Thursday, July 29, 2010
Tiba-tiba terindu
Aku marah pada diriku kenapa aku perlu rindukannya. Memang dia lelaki yang pernah aku cintai dan rindui tapi aku rasakan aku tidak pantas untuk rindukan mana-mana lelaki yang pernah aku cinta. Pada farid, rindu ini selalu untuknya tapi aku padam rindu ini kerana masa depanku, rindu pada Syam! Tidak mungkinlah, aku benar-benar membencinya dan pada Faizal!? Ya, aku masihkannya tapi sekadar merindui sahaja dan itu tidak bererti apa-apa. Aku yakin yang ketiga-tiga lelaki ini, tidak akan lagi dalam hidupku. Pada wanita yang mendampingi lelaki-lelaki ini, janganlah risau, aku tidak akan merampas mereka untuk kembali dalam hidupku.
Teruskanlah hidup mereka masing-masing dengan dunia yang baru. Janganlah rasa bersalah terhadapku, aku telah pun merelakan mereka pergi. Farid, walaupun bagaimana cara dia memujukku aku yakin yang aku tidak memulakan apa yang aku akhirkan. Memang aku sayu dengan apa yang berlaku pada dunia percintaanku yang tidak ada kejayaan tapi itu yang disuratkan padaku dan aku harus redha dengan hati yang tenang.]
Terindu, merindui dan rindukan, itu tidak salah, mungkin. Aku sekadar mengingatkan yang mereka pernah menjadi kesayanganku. Memang hatiku akan sayu jikalau kerinduan menjelma di hatiku tapi aku akan melawan perasaan yang menantang di hatku ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment