Thursday, May 13, 2010
X jadi gi
Aku terlewat bangun dari tidur, aku bangun-bangun rumah sunyi sepi. Dahlia tidak ada rumah patutlah tidak meriah, kalau tidak jangan harap rumah ini sesunyi ini, Dahlia ikut mama dan daddynuya out thing. Bosan sungguh tiada si kecik itu. Aku bersarapan dengan keadaan yang kusam. Selepas makan, aku masak untuk makan tengah hari.
Aku dah plan nak pergi rumah Nora tapi tidak jadi pula. Papa tiada di rumah, ada kematian. Kalau papa ada di rumah mungkin aku pergi tapi papa tidak ada so tidak bolehlah ke rumah Nora. Minggu ini sahaja Nora last berholiday pantang. Selepas ini, Nora sudah mula bekerja dan kami mungkin akan jarang berjumpa Memanglah kalau boleh aku mahu pergi ke rumah Nora, aku hendak menemaninya sementara ada waktu untuk melepak bersama tapi tidak boleh , frust juga tapi malas hendak ambil kes. Argh, biarlah!
Jadi, aku duduk melayan FB dan manuskripku. Tidak apa yang bosan pun, okey sahaja nice life! Aku buat sahajalah kerjaku. Masa berjalan amat pantas jikalau waktu bekerja. Kalau aku di rumah Nora, masa jalan tidak ubah macam kura-kura tapi okeylah, sekurang-kurangnya waktu agak lama untuk kami berbual dan aku boleh main bersama Puteri Batrisya. Yalah, nanti mamanya bekerja, amat sukar untuk bermain dengan si comel itu.
Hari ini, hari terakhir AdaMaya. Tidak sabar hendak menonton AdaMaya, apalah agaknya penghujungnya cerita itu. Aku harap happy ending!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment