Apabila jiwa kosong maka kehidupan umpama lorong duka lara, simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.
Tidak ada lagi keindahan di dalam hatiku, juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia. Aku cuba cari kebahagian itu tapi tidak timbul di hatiku. Argh,biarlah mungkin aku tidak tenang hari ini.
Jiwaku sarang dengan keserabutan, aku cuba untuk menhindarkan perasaan itu tapi tidak berdaya. Hendak menulis pun tidak ada mood, lantas itu aku hanya melayan Facebook sahaja. Taman ketenangan di hatiku bagaikan sudah hilang. Hilang entah ke mana.
Kemanakah perginya kelazatan dunia pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupanku. Dari manakah datangnya kepanasan di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.
Argh, aku biarkan sahaja jiwa ini kosong. Mungkin dengan kekosongan ini akan menemui kedamaian.
No comments:
Post a Comment