Sunday, June 6, 2010
Akan kubuktikan
Aku biasa sahaja. Seharianku, aku habiskan di ruang Microsoft Word dan hanya di situlah duniaku. Walaupun aku belum ada sebuah novel untuk dibuktikan yang aku juga seorang penulis tapi akan aku buktikan untuk menciptakan namaku sebagai penulis walaupun penulis cabuk. Akan aku buktikan yang aku juga ada impian dan aku pun ingin berjaya. Aku mahu mami bangga denganku. Aku akan terus menulis walaupun manuskripku ditolak beratus kali dan aku tidak mungkin berputus asa.
Ada hamba Allah menyarankanku untuk bekerja, baginya bekerja di pejabat lebih berbaloi dan hujung bulan pasti dapat gaji.. Eii, dia tahu tidak yang aku tidak mungkin akan bekerja, aku tidak suka jumpa orang ramai setiap hari. Biarlah sijil diplomaku, aku jadi penghiasan di file sijil-sijilku. Sesusah mana aku masuk ke alam penulisan ini, aku akan sabar dan terus berusaha. Dia mengejekku yang novelku tidak ke mana dan aku ini berangan sahaja. Hello, aku akan berusaha untuk dapat apa yang aku mahukan dan aku yakin yang Allah pasti beri apa yang aku mahukan, cuma aku harus bersabar dan berusaha. Yang penting jangan putus asa.
Dia kata, aku ini tidak berduit macam mana hendak hidup. Biarlah buat masa sekarang ini aku tidak berdiit asalkan aku boleh hidup. Pernah ke aku minta duit dia untuk beli beras, susah betul manusia ini, huh! Janganlah dia bimbang, aku tahu bagaimana untuk hidup dan aku akan terus berusaha untuk jadi orang yang berduit dan di masa aku berjaya itu, aku akan ingat yang ini semua datang dari Allah dan tidak mungkin aku mahu berlagak pada orang-orang yang mengatakan aku.
Yang pasti aku akan buktikan dan aku mahu mami senang hati dengan apa yang aku usahakan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment