Saturday, May 8, 2010
8 may
Selamat Hari Ibu. mami yang terbest untukku, bagiku tiada apa yang boleh dibandingkan dengan kasih sayang, kemesraan dan belaian mami padaku. Mami satu dalam seribu, mami tiada gantinya dan mami amat berharga untukku. Mami segalanya!!!
Planning kami adik-beradik mahu keluar makan bersama mami tapi tidak kesampaian. Pagi lagi mami sudah dapat kejutan, Uncle Zain meninggal dunia, kawan baik papa. Terkilan juga, baru 2 minggu lepas Auntie Siti, isteri Arwah datang berbual bersama mami sementara menunggu Arwah pulang dari kerja. Arwah tidak ada sakit apa-apa, cuma dia semput itu sahaja dan secara kebetulan Auntie Siti tiada di rumah. Emm, mati ini kerja Allah. Sudah tiba masanya Uncle Zain pergi menemui yang Esa jadi redha sahajalah kepergiaan dengan membaca ayat suci Al-quran. Malamnya adikku yang bongsu order KFC untuk makan malam dengan mami semperna Hari Ibu, mahu keluar jangan mimpi, mami sudah penat so makan sahajalah di rumah. Alah, lagi seronok, makan sambil menonton television. Cukup meriah bagi kami!
Oh ya, hari ini besday adik lelakiku, Hafizi Azmi... ops, sorry Tuan Hafiz... Dia Inspektor Polis di PPD Sepang. Aku hanya call dia untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi. Kalau tahun lepas kami sekeluarga lepak di rumahnya dan celebrate birthday dia tapi tahun ini tidak. Masing-masing sibuk. Dia pun kena kerja malam dan kami faham kesibukkannya menjaga keselamatan orang ramai. tadi, mami dan papa pulang dari kebumian Arwah Uncle Zain, mami dan papa singgah di rumahnya, okey tu...
Emm, so pada mami Selamat Hari Ibu dan pada Fizi Selamat Hari Jadi yang ke 28 tahun!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment