Monday, June 28, 2010

Aku di Kampung.

Aku balik kelantan untuk beberapa hari sahaja. Di sana aku luangkan masaku bersama ma dan angah. Anak-anak sepupu tidak ada di rumah, mereka balik tuk mek mereka di pasir mas. Agak boring juga aku.
Semasa di sana, aku membaca novel dr Siti Rosmizah, Aku dan kau, best jalan ceritanya, kelakar dan aku belum lagi menghabiskannya. Aku bukannya sekadar membaca tapi aku menghayati, mengamat, mempelajari dan memahaminya Aku tidak akan membaca sekadar baca sahaja, aku akan memerhatikan bahasa dan gayanya. Setiap perkataan, gaya bahasa dan tata bahasa di novel yang kubaca akan aku teliti. Bagiku, novel-novel ku baca adalah buku rujukanku. Aku kan budak baru belajar jadi aku haruslah bekerja keras.
Ma aku tanya ' tok puas ko baca buku cerito, wat buku cerito, baca pun buku cerita, aku hanya senyum saja dan menjawap soalannya itu, aku mengatakan padanya, ini duniak, dengan novel aku berasa tenang.
Sepanjang di Kelantan, aku terasa seronok sangat dan tenang, yang paling penting aku tidak sibuk! Biasa di kampung sememangnya seronok dan aku dapat merehatkan mindaku ini.

Thursday, June 24, 2010

balik kelantan

Hari ini,aku akan balik ke kampungku di Rantau Panjang,Kelantan. Aku mahu berubat di sana. Balik ke Rantau Panjang selalunya aku akan senaraikan makanan yang ingin aku makan. Makanan di sana memang best dan bukan mudah untuk cari di sini. Selama di sana, aku tidak dapatlah online FB, YM dan mengup datekan blogku ini.
Aku pun tidak bolehlah berkarya, hiss pasti aku akan rindukan untuk menulis. Emm tidak mengapa, bercuti dan merehatkan minda. Di sana nanti aku akan membaca novel tanpa berkarya dan berFB.
Okeylah, aku dah nak bertolak ni, chow!

Wednesday, June 23, 2010

Ayat Syifa. Sekadar mahu berkongsi.

Ayat ini yang selalu aku amal untuk melawan penyakitku yang ada, penyakit yang manusia bersifat PHD, manusia yang tidak boleh melihat hiduku senang. Tidak mengapa aku masih boleh terima dugaan ini kerana aku percaya ALLAH mengizinkannya dan ALLAH mahu mengujiku. Aku akan tabah dengan dugaan ALLAH YANG MAHA ESA!

Imam Abu Qasim Qushairi rah. telah dilaporkan berkata: "seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir maut. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifa'? Mengapa tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah s.w.t.) disembuhkan?" Setelah jaga aku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Quran) maka aku temui ayat-ayat itu pada ENAM tempat. Ianya adalah seperti berikut:

Surah At-Taubah: ayat 14

Surah Yunus: ayat 57

Surah An-Nahl: ayat 69

Surah Al-Isra' :ayat 82

Surah Asy-Syua'ara' : ayat 80

Surah Fushshilat: ayat 44


Tuesday, June 22, 2010

Aku draf manuskrip ke 2



Hahaha manuskrip pertama pun belum diterima sepenuhnya, sekarang ini sudah drap manuskri ke 2... bercita-cita tinggi sungguh anne kasih Mustaffa ini. Tapi, tidak salahkan. Jadi penulis adalah mahuku dan itu yang aku realitikan jadi tidak salah kalau aku bergerak dengan pantas. Lakar cerita sudah pun aku lakarkan. Jalannya ringkas dan banyak juga masalah yang aku fikirkan untuk menyelesaikannya.
Bersemangatsungguh untuk memulakan manuskrip ke dua ku. Tapi yang jadi masalahnya , aku sukar untuk memulakan dan aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan, itulah yang selalu jadi masalahku. Untuk memulakan manuskrip ke dua ku, aku perlukan warm up dulu dan aku akan baca blog yang berkaitan dengan menghasilkan manuskrip. Blog yang menjadi blog warm up dan membakar semangatku adalah blog Maria Kajiwa (MK) iaitu blognya; http://mariakajiwa.blogspot.com dan http://rumahkecil17.blogspot.com. Dua blog itulah yang selalu dirujuk olehku dan blog itu buku rujukan bagiku. Terima kasih MK kerana mencipta dua blog itu. Terlalu banyak yang aku pelajari di blog itu. Blog AVA, blog yang kemestian aku lewati dan blog AVA blog yang aku kunjungi setiap hari.

Manuskrip kali ini, akan aku mulakan dengan keadaan yang ceria. Tunggu sahajalah nanti dan
doakan aku ya agar aku banyak dapat idea.

Friday, June 11, 2010

Alhamdulillah!

Syukur, kawanku Ayang sudah pun selamat bernikah dengan lelaki yang amat dia cintai. Malangnya aku tidak dapat hadirkanku di majlisnya itu. Tidak mengapa walaupun aku tidak dapat ke majlisnya tapi aku sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangganya yang baru bermula itu.Aku benar-benar berharap agar suaminya dapat menjaganya dengan kasih sayang yang amat mendapat.
Ayang menyuruhku membuat satu novel kisahnya. Insya ALLAH, aku akan menghasilkan novel itu khas untuknya. Ayang pun ada bakat menulis tapi sayang dia tiada masa untuk berkarya.Kalau boleh, dia mahu menulis sendiri kisah percintaannya bersama suaminya itu tapi tidak ada masa. Dia bekerja dan sudah tentu masanya agak terhad. Tentang novelnya itu akan aku merealitasikan. Aku akan cuba.
Sesudah Ayang berkahwin bererti semua kawan rapatku di zaman kolej hingga kini sudah pun berkahwin, hanya AKU sahaja yang belumBERKAHWIN. Alahai, bilalah agaknya aku akan berkahwin, emm... hanya TUHAN yang tahu tentang itu. Aku akan terus berdoa agar jodohku akan datang dengan pantas. AMIN.
Walaupun semua kawanku sudah berkahwin tetapi mereka tidak pernah mematikanku di dalam kehidupan mereka. Aku tidak pernah merasakan tentang kehilangan mereka, cuma yang bezanya, kami tidak lagi selalu berjumpa seperti dahalu dan aku faham tentang itu.
Ala,sekarang ini zaman sudah canggih. Walaupun kami tidak bertemu tapi kami selalu berjumpa di Facebook dan YM. Yang pasti aku selalu merindui mereka.

Sunday, June 6, 2010

Akan kubuktikan

Aku biasa sahaja. Seharianku, aku habiskan di ruang Microsoft Word dan hanya di situlah duniaku. Walaupun aku belum ada sebuah novel untuk dibuktikan yang aku juga seorang penulis tapi akan aku buktikan untuk menciptakan namaku sebagai penulis walaupun penulis cabuk. Akan aku buktikan yang aku juga ada impian dan aku pun ingin berjaya. Aku mahu mami bangga denganku. Aku akan terus menulis walaupun manuskripku ditolak beratus kali dan aku tidak mungkin berputus asa.
Ada hamba Allah menyarankanku untuk bekerja, baginya bekerja di pejabat lebih berbaloi dan hujung bulan pasti dapat gaji.. Eii, dia tahu tidak yang aku tidak mungkin akan bekerja, aku tidak suka jumpa orang ramai setiap hari. Biarlah sijil diplomaku, aku jadi penghiasan di file sijil-sijilku. Sesusah mana aku masuk ke alam penulisan ini, aku akan sabar dan terus berusaha. Dia mengejekku yang novelku tidak ke mana dan aku ini berangan sahaja. Hello, aku akan berusaha untuk dapat apa yang aku mahukan dan aku yakin yang Allah pasti beri apa yang aku mahukan, cuma aku harus bersabar dan berusaha. Yang penting jangan putus asa.
Dia kata, aku ini tidak berduit macam mana hendak hidup. Biarlah buat masa sekarang ini aku tidak berdiit asalkan aku boleh hidup. Pernah ke aku minta duit dia untuk beli beras, susah betul manusia ini, huh! Janganlah dia bimbang, aku tahu bagaimana untuk hidup dan aku akan terus berusaha untuk jadi orang yang berduit dan di masa aku berjaya itu, aku akan ingat yang ini semua datang dari Allah dan tidak mungkin aku mahu berlagak pada orang-orang yang mengatakan aku.
Yang pasti aku akan buktikan dan aku mahu mami senang hati dengan apa yang aku usahakan ini.

Friday, June 4, 2010

Teruja


Aku betul-betul teruja dengan keadaanku sekarang ini. Tidak tahu kenapa tapi aku benar-benar teruja mungkin malam ini aku akan menonton flm yang amatku nantikan, 'Lagenda budak Setan' seronoknya. Malam ini akan pergi bersama Kak Nur dan Abang Is. Tidak sabar rasanya. Sudah begittu lama aku menantikan untuk menonton cerita itu. Novelnya sudah berapa kali aku membacanya, sampaikan novel itu hilang entah ke mana. Aku mahu membeli novel itu. Walaupun aku sudah membaca novel beratus-ratus kali dan malam ini aku mahu menonton cerita itu tapi aku tetap mahu membeli novel itu, aku mahu mempelajari gaya bahasa novel itu.
Bagiku, novel itu cukup gah dan kali ini aku mahu membaca dengan teliti.
Dan,aku teruja mungkin kerana manuskripku yang sudah hampir siap. Kali ini benar-benar akan siap dan pasti aku akan hantar ke Buku Prima secepat mungkin. Yalah, ini kan manuskrip pertamaku sudah tentu banyak pekara yang aku harus betulkan dan aku tidak mahu kali ini manuskripku ditolak lagi. Akan pastikan manuskripku diterima tapi kalau ia tidak diterima dan ditolak lagi, aku akan membaiki manuskrip itu lagi. Aku tidak mungkin berputus asa untuk terus berusaha menjadi penulis novel!

Thursday, June 3, 2010

Perlu ke....

Entahlah, aku tidak tahu adakah aku patut minta kebenaran ataupun tidak kalau aku mahu berkarya tentang seseorang itu. Mungkin perlu kut, yalah aku menulis tentangnya, kisahnya dan pasalnya tapi aku tulis kerana dia bersamaku. Entahlah!
Kalau cerita yang menarik dalam hidupku, akuu akan bercerita di sini. Aku juga mahu orang lain tahu yang aku juga ada kehidupan lain selain dunia karyaku. Jangan risau kalau aku menulis pun aku akan tulis benda yang patutku tulis.
Semalam Amir call, biasalah dia tidak berputus asa cuba menjudikan dirinya untukku. Tapi, untuk apalah dan perlukah aku berikan padanya peluang untuk menghidupkan bunga cinta yang layu itu di dalam hatiku. Aku rasa yang aku ini bukanlah untuknya dan cukup lah aku katakan yang dia bukan lelaki yang dipilih untukku. Sharizal, dia pun menghubungi dan masih meminta maaf. Aku sudah pun maafkannya. Dia tidak perlu risau, aku sudah ikhlas melepaskannya dari hidupku. Farid, lelaki yang begitu untuk pergi dari hidupku, sudah 3 malam dia tidak hubungiku dan aku malas memikirkan kenapa,mengapa dan sebab apa dia tidak hubungiku. Lantaklah.
Buat masa ini aku malas untuk fikirkan tentang cinta. Yang mahu aku fokuskan tentang diriku, kesihatanku, keluargaku dan karyaku.

Wednesday, June 2, 2010

Cukup lama

Sudah lama aku tidak mengupdatekan blogku ini. Entahlah, tiba-tiba terasa tidak ada mood untuk berbicara di sini, bukan tidak sudi tapi mungkin masaku terhad. Terhad!? Entah apalah yang aku buat sampat terhad itu. Betulkan manuskrip, oh itu wajib bagiku. Berapalah agaknya aku harus memetulkan manuskripku itu. Biarlah, mungkin ia yang terbaik untuk karyaku. Sabar Anne dan teruslah berkarya.
Aku mengedit manuskripku sambil berym dengan Yatee dan Azie. Kami berym dengan cerita yang macam-macam. Walaupun hari-hari berym tapi ada sahaja yang hendak diceritakan.Kami pun tidak berjemu berym. Yalah, hanya berym, dulu semasadi kolej bertemu dari 9 pagi sampai pukul 5 petang tidak pun jemu-jemu, setakat berym ini apalah sangat.
Appy sudah kembali ke Kl. Aku hubunginya, tidaklah lama kami berbual, Kamilla anak kecil Apy menangis jadi kami berbual hanyalah sekejap sahaja. Appy masih lama di Malaysia, jadi masih ada masa yang panjang untuk kami berbual. Niat hati ingin juga bermalam di rumah maknya tapi tengoklah nanti macam mana. Yang pasti, kami akan bertemu nanti.