Saturday, July 10, 2010
Kenapa mesti tipu diri sendiri
Aku tidak suka kalau ada yang menipu, aku akan lebih marah jikalau orang itu menipu diri sendiri. Kalau tidak belajar tinggi, berterus terang sahajalah tidak perlu berbohong. Ini tidak cakap bejalar di Universiti, di USM lagi.
Untuk apalah mahu berbohong? Sekadar untuk membangga diri, memanglah untuk membangga diri tapi dia tidak tahu yang orang akan cemuh dan kata-kata dengan identiti yang tidak sah itu. Aku bukan hendak menyibuk tapi aku tidak suka orang sebegini. Kadang-kadang orang seperti ini cakap aje pandai tapi habuk pun tak ada. Hiss, tidak sukalah dan orang macam ini berlagaknya mak ai, lebih tinggi dari orang yang ada PHD.
Entahlah, bagi aku tidak ruginya kalau kita merendah diri dan bercakap benar. Bukannya tiada perlajaran tinggi orang hendak kutuk.Hidup ini bukan terletak pada lagak kita tapi terletak pada kebaikan dan kejujuran kita. Tidak untungnya tidak berlagak dan membangga diri, itu akan memalukan diri kita sendiri.
Aku selalu ingatkan diriku jangan hendak berlagak. Hidup ini akan tenang kalau kita bercakap jujur dan ikhlas. Allah pasti akan menolong kita jikalau kita ini rendah tarafnya, yang penting kita haruslah berusaha tapi kalau kita bercakap besar, hemmm tahu-tahulah akibatnya. Tidak ke mananya kalau kita berlagak. Seboleh-bolehnya, aku mahu menghindarkan sikap berlagak itu dari diriku dan aku mahu terus jujur juga tahu siapa aku yang sebenarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment