Rahmat ramadhan, aku bertemu kawan rapatku di sekolah rendah di FB ini,alhamdulillah! Rindu sangat pada Aida Adha. memang sudah lama sangat aku cari Aida, dia kawanku di sekolah rendah, SKK Kajang. Aku dengan dia cukup rapat kami kawan satu sekolah,kawan satu kelas 3,4 dahlia dan kawan satu bas 'cik mail'. Aku sudah lama request dia di tidak accept aku sebab dia tak 'cam' aku, yalah sudah hampir 20 kami tidak bertemu. Yang membuat dia tidak 'cam' aku sebabnya kini aku bertudung. Hehehe dulu aku liat untuk bertudung, kami pergi mengaji bersama, selepas sahaja mengaji aku akan tarik tudungku itu. Itu hanya di zaman kanak-kanak dan kini aku sudah tua. Tua ke?
Dulu ada juga kami pernah juga berutus surat dan bertukar gambar tapi semenjak dunia kami sudab beralih ke dunia remaja dan dewasa kami sudah mula sibuk, dengan itu kami terputus hubungan. Dengan tidak disangka kami bertemu di ruang Facebook. Aida sudah berkahwin dan ada anak seorang, lelaki. Aku tumpang gembira!
Yang pasti tahun ini : 20 oct, aku tahu di mana aku akan ucapkan, sudah tentunya pada Aida. Kalau sebelum ini, aku hanya sampaikan pada Yang Esa, suruh Dia kirim ucapan itu pada Aida. Kekadang facebook ini ada juga kebaikkan, yalah boleh temui kawan yang sudah bertahun kita cari. Aku amat senang dengan pertemuan ini walaupun hanya dia facebook.
No comments:
Post a Comment