penonton di Malaysia begitu fasih membicarakan tentang Song Hye Kyo, Bae Young Jun, Kwon Sang Woo, Takuya Kimura, Kyoko Fukada, Barbie Hsu, F4, Rainie Yang, dan banyak lagi. Terlebih lagi popularitas drama Asia pun terdorong mengekornya para stasiun television lain untuk mengikuti jejak Malaysia dalam menayangkan serial drama Asia di layar kaca Malaysia.

Euforia drama Asia di Malaysia juga mendorong para penggemarnya ingin lebih jauh mengetahui segala hal tentang drama tersebut dan juga para artisnya. Tidak heran jika sejak popularitas Meteor Garden meledak, muncul banyak majalah atau tabloid hiburan yang memfokuskan pada selok belok drama Asia maupun para bintangnya.

Dalam hal ini, Malaysia patut berbangga karena mampu menjadi ‘trendsetter’ genre drama Asia di tidak hanya di layar kaca Malaysia juga mampu membuat pemirsa drama Asia ingin mengetahui lebih jauh tentang drama tersebut beserta artisnya dalam berbagai bentuk media massa termasuk Internet.

Tidak hanya itu, juga menfasilitasi kedatangan para artis drama Asia untuk berjumpa dengan para penggemarnya seperti F4 dan Barbie Hsu, Kwon Sang Woo, Rain dan banyak lainnya sehingga fenomena drama Asia tetap bertahan hingga sekarang.

Pada awalnya serial drama sejarah berseting pada masa Dinasti Joseon awal abad ke-16 di Korea yang dibintangi Lee Young Ae tersebut diragukan mampu merebut hati pemirsa karena temanya lebih “berat”, namun ternyata mampu meledak di pasaran.

Fenomena tersebut menyadarkan kita bahwa penggemar drama Asia tidak hanya suka mengkonsumsi kisah-kisah cinta belaka namun juga bisa menikmati kisah bertema lain seperti perjuangan seorang wanita bernama Jang Geum (Lee Young Ae) dari seorang koki Istana menjadi seorang tabib (dokter) yang pertama di kerajaan dinasti Joseon tersebut.


Kini di tengah-tengah serbuan tayangan television yang berformat sinetron stripping, reality/variety show/kontes instant cari bakat, drama Asia tetap menempati hati para penggemar Malaysia. Oleh karena itu, Malaysia sebagai stasiun televisi Malaysiayang menjadi pelopor drama Asia akan selalu diminta pemirsa setianya menghadirkan atau menayangkan ulang serial-serial drama Asia bermutu dan yang sangat disukai, diminta pula mengurangi sinetron atau FTV yang itu-itu mulu. Bila di Korea sana serial Boys Before Flowers meledak ratingnya, bagaimana di Malaysia…???

Sebelum pada sinopsisnya, marilah kita mengenal nama-nama pemain drama yang berjudul 꽃보다 남자 / Kgotboda Namja/ Boys Before Flowers / Boys Over Flowers
Lee Min Ho sebagai Goo Joon Pyo
Kim Hyun Joong sebagai Yoon Ji Hoo
Kim Bum sebagai So Yi Jung
Kim Joon sebagai Song Woo Bin
Koo Hye Sun sebagai Geum Jan Di
Kim Hyun Joo sebagai Goo Joon Hee (Kakak perempuan Joon Pyo)
Lee Hye Young sebagai Kang Hee Soo (Ibu Joon Pyo)
Ahn Suk Hwan sebagai Geum Il Bong (Ayah Jan Di)
Im Ye Jin sebagai Na Gong Joo (Ibu Jan Di)
Park Ji Bin sebagai Geum Kang San (Adik laki-laki Jan Di)
Kim So Eun sebagai Chu Ga Eul (Teman Baik Jan Di)
Han Chae Young sebagai Min Seo Hyun (Teman Baik F4/ Mantan Pacar Ji Hoo)
Lee Min Jung sebagai Han Jae Kyung (putri CEO Grup JK, tunangan Jun Pyo)
Lee Si Young sebagai Oh Min Ji
Gook Ji Yun sebagai Choi Jin Hee / Ginger
Jang Ja Yun sebagai Park Sun Ja / Sunny
Min Young Won sebagai Lee Mi Sook / Miranda
Lee Jung Gil sebagai Yoon Seok Young (Kakek Ji Hoo)
Jung Ho Bin sebagai Jung Sang Rok (Kang Hee Soo’s Chief Secretary)
Jung Ui Chul sebagai Lee Min Ha / Min Jae Ha (model fesyen)
Kim Ki Bang sebagai Bom Chun Sik (boss Jan Di dan Ga Eul)
Im Ju Hwan sebagai So Il Hyun (Kakak Laki-Laki Yi Jung)
Park Soo Jin sebagai Cha Eun Jae (Cinta Pertama Yi Jung)
Hai Ming sebagai Ming (Teman Ji Hoo)
Kim Jong Jin sebagai So Hyun Sub (Ayah Yi Jung)
Lee Jung Joon sebagai Gong Soo Pyo (Pacar Ga Eul)
Lee Hae Woo sebagai pria yang memberi minum Jan di di ep. 4

Tuesday, February 23, 2010

Keunikan Al-Qur'an



Prof DR. Qusaish Shihab,seorang ulama ahli tafsir Alqur'an lulusan Al Azhar mesir,dlm bukunya WAWASAN AL QUR,AN pd halaman 4 mengatakan:

Tiada bacaan sebanyak kosakata Al qur'an yg berjumlah 77.439 kata,dengan jumlah huruf 323.015 huruf yang seimbang jumlah kata katanya,baik antara kata dengan padanannya ,maupun kata dengan lawan kata dan dampaknya.

Sebagai contoh,sekali lagi sebagai contoh,kata "hayat"{hidup} terulang sebanyak antonimnya "maut",masing masing 145 kali; "akhirat" terulang 115 kali sebanyak kata "dunia"; "malaikat" terulang 88 kali sebanyak kata "setan";"thu'maninah"{ketenangan} terulang 13 kali sebanyak kata "dhyq"(kecemasan);"panas" terulang 4 kali sebanyak kata "dingin".

Kata "infaq" terulang sebanyak kata yang menunjuk dampaknya yaitu "ridha"(kepuasan) masing masing 73 kali;"kikir" sama dengan akibatnya yaitu "penyesalan" masing masing 32 kali.Masih amat banyk keseimbangan lainnya,seperti kata "yaum"{hari} terulang sebanyak 365,sejumlah hari hari dalam setahun,kata "syahr"{bulan} 12 kali juga sejumlah bulan bulan dalam setahun.

Adakah suatu bacaan ciptaan makhluk seperti itu? Alqur'an menantang:

Katakanlah,"Seandainya manusia dan jin berkumpul untuk menyusun semacam Al Qur'an ini,mereka tidak akan berhasil menyusun semacamnya,walaupun mereka bekerja sama."{al-Isra'(17):88}

SUBHAANALLAH!!!

SUBHAANALLAH!!!

SUBHAANALLAH!!!

SUBHAANALLAH!!!

SUBHAANALLAH!!!

Sumber: BAHAN RENUNGAN KALBU,ir.Permadi Alibasyah

*Aku akan membaca Al qur'an setiap malam, walaupun sehelai pun itu sudah mencukupi( walaupun pada hakikatnya lebih bagus membaca lebih) Aku merasa amat lega kalau aku dapat membaca Al qur'an  pada setiap waktu solatku. Al qur'an  amat wajib untuk kita membacanya, tidak kiralah dalam apa saja keadaan pun. 

Seandainya CINTA Itu Hadir

Seandainya anda merasakan keindahan cinta…
Ucapkanlah…
Subhanallah… ( Maha Suci Allah)

Seandainya anda dapat merasakan nikmatnya cinta…
Ucapkanlah…
Alhamdulillah… ( Segala Puji Bagi Allah )

Seandainya anda menuju cinta…
Ucapkanlah…
Allahu Akhbar ( Allah Maha Besar )

Seandainya hatimu disapa rasa kegelisahan dalam memilih cinta…
Ucapkanlah…
Hasbunallahu wa ni’mal wakil…
(Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Dialah sebaik-baik Pelindung )

Seandainya dirimu merasakan derita di atas jalan cinta…
Ucapkanlah…
Inna lillahi wa inna alayhi roji’un…
( Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kita kembali. )

Dan berdoalah…


……Rabbanaa afrigh ‘alaynaa shabran watsabbit aqdaamanaa waunshurnaa ‘alaa alqawmil kaafiriin.
( ……Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kokohkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir. )


Seandainya cinta yang kalian miliki itu hendak diberikan kepada seseorang yang nantinya bergelar suami bgi kalian…
Maka pilihlah mereka yang…


1.Kuat Pengamalan Agamanya

Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan solatnya di awal waktu.
Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.


2. Baik Akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya, nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas.”


3. Tegas Mempertahankan Maruah

Apakah dia seorang yang sangat aware dengan perilaku atau keperibadian orang-orang yang disayang olehnya. Mengawasi dirinya sendiri dari berpergian ketempat-tempat yang mengundang maksiat.


4. Amanah

Apakah dia seorang yang tidak mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukan yang dimiliki olehnya.


5. Tidak Boros

Dia bukanlah bakhil, tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan cara yang bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi bersama dengan orang lain yang lebih berhak.


6. Menjaga pandangan atau pancainderanya

Perhatikan apakah dia menjaga matanya dari memerhatikan permandangan yang tidak

———————–

Merajut Cinta Dalam Buaian Pena…
Merangkai Kasih Dalam Pautan Kata…
Menyemai Sayang Dalam Untaian Bahasa…

Author : Natasia Maiza
Sumber Rujukan : Bunga Idaman Mutiara Syurga ~ WANITA Solehah

Sastera Hari Ini

Bahasa Melayu istilah tepat

Sejarah membuktikannya dan tidak perlu diubah hanya kerana takut


PENGGUNAAN istilah bahasa Melayu lebih tepat berbanding bahasa Malaysia berdasarkan bukti sejarah, pandangan akademik dan hakikat ilmu, sekali gus menjadikan usul Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Kuala Lumpur (Kalam) Ke-15, pada bulan lalu, wajar diambil perhatian oleh kerajaan.

Pengerusi Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rahim Aman, berkata penggunaan istilah bahasa Malaysia lebih berbentuk politik dan tidak merujuk kepada ilmu bahasa, sedangkan istilah yang tepat ialah bahasa Melayu dengan mengambil kira sejarah, akademik dan hakikat ilmu.



“Kerajaan mungkin melihat integrasi nasional sehingga mengharapkan semua etnik di negara ini menerimanya sebagai bahasa nasional. Bagaimanapun, ia tidak benar jika kita melihat berdasarkan konsep akademik kerana sejarah kita lebih kepada penggunaan istilah bahasa Melayu dan sudah pun diterima oleh semua etnik di negara ini,” katanya kepada Sastera di pejabatnya di Bangi, baru-baru ini.

Dr Rahim berkata, penggunaan istilah bahasa Melayu sudah wujud sebelum Kesultanan Melayu Melaka diasaskan seperti yang digunakan oleh Kerajaan Melayu Funan, manakala pembukaan Melaka memperkukuhkan lagi kedudukan bahasa terbabit.

“Kerajaan Johor-Riau selepas jatuhnya Melaka, juga berkembang sebagai pusat pentadbiran, ilmu, ekonomi dan persuratan Melayu sehingga bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa penyatu kepada etnik yang ada.


“Kalau kita lihat bahasa Inggeris pun sebenarnya berasal daripada dialek yang asalnya berkembang di wilayah England yang masih kecil ketika itu, tetapi diangkat menjadi bahasa kebangsaan mereka selaras dengan perkembangan kota London sebagai pusat ekonomi dan kecemerlangan tamadun,” katanya.

Apatah lagi istilah bahasa Melayu, masih digunakan dalam konteks akademik sehingga pusat dan program pengajian masih mengekalkan bahasa Melayu kerana universiti dibina atas asas akademik, berdasarkan sejarah bahasa Melayu yang lama itu.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran perubahan itu kerana bahasa Melayu sudah pun kukuh dan berupaya menjadi bahasa penyatu sehingga generasi terdahulu sejak ratusan tahun dulu dapat menerimanya.

“Kita jangan berasa takut pada perkataan Melayu kerana sifat takut itu sendiri sebenarnya menggalakkan perkauman, sebaliknya penggunaan Melayu, boleh mencairkan perkauman kerana semua etnik di negara ini menerimanya.

“Bahasa Cina dan bahasa Tamil masih ada tetapi mengapa kita korbankan bahasa Melayu sedangkan saya yakin orang Cina sendiri menerima istilah itu kerana tidak ada demonstrasi atau bantahan daripada etnik lagi,” katanya.

Mengenai istilah bangsa Melayu, Dr Rahim mengambil pendekatan untuk menerima penggunaannya kerana bangsa merujuk kepada bangsa yang membina sesebuah negara, manakala etnik atau kaum pula digunakan untuk Melayu, Cina, India serta etnik di Sabah dan Sarawak.

“Semua etnik itu menjadi warga negara, iaitu bangsa Malaysia seperti bangsa Amerika yang diwakili pelbagai etnik, sekali gus penggunaan bangsa Malaysia wajar dikekalkan untuk menimbulkan kebanggaan kerana tanah ini menjadi tempat kita hidup, membina kehidupan dan mati,” katanya.

Pandangan Dr Rahim senada dengan Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Adi Yasran Abdul Aziz, dalam soal penggunaan bahasa Melayu, tetapi berbeza dalam konteks penggunaan bangsa Melayu.

“Istilah bahasa Melayu sudah digunakan pada Batu Bersurat Terengganu pada 1303 Masihi dan terus digunakan sehingga 1970 tanpa ada sebarang isu berbangkit sehingga ketika mencapai kemerdekaan, bangsa lain tidak membantah apabila ia dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu,” jelasnya.

Justeru, ada keperluan untuk menilai kembali perubahan istilah kepada bahasa Malaysia kerana ia berkaitan dengan jati diri orang Melayu sedangkan bahasa dan bangsa adalah fitrah kejadian, lalu perubahan mesti dibuat ke arah kebaikan dan sekiranya tiada manfaat besar kepada orang Melayu, perubahan tidak perlu.

“Bahasa Melayu sudah diterima berabad-abad lama. Bahasa dan bangsa ialah fitrah kejadian. Apabila seseorang dibesarkan dalam keluarga Melayu yang menggunakan bahasa ibundanya, individu berkenaan akan turut berbahasa Melayu, iaitu peringkat pemerolehan bahasa,” katanya.

Beliau meminta pihak yang mahu mencipta istilah, terlebih dulu merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bertanggungjawab dalam perkara terbabit kerana ia perlu mematuhi prosedur tertentu sebelum istilah berkenaan diterima pakai.

“Berbincang dulu dengan ahli bahasa sebelum menukarkannya. Sekiranya ada kepentingan politik dan perpaduan, ahli bahasa terbuka dalam menilai. Apatah lagi dari segi undang-undang, ia tidak tercatat sebagai bahasa kebangsaan ialah bahasa Malaysia. Sebaliknya Perkara 152 menegaskan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu,” tegasnya.

Mengenai istilah bangsa Malaysia, Dr Adi Yasran menganggap istilah itu sebagai idaman yang belum berlaku, sebaliknya penggunaan masyarakat Malaysia lebih tepat berdasarkan realiti rakyat di negara ini yang berada di bawah pentadbiran dan pemerintahan Malaysia.

Oleh Nazmi Yaakub
nazmi@bharian.com.my

Monday, February 22, 2010

Mungkin hati ini akan bagi ruang

BAGILAH RUANG UNTUK HATI INI MENGENALI CINTA SEJATI. TAK SEMESTINYA GAGAL SEKALI, GAGAL UNTUK SELAMANYA. BAGI RUANG PADA HATI DAN PASANGAN AGAR CINTA ITU BOLEH DITERUSKAN DENGAN PERJALANAN YANG BARU DAN KEINDAHAN YANG KIAN TERSELAH!

Tak salahkan kalau aku try untuk menyinta seseorang untuk kali kedua. Asalkan aku ikhlas menerimanya, ya aku ikhlas sayangkannya. Aku mahu bagi ruang untuknya kerana aku masih sayangkannya. Aku tahu, mungkin sukar untuk memahami sikapnya dan aku rasa dia bukanlah lelaki yang seratus peratus perfect. Argh, dalam dunia ni, manalah ada lelaki yang perfect 100%, kalau ada pun sukar untuk dicari.
Tak perlulah perfect, kerana aku pun bukanlah perfect mana pun. Kalau ada orang yang sayangkan aku, aku mensyukuri tidak terhingga. Bagiku, lelaki yang diberi ruang ini cukuplah lelaki yang baik, yang jadi muslimat yang soleh, yang kuat kasih sayangnya, yang tidak ego, yang penting dia amat sayangkan ku juga terimaku seadanya. Ya, aku sayangkanya di kala ini dan dia satu-satunya lelaki yang kerap hubungiku.
Memang aku bagi ruang padanya tapi aku yang tidak beritahunya. Biarlah masa yang menentukan. Yang penting aku tak nak dikecewa lagi. Cukuplah aku menyakinkannya yang cinta aku ikhlas, suci dan kuat untuknya. Aku memang cukup setia dan kalau hubungan kami kembali terjalin, aku yakin ini cinta yang dicari olehnya. Tak mungkin aku lukakan hatinya. Itu kataku dan janjiku yang benar dan sah!


DI BAWAH INI FAKTA2 CINTA UNTUK DIBERIKAN RUANG!

10 rahsia cinta

Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

1. Kekuatan berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal
yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri."apa yang aku hormati dalam diri mereka?".

3. Kekuatan untuk memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?"dan bukan Apa yang akan aku dapat?".

4. Kekuatan persahabatan

Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan

"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku".

7. Kekuatan dalam komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur,
hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi
dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.

Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat.

10. Kekuatan dari rasa percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula.

Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Menyesal -- Ressa Herlambang

Ressa Herlambang – Menyesal


semula ku tak yakin

kau lakukan ini padaku

meski di hati merasa

kau berubah saat kau mengenal dia


reff:

bila cinta tak lagi untukku

bila hati tak lagi padaku

mengapa harus dia yang merebut dirimu


bila aku tak baik untukmu

dan bila dia bahagia dirimu

aku kan pergi meski hati tak akan rela


* terkadang ku menyesal

mengapa ku kenalkan dia padamu


repeat reff [2x]

repeat *



Lirik lagu Ressa Herlambang – Menyesal ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Ressa Herlambang – Menyesal.





Bila dengar lagu ni tetiba aje aku ada manuskrip baru. Dengar lagu ni macam laju aje aku lakarkan jalan cerita. Aku hanya buat lakaran sebabnya masih banyak novel dn cerpen yang aku nak up date dan edit. Biarlah satu persatu!

Sunday, February 21, 2010

5 pertanyaan yang amat menyusahkan hidupku.


Huh, mulut orang mana lah boleh aku tutup, sakit hati macam mana pun aku kena terima 5 soalan yang tak habis tanya padaku. Aku tahu, mungkin kawan-kawanku saja nak tahu kisah hidupku tapi kalau nak tanya tu, janganlah keterlaluan sangat, kalau just nak ambik tahu, is okay tapi kalau melampau sangat tu memang sangat-sangat sentitif padaku.


  • Anne, napa tak kawin-kawin lagi, awak tahu tak yang awak tu dah 29 tahun?

    Saya rasa tak de jodoh lagi lah, mungkin nanti-nantilah jodoh tu datang pada saya. Buat masa ni, saya nak tumpukan pada karya saya.

  • Napa awak nak menulis, itukan kerjaya yang amat sukar?

    Ini minat saya, walau sukar macam mana pun, saya akan atasi.



  • Kenapa putus dengan Farid Azmi, awak kan dah 14 tahun kawan dengan dia?

    May be tak de jodoh kut, saya pun dah tak larat dengan hubungan kitaorang, biarkanlah hubungan kami jadi sejarah dalam hidup saya. Memang tak sangka yang kami tak bersama lagi tapi ini kan kerja Allah. Allah yang tentukan segalanya.

  • Tak sunyi ke?

    Saya boleh teruskan hidup saya lagi. Saya riang dengan hidup saya. Family saya selalu ada dengan saya. Kawan baik saya pun ada di sisi saya setiap masa. Lagipun, saya cukup ramai kawan dan berkaryalah melarikan saya dari kesunyian.

  • Kenapa tak nak kerja?

    Huh, saya rasa, saya malas nak kerja.. malas nak jupe orang, selama saya kerja dan keluar dari rumah, ada saja yang berniat tak baik pada saya. Saya selesa dengan hidup saya, walaupun
    saya selalu duit tak de tapi saya senang dengan hidup saya.


Aku malas nak dengar lagi soalan2 ni. Tapi, apalah kekuatan ku untuk menghalang soalan-soalan ini datang diajukan padaku. Nak tak nak, aku akan terus menjawap bila ditanya.

Magic Facebook



Huh, ajaib betullah facebook ni, aku boleh jumpa balik kawan-kawan yang dah berkurun aku tak jumpa. Last aku jumpa kawan-kawan aku tu masa aku di tingkatan 5 tahun 1998... huh, terkejut ada, teruja pun ada... kawan kolej pun yang dah 5 tahun tak jumpa, dengan facebook aku bergurau dengan berkomen, berchatting dan bermassage.

Setiap hari, aku pasti akan menglogin Facebook. Kat situlah aku dapat tahu kisah hidup kawan-kawanku seharian. Boleh dikatakan setiap hari aku bersama dengan kawa-kawan sekolahku. Kami bergurau dan mengimbas kembali kenangan kami semasa sekolah dulu, huh rindunya! Bertanya khabar dan bercerita tentang kehidupan kami masing-masing. Ramai kawan-kawan sudah berkahwin, masing-masing dah jadi mama dan papa pun, alhamdulillah.


Dah lama aku cari lin, Hazleen kawan rapat baikku. Last aku dan dia di SMKRP, kami bergaduh, apasal kecil aje, aku tak tunggu dia pergi rehat dan kami salah faham. Aku cari dia tapi tak jumpa dan kini Facebook yang ketemukan kami kembali. Ramailah yang aku berbual dengan kawan-kawan sekelasku... Bagus jugak Facebook ni.

Friday, February 19, 2010

Kisah Lagenda Mahsuri

Entahlah, dari kecil lagi aku sukakan kisah Mahsuri. Biarpun, banyak kali aku membaca ataupun mendengar cerita kisah mahsuri, aku tak pernah jemu. Bagiku, kisah Mahsuri cukup menarik dan ada pengajaran tersendiri.

Tidak banyak cerita tentang rakyat ditulis apatah lagi tentang sejarah seorang wanita. Oleh itu jika muncul seorang tokoh daripada golongan rakyat, maka ceritanya hanya diturunkan melalui tradisi lisan. Ini menjadikan banyak versi dan ada tokok tambah. Demikian juga halnya dengan cerita Mahsuri yang mempunyai tidak kurang daripada 14 versi. Bagaimanapun asas cerita, tema dan tokoh-tokoh yang terlibat tidak banyak berbeda.

Mahsuri menjadi lagenda kerana nasib yang menimpa Langkawi selepas peristiwa pembunuhan ke atasnya. Langkawi menjadi pulau yang tidak aman dan tidak makmur selama tujuh keturunan. Inilah kesan penganiayaan , cemburu dan kemarahan yang tidak terbatas. Inilah juga kesan menghukum puteri simbol kesucian. Nampaknya sejarah lisan mempunyai mekanisme tersendiri untuk merasionalkan sesuatu peristiwa atau kejadian sejarah.

Tidak dapat dipastikan bilakah peristiwa Mahsuri berlaku kerana tidak ada rekod-rekod bertulis ditemui hingga setakat ini. Kisahnya hanya bergantung kepada sumber lisan. Ada sumber yang menyebut peristiwa ini berlaku pada zaman Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1798). Satu lagi sumber menyatakan ianya berlaku semasaa pemerintahan Sultan Tajuddin Halim Shah II ( 1804-45 ). Jadi peristiwa ini berlaku sekitar dua abad yang lalu.

Kisah Mahsuri

Di Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka tinggal sekeluarga tiga beranak. Si bapa bernama Pandak Mayah, isterinya Mak Andak Along dan seorang anak perempuan bernama Mek Yah. Keluarga miskin ini menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber rezeki iaitu berhuma, bercucuk tanam, penternakan sara diri dan mencari barang-barang hutan. Nasib keluarga ini mula berubah selepas Pandak Mayah mencari kerbaunya yang hilang. Semasa hujan lebat, dia singgah berlindung di bangsal yang ditinggalkan orang. Di situ Pandak Maya berjumpa kerak nasi yang dikatakan Maya Padi (semangat Padi). Dalam masyarakat Melayu petani, padi adalah simbol kemakmuran dan punca rezeki yang perlu dihormati.Apabila Maya Padi yang berupa kerak nasi dibawa balik kepada isterinya, Mak Andak Alang telah mencampurkan dengan nasi yang ditanak. Memakan nasi bercampur Maya Padi ini menjadi titik peralihan yang mengubah nasib keluarga Pandak Maya. Rezekinya mula bertambah dan seterusnya isterinya hamil lagi.

Rezeki Pandak Maya mula melimpah selepas menjumpai burung layang-layang di gua, di Belanga Pecah. Dia telah menjual sarang-sarang burung tersebut kepada taukeh Cina di Pengkalan (Padang Mat Sirat) untuk pasaran Pulau Pinang. Sarang burung layang-layang menjadikan keluarga Pandak Maya kaya. Bagaimanapun apabila diminta rakan-rakannya menunjukkan tempat sarang burung tersebut, tidak dijumpai lagi. Sekali lagi cerita ini mengambarkan kepercayaan masyarakat yang rezeki tersebut hanya dianugerahkan untuk seseorang dan bukan untuk perkongsian bersama. Apatah lagi kegiatan persendirian Pandak Maya semakin meningkat penghasilannya. Ternakan dan tanaman semakin menjadi dan pengeluaran bertambah banyak
Cerita tentang tuah anak yang dikandung isterinya bertambah hebat apabila suatu malam , Pandak Maya terdengar suara ular itek (ular cinta Mani) berdekatan rumahnya. Pandak Maya berjaya menangkap dua ekor lalu dimasak untuk hidangan keluarga. Mengikut kepercayaan orang tua, siapa yang memakan daging itek ini akan beroleh rezeki yang melimpah. Jelaslah dari cerita di sekitar kehamilan Mak Andak Alang, keluarganya sudah berlimpah rezeki. Ini suatu petanda bayi bakal lahir membawa tuah.

Apabila tiba masa, Mak Andek Alang melahirkan bayi perempuan yang comel, dan dinamakan Mahsuri. Rezeki keluarga ini semakin bertambah apabila Pandak Maya menjumpai batu kemian yang kemudiannya dijual kepada taukeh Cina di Padang Mat Sirat.

Zaman Perawan Mahsuri

Mahsuri membesar seperti gadis-gadis yang lain tetapi kecantikannyalah yang membezakan. Kecantikannya menjadi buah mulut orang di Langkawi. Cerita kecantikan ini menarik minat pembesar Langkawi bergelar Dato Seri Kama Jaya untuk melihat sendiri wajah Mahsuri. Apabila datang melawat Kampung Mawat, ternyata Dato Seri Kama Jaya pun turut terpikat dengan kecantikan Mahsuri dan ingin menyunting sebagai isteri kedua. Bagaimanapun hasratnya ditentang isteri bernama Mahura. Mahura dikatakan seorang wanita yang pintar dan banyak membantu suaminya mentadbir Langkawi. Hal ini menyebabkan Dato Seri Kama Jaya sukar untuk mengenepikan begitu sahaja isterinya.

Apabila Dato Seri Kama Jaya menyuarakan hasrat hati kepada isterinya, Mahura telah menolak dan Dato Seri Kama Jaya terpaksa akur. Ini menunjukkan pengaruh Mahura sangat penting dalam masyarakat tradisional. Bagi penyelesaian masalah , Mahura mencadangkan supaya Mahsuri dipinang untuk anak lelaki mereka yang bernama Wan Mat Deris. Wan Mat Deris dikatakan seorang anakmuda yang gagah dn pintar dalam ilmu persilatan. Beliau dikatakan pernah terlibat dalam beberapa peperangan. Selain itu Wan Mat Deris juga seorang pedagang muda yang berjaya dan menjalankan urus niaga dengan Siam, Pulau Pinang serta dataran Kedah.

Tragedi Mahsuri

Perkahwinan yang diatur Mahura tidak menyelesaikan masalah kebimbangan kemerosotan pengaruhnya ke atas suami dan penduduk Langkawi. Mahura memastikan Mahsuri tidak menetap sebumbung tetapi terus tinggal di rumah Pandak Maya. Keluarga Pandak Maya tidak menolak malah bersyukur kerana menantunya akan menetap bersamanya, dan dia tidak terpisah dengan Mahsuri. Perkongsian hidup Wan Mat Deris dengan Mahsuri cukup bahagia, dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Wan Mat Arus.

Tragedi ke atas Mahsuri bermula dengan kedatangan seorang pemuda miskin bernama Deramang yang dikatakan berasal dari Melaka. Sesetengah sumber mengatakan asalnya dari Sumatera. Deramang telah merantau ke Pulau Pinang, Perlis dan kemudian ke Langkawi. Sebagai seorang celik huruf, Deramang gemar dan ahli membaca hikayat dan syaer. Pandak Maya meminta Deramang membacakan hikayat dan syaer pada waktu malam di rumahnya. Acara ini telah menjadikan rumah Pandak Maya sebagai tempat tumpuan ramai. Mahsuri juga seorang peminat setia Deramang.

Sekali lagi peningkatan kepopularan Mahsuri membimbangkan pengaruh Mahura. Dia juga bimbang populariti suaminya merosot, dan khuatir suaminya masih menyimpan hasrat ke atas Mahsuri. Semasa Wan Mat Deris berdagang ke Siam, Mahura telah membuat tuduhan yang Mahsuri dengan Deramang mempunyai hubungan sulit. Buktinya cincin yang dipakai Deramang adalah hadiah pemberian Mahsuri.Sejauh mana hubungan intim Mahsuri dengan Deramang tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Dato Seri Kama Jaya tidak menyiasat dengan mendalam dan menolak semua alasan Mahsuri. Beliau telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Mahsuri tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Sultan Kedah.

Apabila Mahsuri ditangkap, dibawa ke Padang Hangus dan diikatkan di pokok asam jawa. Dia diperintah dibunuh dengan rejaman tombak tetapi anehnya tombak-tombak tersebut tidak lut ke tubuh Mahsuri. Anehnya, Mahsuri sendiri memberitahu rahsia kekebalannya iaitu tombaknya sendiri. Apabila menggunakan tombak tersebut, darah terpancut berwarna putih. Demikian tragedi Mahsuri yang diceritakan dalam tradisi yang dibumbui dengan metos bagi mengambarkan protes terhadap ketidakadilan.Kesan Tragedi Mahsuri

Kesan Tragedi Mahsuri

Sebelum menghembus nafas terakhir, Mahsuri bersumpah-Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan. Aneh kerana yang bersalah ibu mertuanya Mahura dan bapa mertuanya Dato Seri Kama Jaya sahaja dan bukan seluruh Langkawi. Aneh lagi kerana selepas itu sememangnya Langkawi diserang askar Siam. Mahura dan Dato Seri Kama Jaya terbunuh. Ramai orang Langkawi ditawan dan dijadikan hamba. Bagaimanapun orang Langkawi terus berjuang menentang penjajahan di bawah pimpinan seorang lagi anak Dato Seri Kama Jaya iaitu Wan Mohd Ali.

Lagenda Mahsuri terus dikenang dalam pengertian pengajarannya. Kini Makam Mahsuri telah dibina begitu rupa sebagai kompleks sejarah dan budaya. Langkawi kembali makmur sebagai bandaraya pelancongan.


oleh: Prof. Dr. Mohd. Isa Othman

Gambar lageda Mahsuri

RAHSIA JUMAAT

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat



Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.



Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.


Tak mungkin hari jumaat aku abaikan begitu saja. Aku akan manfaatkan penghulu hari ini dengan amalan yang baik. Sesungguh aku ini insan yang hina dan kotor di sisiNYA. Oleh itu, di hari jumaat aku akan bersih segala kekotoran dan daki di zahir dan batinku... Aku tahu, ALLAH Maha Pengampun!

Tuesday, February 16, 2010

penat. merindui seseorang

Baru sampai dari kelantan, hiss, penat sangat. Tadi masa on the way ke Lumut, banyak sangat accident so jem teruk lah. Penat gila aku rasa dahlah panas terik. Aku tak tahu kenapa 2, 3 hari ni aku asyik ingat kat mamat tu maybe sebab dia selalu contack aku kot semenjak 2 menjak ni. Aku rasa semacam aje bila massage dgn dia, indah aje aku rasa tapi tak mungkinlah kami akan bersatu kembali.
Mungkin dia hadir semula hanya sebagai kawan biasa...

Friday, February 12, 2010

‘Satu rumah satu perpustakaan’‘Satu rumah satu perpustakaan’

Konsep ‘satu rumah satu perpustakaan’ perlu diwujudkan semula bagi memupuk minat dan budaya membaca di kalangan rakyat negara ini.

Pensyarah Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Megat al-Imran Yassin berkata, rumah merupakan institusi terawal dan terpenting bagi seseorang individu mengenali buku sebelum melangkah ke sekolah, perpustakaan atau tempat lain selepas itu.

Sehubungan itu katanya, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan konsep ‘satu rumah satu perpustakaan’ benar-benar berkesan.

“Kalau ibu bapa boleh membelikan barangan yang mahal setiap tahun pada majlis hari lahir anak mereka, mengapa tidak mampu untuk membeli buku sebagai hadiah.

“Buku boleh dijadikan koleksi dan seterusnya mewujudkan perpustakaan mini di rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar Utusan Malaysia dalam laporan khasnya hari ini menyiarkan mengenai sikap rakyat Malaysia yang tidak suka membaca buku.

Pemantauan di beberapa lokasi tumpuan umum di Lembah Klang baru-baru ini mendapati, membaca tidak menjadi satu budaya di kalangan masyarakat negara ini.

Malah paling menyedihkan, Perpustakaan Negara Malaysia, perpustakaan negeri, daerah dan desa juga lengang. Hanya 10 hingga 30 orang mengunjungi gedung-gedung ilmu itu dalam sehari.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya profil kajian membaca di Malaysia tidak bergerak, cuma purata dua naskhah buku dibaca setiap rakyat pada setiap tahun.

Sementara itu, Ketua Program Persuratan Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mawar Shafei berkata, kecenderungan untuk membaca di kalangan rakyat negara ini sebenarnya masih ada.

Bagaimanapun katanya, ia wujud melalui medium yang berbeza.

“Melayari Internet juga boleh dikategorikan sebagai membaca sekiranya orang ramai memanfaatkan sepenuhnya penggunaan Internet,” jelasnya.

Tambah Mawar, pihak pengurusan perpustakaan perlu mengambil inisiatif dengan mempelbagaikan aktiviti mereka seperti mengadakan jualan buku terpakai dan mengadakan aktiviti berkala seperti sesi bersama penulis yang berbeza setiap bulan.

“Mewujudkan kafeteria dalam perpustakaan juga satu langkah yang baik untuk menarik minat orang mengunjungi perpustakaan,” katanya.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu berkata, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar, amalan membaca dapat menajam dan membentuk ‘kuasa pemikiran’ di kalangan para pembacanya.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar menanam minat membaca dan menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya,” katanya.

Thursday, February 11, 2010

Masih banyak yang inginku tuliskan

Pelmacam cerita, pelmacam idea yang ada di kotak fikiranku untuk aku berkarya tapi masa yang tidak mengizinkan. Entahlah, sama ada masa ataupun aku yang tak pandai nak menyusun masaku. Mungkin aku tak ada lagi fokus untuk menulis. Memang aku marah sangat pada diriku ini. Mengeditkan manuskrip Cintaku hanyalah satu sudah memakan sebulan. Aku frust sangat dengan kegagalanku dalam mengatur masaku
Adakah aku masih belum sesuai lagi untuk menjadi penulis yang bagus, argh, mungkin belum ataupun memang tak layak. Tapi, aku mahu menulis dan berkarya. Yang pastinya, aku mahu menjadi penulis yang bagus, cukuplah bagus, hebat tu mungkin sukar untukku!
Aku cuba meningkat nilai penulisanku dan akan mengawal waktuku, aku mahukan masaku lebih banyak di novelku, bukan di facebook!

Wednesday, February 10, 2010

Pergh... lagu Sepi Tanpa Cinta

Apakan daya jika kasihku tidak kau menghargai
Apakan daya aku hanya menumpang di sudut hati
Tiba masanya terpaksa ku membawa diri
Aku menyedari siapa diriku hanya sementara...

Apakan daya percintaanku ini separuh jalan
Hidup seperti sampan hanyut di dalam lautan sepi
Terumbang-ambing ku dipukul ombak yang tinggi
Lemasnya aku hingga sesaknya nafasku menanggung rindu

( korus )
Sampainya hatimu meninggalkan ku sendiri
Tanpa kasih sayang mengapa kau mungkiri
Segala janjimu dulu
Untuk hidup bersamaku
Sungguh pilu di hatiku

Kurasa sepi tanpa cintamu
Bagai malam tiada cahaya
Apalah dayaku jika orang tak sudi
Lebih baik aku pergi

Hanya pada Tuhan aku berserah
Moga diriku kecap bahagia
Apalah dayaku orang tak sudi
Lebih baik aku pergi


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com



Memori cinta datang lagi! masa aku tgh asyik buat novel, tiba-tiba pula Suria Cinta utarakan lagiSpring ' Sepi tanpa cinta'huh, terbuai dek kenangan untuk seketika. Wajah mamat tu pun menari latin di mataku. Huh, rindu gak ni...
Aku terhenti kejap dari berkaryaku. Kalau malam memang aku akan dengar suria cinta dari Kak Lin... Memang best dan layan habis Suria Cinta tu. Siapa nak dengar Suria Cinta bukalah radio Suria FM ataupun layarilah http://suriafm.com.my/.

Agama yang benar


Dalam bahasa Arab, perkataan "Islam" bermaksud "tunduk" atau "patuh". Jika seorang Muslim ditanya, "Apakah itu Islam?", biasanya dia akan menjawab, "Agama yang tunduk kepada Allah, satu-satu Tuhan yang benar."


Jawapan ini terlalu ringkas. Untuk memahami Islam yang benar, satu gambaran yang jelas yang diperlukan. Untuk mendapat gambaran yang jelas ini, satu penelitian sejarah diperlukan.


Islam Dalam Sejarah

Sebelum Islam bertapak di tanah Arab di bawah pimpinan Muhammad, terdapat empat jenis kepercayaan yang berpengaruh di sana.


Arab Jahiliah

Mereka ini penyembah-penyembah berhala yang percaya kepada satu Tuhan yang Maha Tinggi, dewa-dewi dan berbagai jenis kuasa ghaib. Walaupun begitu, sebilangan besar daripada mereka (terutamanya bani Quraisy di Mekah) mengaku diri mereka dari keturunan Ibrahim.
Rumah berhala mereka yang terkenal ialah Kaabah yang bertempat di Mekah. Di dalamnya terdapat berbagai objek-objek pujaan dan berhala.


Yahudi

Pada zaman Muhammad, terdapat ramai orang Yahudi di tanah Arab. Sebilangan besar dari mereka bukan Yahudi sejati melainkan yang telah memeluk agama Yahudi. Menurut Yaqubi, bani Yahudi Quazah dan Nadhir di Madinah merupakan suku-bangsa Arab Jurham yang telah diyahudikan.
Orang Yahudi pada masa itu lebih berpengetahuan tentang dongeng rakyat dan tulisan ulama mereka daripada apa yang sebenarnya di tulis dalam Taurat. Malah, ada yang telah lupa bahasa asal mereka dan tidak dapat lagi membaca kitab Taurat yang ditulis dalam bahasa Ibrani. Kerana ulama-ulama Yahudi sahaja yang memahami kitab Taurat, ayat-ayat dari kitab itu terpaksa diterjemahkan secara spontan ke dalam bahasa Arab dalam upacara-upacara sembahyang umum.


Kristian

Orang yang pertama menjadi Kristian ialah orang Yahudi. Mereka berbeza dengan orang Yahudi lain kerana menerima Isa sebagai Al-Masih yang telah dijanjikan Allah. Apabila semakin ramai orang bukan-Yahudi memeluk agama Kristian, mereka mula membentuk identiti mereka sendiri. Pada zaman Muhammad, orang Kristian telah wujud selama enam ratus tahun. Dalam masa yang singkat itu, agama Kristian berjaya menjadi agama utama di Timur Tengah.
Akan tetapi orang Kristian pada masa itu telah pudar semangat dan banyak ajaran-ajaran sesat telah berjaya memecahbelahkan penduduk Kristian kepada kelompok-kelompok yang bertentangan fahaman. Ramai orang keliru tentang fahaman Kristian yang benar terutamanya mereka yang tidak berpeluang membaca Alkitab (gabungan kitab Taurat, Mazmur dan Injil) untuk mengkaji isu-isu yang diperdebatkan.
Suasana ini merebak ke tanah Arab yang pada masa itu tidak memiliki Alkitab dalam bahasa Arab. Orang Kristian di tanah Arab pada masa itu terdiri dari golongan Nestoria, Baizantin dan Monofisit. Golongan Baizantin dan Monofisit merupakan dua golongan paling berpengaruh dan merekalah yang menimbulkan perbalahan apabila memanggil Maryam, Ibu Tuhan. Maka tidak hairanlah jika suasana seperti itu telah menghalang Muhammad daripada mendapatkan ajaran Kristian yang benar.
Akhirnya, penyebaran ajaran-ajaran sesat ini dapat disekat dan dibetulkan. Prosesnya mengambil masa yang lama kerana campur tangan berbagai pihak yang berkuasa. Apabila umat Kristian berjaya bangkit dari kemelut akidah yang telah memecahbelahkan mereka, Islam telah pun bertapak di Timur Tengah dan Afrika Utara.


Hanif

Perkataan Hanif bermaksud "Dia yang berpaling" iaitu daripada penyembahan berhala. Orang Hanif ialah orang Arab Jahiliah yang telah dipengaruhi oleh fahaman Yahudi dan Kristian lalu mereka menolak amalan penyembahan berhala. Mereka tidak berjemaah tetapi percaya agama yang benar ialah agama yang dipegang bapa bangsa mereka, Ibrahim.
Agama Yahudi, Kristian dan Islam masing-masing menuntut mewakili agama Ibrahim yang sebenar. Adalah menarik bahawa dari empat Hanif yang diceritakan oleh Ibn Ishaq, tiga daripada mereka menemui kebenaran yang dicari-cari mereka dalam agama Kristian.
Hanif yang pertama ialah Waraqah bin Naufal, sepupu Khatijah, isteri pertama Muhammad. Dia memeluk agama Kristian dan menjadi seorang Kristian yang terpelajar. Walaupun dia adalah saudara dan penasihat rohani Muhammad, dia tidak pernah memeluk agama Islam. Selepas kematiannya, Muhammad telah bermimpi melihat Waraqah berpakaian putih dan mengambilnya sebagai tanda Waraqah selamat di syurga.
Hanif kedua ialah Abdullah bin Jashy. Pada mulanya dia memeluk agama Islam tetapi kemudiannya memeluk agama Kristian setelah berhijrah ke Habsyah akibat penganiayaan di Mekah. Abdullah selalu bersaksi kepada pelarian Islam yang lain tentang pengalaman rohaninya yang baru itu. Dia pernah berkata, "Kami (Kristian) melihat dengan jelas tetapi kamu (Islam) mengerdip mata sahaja." Maksudnya jelas – Abdullah percaya bahawa orang kristian mempunyai pandangan yang jelas dalam hal-hal rohani manakala Islam masih belum berjaya melihat terang kebenaran Allah.
Hanif yang ketiga ialah Usman bin Huarith. Dia merupakan saudara isteri pertama Muhammad dan memeluk agama Kristian semasa di Baizantin.
Hanif yang keempat, Zaid bin Amru, tetap Hanif sampai akhir hayatnya. Dikatakan dia selalu berdoa, "Ya Allah. Jika aku tahu jalan mana yang paling Engkau berkenan, aku akan menyembah-Mu dengannya. Tetapi aku tidak tahu."
Sebelum kerasulannya, Muhammad merupakan seorang Hanif. Pada setiap tahun, di bulan Ramadan, dia akan pergi bertapa di Gua Hira yang berdekatan dengan Mekah. Amalan ini sebenarnya berasal daripada orang Kristian di Syria yang kemudiannya menjadi popular di kalangan orang Arab.
Mengikut ajaran Islam, kenabian Muhammad bermula pada satu malam pada bulan Ramadan apabila dia terdengar satu suara menyuruh dia "mengucap" (yakni ayat-ayat Al-Quran yang bakal diturunkan kepadanya). Suara ini didengarnya ketika dia sedang bertapa di Gua Hira. Apabila dia mempertimbangkan kata-kata tersebut, malaikat Jibrail telah menjelma dan memberitahunya, "Muhammad! Engkaulah rasul Allah."
Pada mulanya Muhammad menyebarkan mesej Islam di kalangan orang Arab sahaja. Selepas dia berhijrah ke Madinah (yang banyak berpenduduk Yahudi), dia cuba memujuk orang Yahudi menerimanya sebagai seorang nabi setaraf nabi-nabi dalam kitab Taurat. Muhammad mengelar orang Yahudi dan Kristian "ahli-ahli kitab". Walaupun begitu, orang Yahudi menentang Muhammad dan menolak mesejnya. Mereka yakin kitab suci mereka tidak menyatakan apa-apa tentangnya. Sejak dari itu, Muhammad mula bermusuhan dengan mereka.
Apabila ditanya sama ada orang Islam orang Yahudi atau Kristian, Al-Quran mengarahkan orang Islam untuk memberi jawapan ini:
Berkata mereka itu: Beragama Yahudilah kamu, atau beragama Nasrani, supaya kamu mendapat petunjuk. Katakanlah: Bahkan agama Ibrahim yang lurus (kami ikut), dan bukanlah dia termasuk orang-orang musyrik. Katakanlah: Kami telah beriman kepada Allah dan (Kitab) yang diturunkan kepada kami dan apa-apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Yaqub dan anak-anaknya (begitu juga kepada kitab) yang diturunkan kepada Musa dan Isa, dan apa-apa yang telah diturunkan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka, tiadalah kami perbezakan seorang juga di antara mereka itu dan kami patuh kepada Allah. Maka jika mereka beriman seperti keimanan kamu, sesungguhnya mereka mendapat petunjuk; tetapi jika mereka berpaling (tiada beriman seperti keimananmu), maka hanya mereka dalam perpecahan (dengan kamu); maka engkau akan dipeliharakan Allah dari kejahatan mereka, dan Dia Mahamendengar, lagi Mahamengetahui. (2 Surah Al-Baqarah ayat 135-137)
Apabila ayat-ayat ini yang dipandang dari sudut sejarah, maka jelaslah agama Islam merupakan satu panggilan untuk kembali kepada agama Ibrahim dan mesej nabi-nabi Allah. Apakah ini telah dilakukan penganut agama Islam? Apakah Islam hari ini mewakili agama Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Yaqub yang sebenar? Apakah kitab Musa dan Isa ditaati hari ini oleh pengikut Islam?


Agama Ibrahim
(Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepada Ibrahim: Islamlah engkau! Jawabnya: Saya telah Islam(patuh mengikut) Tuhan semesta alam. (2 Surah Al-Baqarah ayat 131)
Siapakah yang terlebih baik agamanya dari orang yang menundukkan mukanya kepada Allah sedang ia berbuat kebaikan dan mengikut agama Ibrahim yang lurus? Allah telah mengangkat Ibrahim itu sebagai tolan (sahabat). (Surah An-Nissak ayat 125)
Agama Ibrahim ialah agama penundukan dan ketaatan kepada perintah-perintah Allah. Ibrahim menikmati banyak berkat kerana kejayaannya tunduk dan taat kepada Allah. Dia telah diberi anak yang soleh walaupun sudah berusia, anaknya ditebus Allah ketika Ibrahim patuh kepada arahan Allah (melalui mimpi) untuk menyembelih anaknya dan dia dijadikan imam bagi manusia. Akan tetapi berkat paling besar dialami Ibrahim ialah penghormatan menjadi sahabat Allah.
Bagaimana dengan anda hari ini? Apakah anda berjaya tunduk dan taat kepada perintah-perintah Allah Ibrahim, Ishaq dan Yaqub? Apakah berkat-berkat yang telah anda alami sebagai hasil kepatuhan ini? Apakah anda seorang sahabat Allah?
Mengapakah Allah berkenan kepada nenek moyang kita Ibrahim? Allah berkenan kepada Ibrahim kerana perbuatan Ibrahim, iaitu mempersembahkan Ishaq, anaknya di atas mezbah, sebagai persembahan kepada Allah. Kamu tidak nampakkah bahawa Ibrahim menunjukkan imannya dengan perbuatannya? Oleh itu, iman Ibrahim menjadi sempurna. Perkara itu sesuai dengan ayat Alkitab, "Ibrahim percaya kepada Allah, dan kerana imannya Allah menerima dia sebagai orang yang melakukan kehendak Allah." Itulah sebabnya Ibrahim disebut sahabat Allah. (Yakub bab 2 ayat 21-23)

Tuesday, February 9, 2010

Pentingnya bersolat

Solat, satu kewajiban untuk kita menunaikannya. Tanpa bersolat, hidup kita akan terasa kosong dan hampar. Kalau sewaktu saja tertinggal, huh, rasa bersalah yang amat sangat. Dari kecil lagi aku diajar untuk bersolat. Solat, satu cara kita berhubung dengan ALLAH. Dengan bersolat kita akan terasa tenang dan lapang. Solat ibadah yang utama dalam hidup ini, aku tak mungkin mempersiakan waktu solatku.
Bagiku, bersolat menjamin kesihatan;-
Untuk sihat, kita tidak perlu bersenam dan mengeluarkan peluh. Seperti saya, solat yang menjadi tiang agama merupakan amalan sihat yang paling berkesan. Misalnya, ketika kita sujud dan rukuk, ia sebenarnya satu senaman semula jadi. Amalan ini paling mudah untuk dilakukan.

Yang membuat tertarik untuk mengerjakan ibadah solat ini kerana kebanyakkannya yang bersolat tidak dapat mencegah diri mereka dari perkara mungkar atau mungkin kerana solat anda mempunyai tujuan dan bersebab seperti berikut.

1 - Untuk mendapat ganjaran syurga
2 - takut untuk menghadapi mati
3 - takut dengan azab kubur
4 - takut masuk neraka
5 - kerana uzur dan sudah tua
6 - kerana susah dan miskin
7 - malu kepada anak-anak dan kawan-kawan
8 - Kerana menjadi orang terhormat dalam masyarakat

Sesungguhnya sedikit sekali yang bersolat semata-mata untuk memperhambakan dirinya kepada Allah dan meredhai atas segala sesuatu dari Allah. Dan, kita seharuslah ikhlas untuk mengerjakan solat ini.


Monday, February 8, 2010

Hari ini bertarikh 9 Feb 2010


Happy... happy... happy...
Insya ALLAH aku akan ke Sabah nanti. Ayang, kawanku yang sebaya denganku akan berkahwin bulanoktober ini. Alhamdulillah, aku cukup happy untuknya. Dia akan berlangsungkan perkahwinanya di Sabah. Wah, nampaknya aku akan ke Sabahlah nanti. Mestilah aku pergi, giler tak pergi, dia selalu ingatkan padaku, bila dia kahwin aku kena pergi, ya aku akan pergi nanti. Lagipun, aku belum lagi kenal Sabah... Negeri Borneo itu.
Hasil karyaku masih sama, aku masih mengedit manuskrip ku.

Nothing!

Tak apa apa yang terjadi, tak ada apa yang berlaku, tak ada apayang best, semuanya masih sama. Bosan jugak, hari-hari sama aje hidup ku... buka mata, makan, jemur kain, masak dan barulah buka pc, check email, online ym, online Facebook dan edit manuskrip. Huh, bila nak siap daaa, aku edit pastu aku tambah. Baca manuskrip, edit dan tambah. Aku baca tambah dan edit... tak siap-siap lg ni. Tapi, aku sudah bagitahu BUKU PRIMA yang aku masih mengedit manuskripku dan BUKU PRIMA memahaminya. Syukurlah!
Tadi, ym dgn my cousin yg sempoi, dia kata, minggu ni dia nak datang umah ma, melawat angah... Aku pun balik sana, bestnya dapat jumpa NADIA. Dia salah sorang insan yang penting dalam hidupku, dari kecil lagi kami rapat dan dah abis faham perangai sesama kami,kami sebaya, kami setahun, kami sebulan,kami sebintang dan yang pasti kami se'atuk' dan se'nenek'. Kalau kenal dia lawatlah; http://nuruldania.blogspot.com/

Oklah... ini saja untuk hari ni... aku nak sambung mengedit balik manuskrip ku...
Chai yok... chai yok...

bersemangatlah MEK ANNE

Thursday, February 4, 2010

Masih yang sama

Masih Dunia Yang Sama

Kategori: Puisi Oleh: Nuril Annissa

Kupandang atap Bandaku.
Kelabu.
Sedikit tiris hingga menitis satu-satu air dari Tuhan.
Umpama dikepung salju, aku terbata-bata mengeja tetesnya.
Begitu beku, begitu lesu.

Adakah kiranya kabar itu benar?
Bahwa sepotong hati sudah lama merasa sukar?
Sementara ada hatiku yang bisa kuberi untuk kutukar.
Tapi malang, aku tak pernah sadar.

Makin kupeluk remah-remah hangat agar aku tak lagi beku.
Menggodam depan dan belakang kepalaku.
Dari masa lalu pun aku pantang berhadap masalah serupa itu.
Wahai saudari, takkah kau lihat aku mencintai?

Apa guna aku bersenandung jika ternyata ia tersandung?
Apa guna aku – mencoba – merangkak sementara ia diam tak bergerak?
Kukira kusedang mendulang pelangi.
Tapi rupa-rupa aku harus bercermin lagi.

Aku pernah seperti ini.
Di dunia yang lampau.
Saat aku belum lagi sempurna letakkan kain di atas kepalaku.
Waktu itu kuruah semua cinta yang kupunya padanya, seorang saudari jua.
Sedih aku bukan kepalang, di ujung waktu kami, ia tutur banyak dusta ia sembunyi dariku ini yang hamba.

Tuhan, kukira aku sudah pindah.
Sudah habis marah.
Tapi lihat ini kisah.
Tak selesai-selesai Kaukirim gundah.

Ternyata aku masih di dunia yang sama.
Jantungku masih yang sama, yang belum bisa peroleh detak orang lain yang seirama.
Simfoniku angkuh masih belum bisa menyamakan nada.
Tuhan, ini bencana.
Karena berarti tambah lagi bukti aku tak mampu mencinta.

Kutoleh ke jembatan.
Di bawahnya muda-mudi mabuk bercinta.
Kutoleh ke tepi selat Selatan.
Di sana bintang-bintang bercengkrama.
Lalu kutoleh cerminku.
Di situ ada aku yang buruk dengan air mata.

Tuhan, aku tahu tak pantas tanya mengapa.
Oleh itu kupinta saja.
Pindahkan aku ke dunia sebelah sana saja.
Aku akan berkarat terus jika masih di dunia yang sama.

Tungkop, 19 September 2009

Aku tak lagi trial untuk menulis sajak atau pun syair... tapi, aku suka bacanya dan aku akan memperlajarinya. Sajak dan syair dalam aliran yang sama, dalam dunia yang sama' dunia sastera' dunia yang aku cintai.

Hari ni,aku buat pertukaran blog lagi, layoutnya.Yang lama tu,  aku rasa gelap daan sakit mata aku menengoknya. Harap blog ini, pembaca ku sukakannya, hahahaha, ada pembaca ke? Kalau tak de, akulah yang baca blog aku sendiri kahkahkahkah!!!