Tuesday, May 4, 2010
Pergi tengok baby nora
Cukup cute baby Nora yang dinamakan Puteri Batisya Aisyah. Lama sungguh aku tidak berjumpa dengan kawanku itu. Selepas dia berkahwin, masing-masing sibuk, dia pun hujung minggu ada sahaja programnya dan aku sudah sedia faham dengan dunia baru kawanku itu. Tidak ada masa untuk berjumpa bukan bermakna hubungan persahabatan kami sudah tamat. Kami selalu berhubung melalui telefon dan berym.
Semasa dia mengandung,aku mahu sangat tengok muka dia mesti comel tapi tidak ada kesempatan, tidak mengapalah. Semasa dia bersalinkan babynya, aku tidak ada di Subang, aku di Rantau panjang so tidak ada kesempatan untuk kami berjumpa, dia pun terus balik ke Muar Johor.
Semalam dia menghantarkan SMS kepadaku untuk memberitahu yang dia dan babynya aku balik ke Subang. Teruja sungguh! Tak sabar hendak melihat junior Nora dan puteri Aha. Malamnya aku pergi bersama Kak Nur, Danish dan Dahlia. Biasalah Dahlia bila tengok baby excitednya dia, kelakar aku tengok gelagat anak buahku itu. Iffa pun ada bersama kami, Iffa kawan sekolej aku dan Nora. Dahulunya dia serumah dengan Nora.
Lama juga kami berbual, Nora cerita pengalaman waktu bersalinnya. Wah, cukup mengerikan. Dia yang kuat semangat dan tahan sakit pun boleh sesekit itu. Aku rasa dia salah seorang kawanku yang strong tapi mungkin hal bersalin ini tidak. Alah, tidak kisahlah, yang penting Nora sudah pun selamat bersalin dan sudah ada pun puteri yang cukup comel.
Aku sentiasa doakan dia dapat melayari kehidupannya dengan alunan yang cukup membahagiakannya dan tiada sebarang musibah yang kuat di dalam bahteranya itu.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment