Thursday, July 29, 2010

Apa yang aku buat

Aku tersikit kecewa, manuskripku masih belum siap. Entahlah, mengapa begitu untuk siapkan manuskripku itu? Dengan kesukaran menyiapkan itu, aku bertanya pada diriku, adakah aku layak untuk menjadi penulis novel? Mampu aku berkarya sebenarnya? Dan, bolehkah aku siap sebuah novel dan sebanyak novel selamaku di bumi Allah ini? Jawapannya, YA! Akan aku usahakan. Ini mahuku dan ini impianku.
Aku tidak mungkin mengalah dan aku akan merealitasikan impianku itu. Yang perlu ada padaku, aku haruslah terus bersemangat dan teruskan berkarya tanpa henti. Aku mengedit manuskripku sepenuh dan setiap hari, aku sibuk dengan mengedit manuskripku sehingga blog ini pun jarang kuupdatekan, arghaku tidak ada peminat blog so mungkin tidak mengapalah aku tidak mengupdate kut.
Tentang hidupku seperti biasa. Aku sibuk dengan anak-anak buah kesayanganku dan aku sukakan itu. Mereka permata hatiku, walaupun banyak songgeh tapi menyeronokkanku. Berkarya adalah satu kewajipanku dan aku akan pastikan aku berkarya walaupun hanya 2,3 muka surat. 2,3 muka surat bilalah hendak siap. Huh, aku tidak reti untuk konsistenkan masaku untuk menulis.
Cuba dan cuba, ya aku akan terus cuba sedayaku untuk menyiapkan manuskripku. Akan sudah katakan yang aku mahu menjadi penulis dan tiada alasan untukku mencapai impianku itu. Insya Allah. Aku selalu berdoa pada yang ESA tentang impianku itu dan aku yakin Allah akan menunaikan apa yangku pinta padaNYA. Soal lambat atau cepat, itu urusanNYA dan aku tidak mungkin putus asa untuk menanti impianku itu. Setiao insan ada kejayaannya tersendiri, yang penting usaha dan usaha!

No comments:

Post a Comment