Thursday, December 30, 2010
Cuti free kerana Arena Sukan Bola Sepak
Tahniah pada pasukan Negara Malaysia. Akhirnya menang juga dan dapat membanggakan negara Malaysia. Syabas Harimau Malaysia, aku bukannya tahu sangat kisah sukan ini, lagi-lagi bola sepak. Tapi, papa dan Ijan tengok, so aku tahulah. Kalau tak tahu baik tak payah duduk Malaysia. Ambil tahu semua hal. Sekadar ambil tahu pun sudah cukup.
Kejayaan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam, sekali gus mengakhiri penantian negara selama 14 tahun untuk memenangi piala itu.. Benar-benar membanggakan. Sudah bagus dan mantap pasukan bola sepak negara Malaysia. Aku sungguh bangga dengan mereka.
Dengan kemenangan mereka itu, kami rakyat Malaysia dapat cuti. PM yang luluskan. Aku tumpang gembira bagi mereka yang bekerja dan aku hanya bekerja di rumah saja, tidak bermakna apa-apa pun. Tapi dengan cuti itu, aku ke perak rumah Abang Is dan Kak Nur.
Yes! dapat jumpa Danish, Danial dan Dahlia, 3D... kesayanganku. Awal pagi esok insya ALLAH aku,mami,papa dan Baby Muqri akan ke sana.
Best! Best! Best! Sungguh teruja!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment