Dah 5 hari tak up date blog. Sibuk sangat, aku pun tak tahu apa yang sibuk tu, sibuk berkarya... itu semestinya, sibuk berFB mungkin jugak kot.
Malam ni aku nak balik Rantau panjang, Kelantan. Ila nak kahwin dan aku nak berubat kepalaku yang sakit sangat ni. Sebulan di sana. Aku balik akhir bulan 12, itupun aku balik sebab aku ada bengkel penulisan kat AVA.
Jadi, sebulan aku tak akan up date blog ini. Aku akan miss alam siber ini! okaylah xcukup masa lagi ni, aku nak kemas brg. Chow!
Allah SWT telah menurunkan ayat pertama menggesa umat manusia untuk membaca. Dengan pembacaan melahirkan pengetahuan yang mendalam terhadap pelbagai ilmu ALLAH. Firman ALLAH SWT dalam surah al 'Alaq yang bermaksud :
"1-Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) 2-Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. 3-Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. "
Islam adalah agama yang amat menjaga adab dan tatasusila penganutnya supaya menjadikan akhlak yang mulia sebagai pedoman didalam semua amalan dan pekerjaan. Menulis didalam blog adalah suatu hobi dan minat dan juga sebagai satu amanah yang harus dipikul dengan penuh rasa bertanggungjawab.
O Hobi atau Tanggungjawab.
Dalam hadis Sohih, menyebutkan betapa pentingnya niat dalam setiap amalan yang dikerjakan. Menulis pada sesetengah penulis adalah hobi dimasa lapang, dan boleh jadi sebagai tanggungjawabnya terhadap ALLAH. Hobi menulis sebenarnya tidak salah, bahkan ia memberikan kemahiran kepada penulis dengan ilmu-ilmu bahasa dan seumpamanya. Namun disana alangkah elok, menulis yang asalnya adalah hobi disertakan dengan tanggungjawab memikul amanah ALLAH.
Oleh itu, setiap penulis seharusnya sedar dan insaf betapa besarnya peranan tulisan mereka dalam membentuk minda dan pemikiran pembaca dan masyarakat.
Bagiku, menulis ataupun berkarya ada satu kepuasan dan kenikmatan. Penulis adalah hobiku pada mulanya tapi kini aku jadikan penulis sebagai kerjayaku. Aku puas dengan dunia penulisan ini dan aku akan menulis apa saja yangku rasa tapi ia mestilah logik. Kalau sehari tak menulis otakku akan berat dengan idea2 yang ada difikiranku.
Tidak sangka di atas kesudian Puan Rina membalas komenku.
Rina Khan November 5 at 1:06pm Report
Assalamualaikum Anne,
Saya baru terbaca tentang komen Anne di dalam ruangan 'Peminat Novel Melayu'. Maaf, kerana lambat memberikan tindak balas pada komen Anne, saya agak sibuk kebelakangan ini.
Walau bagaimanapun, kembali kepada persoalan Anne tentang novel yang telah siap ditulis, tetapi masih belum berjaya diterbitkan. Sekiranya Anne mahu, saya suka untuk membaca hasil karya Anne dan memberikan komen serta pandangan. Dan sekiranya ada rezeki Anne, akan saya usahakan untuk penerbitan. Tapi harus diingatkan, ini bukan sebuah janji, ya... Cuma saya akan usahakan.
Salam kasih sayang dari saya dan semoga Anne terus berkarya serta menghasilkan penulisan Bahasa Melayu yang merakamkan cerita, budaya dan sejarah masyarakat kita untuk generasi akan datang. Amiin.
Kepala ni sakit, gigi pun sakit, nak siapkan novel mesti kena siapkan. Kadang-kadang aku terfikir, adakah aku layak untuk menjadi seorang penulis tapi aku minat untuk menulis. Aku mahu jadi penulis, aku sukakn buku,novel dan cerpen, kan best kalau aku, familyku dan kwn2ku membaca karya yang kuhasilkan.
Tatabahasaku taklah mantap sangat tapi aku tak jemu untuk mempelajari tatabahasa. Masih banya untukku pelajari, banyak lagi yang harus aku membaiki hasil karyaku ini. Aku rasa yang karyaku ini tidak hebat kalau nak dibandingkan dengan karya orang lain. Tapi, berkaryalah impianku dan aku mahu jadikan karya itu rezeki hiduku. Sudah 4 tahun aku tidak bekerja dan aku benar2 nekad untuk berkarya.
Kalau aku tak menulis dan fikiranku dah blur, aku akan membaca novel-novel kegemaranku; Mencari Cinta- Leeya Myra-,Segala Untukmu -Aleeya Aneesa-,Gemersik Kalbu- Anis Ayuni- dan Saat Cinta bersemi -Damya Hanna-. Dengan membaca novel-novel itu, aku dapat membetulkan hasil kerjaku.
Biasalah, aku kan budak baru berlajar jadi masih banyak yang perlu aku kaji. Yang penting aku tidak jemu berlajar dan berkarya. Aku yakin suatu hari nanti pasti ada kejayaanku dan impianku akan terlaksana! Aku pastikan usahaku ini seiring dengan doaku pada YA ESA!
Bila aku karang novel ini, aku akan bayangkan ini semua;
Mia Aryana
Sikap Mia Aryana;
Kebaikan;
Lemah lembut
Bersabar
Kuat bekerja
Setia
Pandai berkawan
Tegas.
Keburukan;
Suka dan kuat memikir
Tak tahu duduk rumah
Cepat bosan
Keras kepala
Suka ikutkan hati.
Amir
Sikap Amir;
Kebaikan
Setia
Penyayang
Baik
Terlalu ambil berat tentang keluarga
Keburukan
Rendah diri
Sangat pemalu
Ego
Tidak perpelajaran tinggi
Tidak romantik
Wati
Wati adalah kawan yang teramat rapat kepada Mia Aryana. Dari zaman Ijazah lagi mereka berkawan rapat, mereka jarang bergaduh, saling memahami di antara mereka. Wati, gadis yang cantik, anak mami pinang. Mia Aryana sangat menyayangi Wati.
Irwan satu-satunya kawan lelaki yang amat rapat dengan Mia Aryana. Dia seorang lelaki yang agak lembut tapi macho. Suka sangat mengusik Mia, adakalanya usikan Irwan cukup menyakitkan hati Mia. Irwan tidak terlalu sukakan hubungan cinta Mia dan Amir. Irwan rasakan yang Amir bukanlah lelaki yang sesuai untuk Mia. Walaupun begitu, Irwan amat menyayangi Mia sebagai kawan.
Tempat yang suka Mia melepak bersama Wati dan Irwan
Idea bukan main banyak, fantasi untuk novel dan cerpen pun ada di dalam kepala otak ni tapi tak boleh nak fokus, mungkin hari ni hari sabtu kut. Tak ada mood nak buat novel ataupun cerpen. Tadi tgk cerita lama di utube, ingat ya bolehlah dapat idea, memang dapat pun tapi tak leh nak fokus pun.Ahgr... jangan buat hallah 'Anne'... ini kerja kau dan ini yang kau mahukan so buat apa-apa saja cerita yang terlintas. Nak edit belakang cerita, sekarang buat aje apa-apa cerita pun.
Nak edit layout blog tp tak boleh pulak. Tengok blog orang cantik aje, aku pun nak layout yang cantik juga. Aku try install wordpress tp xdpt. Ahgr... biarlah! Bosanlah. Aku cuba fokus untuk menaip apa-apa saja yang ada di kepalaku ini.
Aku mengambil tempat untuk ke Agensi Villa Aksara: Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama TV - 2010. Aku mahu mendalamkan lagi dunia sasteraku. Aku cuba untuk menghadirinya, sudah lama aku menanti peluang ini, kali ini tidak akanku lepaskan.
Penulis: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood
Penerbit: DBP Harga Buku: RM40.00
BUKU ini merupakan pembaikan pada terbitan yang terdahulu di bawah tajuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dalam edisi ini, terdapat pertambahan dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif dan menjadi pegangan para guru, pensyarah, penulis, pegawai dan pengguna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu. Kandungan buku ini memberi tumpuan pada aspek pembentukan perkataan dan pembinaan ayat.
Buku ini aku dapat di lumut, Perak. Aku pergi ke sana bersama familyku. Rumah Kak Nurku di sana, kebetulan minggu itu abang iparku tak boleh balik ke Shah Alam. Jadi, kami sekeluarga ke sana untuk berhujung minggu di rumah Kak Nur.
Di kedai yang aku beli buku ini memang besar, dari dulu lagi aku nak ke kedai buku itu. Yalah, aku ni kan pantang tengok kedai buku. Aku sukakan buku. Bila dengan buku aku akan leka.
Bengkel Penulisan Novel AVA 2009 - 12 Disember 2009
Aku sudahpun mendaftar untuk ke bengkel penulisan yang diajurkan oleh AVA. Tak sabar rasanya untuk menghadiri bengkel ini. Aku mahu mengasah dan mengajamkan bakat dan kerjayaku ini (itu pun klu aku ini berbakat)
Aku mahu berlajar tentang teknik-teknik penulis novel yang bagus. Pasti dengan bengkel ini akan membantuku untuk berkarya.
Siapa yg berminat untuk menghadiri bengkel ini silalah mendaftar dihttp://ejenmanuskrip.blogspot.com
Sukar untuk memberi jawapan yang pasti. Hati ini masih tiada kepastian untuk membuat suatu keputusan yang boleh membahagiaan hati ini. Kasih yang disulam kini bagaikan telah hilang dibawa arus keadaan yang sudah berubah. Bukan hati ini ada berdamping baru tapi hati ini sudah terhenti untuk meneruskan cinta yang sudahpun berakhir. Kasih itu telah hilang, kasih itu bagaikan sudah terhenti untuk menyintai seseorang dan kasih itu sudah luput dari dunia percintaan. Untuk sambungkan kasih itu kembali mungkin ia tidak sekukuh dulu. Mungkin kasih itu diikat kembali, ia tidak berseri lagi. Bukannya hati itu mati dalam cinta tapi hati itu mahu mencari sesuatu yang pasti, sesuatu yang boleh membahagiakannya untuk selama-lamanya.Jangan ditanyakan kenapa hati ini begitu keras untuk rujuk kembali. Sesungguhnya hati sudah puas untuk bersabar dan sudah puas untuk mencari kebahagiaan. Kalau kasih yang terputus disambungkan kembali mungkin ia tidak sekuat dulu dan ia mungkin akan senang rapuh. Jangan mencuba sesuatu yang tidak pasti akan kebahagiaannya. Biarlah cinta itu pergi. Berikanlah peluang untuk cinta menemui kebahagiaan yang baru. Mungkin dengan cinta yang lama itu sudah hilang dalam fana cinta, ya cinta itu sudah hilang. Hilang disebabkan tiadanya kesungguhan, hanya dengan kata-kata mungkin sesiapa pun yang boleh mengucap sinar pengharapan itu. Hati ini sudah puas untuk meneka segalanya yang akan terjadi dalam fana cinta itu tapi tekaan itu selalu salah jadi sudah malas untuk meneka.
Mana mungkin cinta yang telah putus, diikat kembali. Kalau tali mungkin ikatan pada tali itu tidak akan kuat. Kalau kaca pecah tapi dicantumkan kembali mungkin kaca itu tidak lagi secantik yang dulu.
Perpisahan itu mungkin akan memberi perluang untuk mencari cinta dan kebahagiaan yang lain. Lupakanlah kisah cinta yang dulu mungkin jodoh sudah tiada dengan cinta yang dulu. Kuatlah hati ini yang sedang mencari cinta yang baru, cinta yang lebih membuat hidup ini bererti dengan kebahagiaan bukannya dengan kelukaan.
Berdoalah untuk memohon kekuatan untuk menghampuskan cinta yang dan bersabar untuk menanti cinta yang baru! AMIN..
Hari ini try nak siapkan 3cerpen. Aku akan cuba siapkan dan aku akan emailkan terus cerpen aku itu ke AVA. Dalam fikiranku ini terlalu banyak idea untukku berkarya. Cerpen yang mahu aku siapkan bertajuk Siapalah Aku Di Matamu, Masihkah Cintanya Untukku dan Semewah cinta. Yakin yang aku akan siapkan cerpen ini. Dalam masa yang sama aku akan edit manuskrip, 2 manuskrip yang hendak aku editkan. Walaupun edit mengedit ini benda yang amat memeningkan kepalaku tapi aku kena buat juga. Ini kerjaya aku... ini yang aku mahukan... ini impianku... aku mahu teruskan karya-karyaku. Aku tenang begini, hidup dalam alan fantasi, menahan lapar takut idea tu hilang. Aku amat leka berkarya. Lagi-lagi kalau karyaku itu berkisahkan cinta, uhh, lagilah buatku asyik.
Dah sebulan edit manuskrin Cintaku Hanyalah Satu tapi masih ada yang xpuas hati. Emm, tak perlah... akan usaha untuk betulknnya.
CINTAKU HANYALAH SATU…
Cinta itu hanyalah satu.Tiada dua ataupun tiga. Hanya kerana cinta itulah membuat hidupku terasa amat indah. Janganlah cuba untuk merosakan cintaku yang satu itu. Kerana cintaku itu terlalu suci buat orang yang aku cintai. Cintaku hanyalah satu.
Buat masa ni, hidup ini lebih pentingkan soal cita-cita dan kerjaya. Mahu jadi penulis yang dikagumi, mahu mewarnai dunia kesasteraan, mahu impian jadi keyataan. Setiap 3 bab akan disiapkan dan sebab itu dah lama tak up datekn blog. Ini pun curi masa sikit. Terlalu untuk berkongsi cerita di blog ini tapi belum ada kesempatan.
Tentang cinta, buat masa ini diabaikan. Malas nak fikir, bukan tak nak untuk dicintai dn menyinta tapi dah puas mencari cinta yang sejati itu. Pengalaman dengan 'Z' cukup mengajar apa sebenarnya cinta. Cukup terluka dan rasa buat masa biarlah cinta itu pergi.
Yang terlalu penting kerjayaku dan impianku. Mahu siapkan manuskrip dan novel. Cerpen pun masih banyak yang tak siapkan dan masih banyak yang xsend lg..
Jelaskan Padaku Isi Hatimu Seberapa Besar Kau Yakin Padaku Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku Menjaga Cinta Ini
Pertengkaran Yang Terjadi Seperti Semua Salahku Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah Tak Pernahkah Kau Berfikir Sedikit Tentang Hatiku Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu
Jelaskan Padaku Isi Hatimu Seberapa Besar Kau Yakin Padaku Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku Menjaga Cinta Ini
Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah Tak Pernahkah Kau Berfikir Sedikit Tentang Hatiku Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu 2X
Kini barulah aku faham kenapa lelaki itu delicate lagu ni padaku. Kenapa selama ini aku tak faham dgn perasaan dn kesabarannya padaku.
Emm, biarlah, aku terima segalanya mungkin ini dugaanku sebelum aku menemui cinta yang baru. Cinta yang lebih bermakna dan yang dapat membahagiakanku. Mungkin kalau aku teruskan dengan hubangan itu, aku tidak bahagia. Apa yang ALLAH takdirkan adalah yang terbaik.
Huhuhu... tak tahu kenapa lelaki tu kata aku ni penipu. Apalah yang aku tipu dia sampaikan dia kata aku ni penipu, aku rasa dia yang tipu aku, terlalu banyak dia tipu aku tapi aku sabar.. Sebab web cam ke? untuk apa aku nak web cam dengan dia, siapa dia dalam hidupku kalau dulu memang dia bererti untukku tapi kini dia tak termasuk pun manusia yang terpenting dalam hidup ini.
Cukuplah, jangan nak tambahkan lagi kelukaan di hati ini. Hatiku terlalu sakit dengan kepergian lelaki yang aku sygi tanpa sebab, tanpa salahku. Tiba-tiba saja dia nak pergi setelah dia temui insan lain. Uhh, kuat hati ini ya ALLAH. Aku tak mahu dengan dituduh penipu itu menambahkan lagi luka yang sudah ada di dalam hatiku.
Biarlah, aku redha dan aku pasrah dengan apa yang ALLAH berikan padaku. Aku selalu mendoakan yang terbaik untuk setiap orang yang melukakan hatiku ini. Aku tak mungkin menyimpan dendam pada 2 lelaki itu. Aku mahukan yang lelaki2 itu pernah membahagiakanku itu hidup bahagia. Walaupunkehadiran mereka berdua itu hanya bersifat sementara tapi aku amat bahagia dengan mereka, lagi2 dengan lelaki tinggalkan aku tanpa sebab itu.
Ahh, hidup ini cukup mudah untuk berubah! Aku tak pun terkejut dengan perubahan hidup ini. Aku akan terima segalanya. Aku yakin yang ALLAH hanya mahu mengujiku sebelum aku temui kebahagiaan yang abadi!
Sepi lagi! Sepi kerana lelaki yang diharapkan itu telah pergi dari hidup ini. Memang tak disangka begitu cepat sepi ini kembali di dalam hidup ini setelah 4 bulan ia pergi dari hidup ini. Dah puas menangis kerana sepi datang lagi. Ingat tahun ini segalanya akan berubah dengan kehadiran lelaki itu. Apakan daya hidup ini bukan hak kita walaupun ia milik kita. Huh, sedih dan hampa sekali dengan keadaan ini tapi diri ini akan tabah. Biarlah, mungkin sepi ini akan menghadirkan kebahagiaan yang baru dan selamanya.
Sabarlah... memanglah bukan untuk menerima segalanya tapi nak buat macam mana. Sedih, hanya ALLAH saja tahu. Huh, itu saja yang mampu mulut ini katakan. Malam-malamku tidak seindah malam-malam yang sebelum ini. Ia berubah dengan cara yang tiba-tiba tanpa diri ini tidak tahu apa salah diri ini.
Cinta yang tidak terucap akhirnya sudah mendapat keputusan yang amat menyakitkan. Sakit hati ini hanya ALLAH saja yang tahu. Indahnya cinta dan rindu itu tiba-tiba hilang dari hidup ini. Bagaikan mimpi, mimpi yang buruk, mimpi ngeri tapi ia keyataan. Ia benar-benar terjadi. Huh, kadang-kadang tak tahu macam mana nak menerima dan menghadapi keyataan ini. Tiada lagi masage yang berpuluh-puluh receive di ensetku, tiada lagi panggilan yang mewarnakan hari-hari ini. Huh, sesungguh dugaan ini amat kuat.
Rasanya sudah malas untuk menemani kesepian tapi apa yang boleh diri ini lakukan. Huh,hanya kuatkan semangat, tabahkan hati dan yakin diri yang dugaan dan sepi ini hanyalah untuk sementara. Sementara menanti kebahagiaan muncul semula.
Walau apa pun, terima kasih!
Friday, September 11, 2009
memang sah dia bukan milikku lagi! aku tabah utk menerima segalanya.. anyway, thanks cinta kerana bahagiakan aku walaupun seketika! Aku masih kuat tuk menerimanya... KALAU SI DIA BUKAN HAK KITA, KITA LEPASKAN JE.. BIAR DIA MENCARI KEBAHAGIAAN LAIN MUNGKIN KITA TAK MAMPU UNTUK MEMBAHAGIAKANNYA.. KELUKAAN ITU AKAN LEBIH MENDEKATKN KITA DGN ALLAH!
Insya ALLAH, insan yang kuat akan menerima segala yang diuji, biarlah mungkin ada hikmahnya. Hidup ini bukannya selalu indah. Tapi, tak sangka ia berubah dalam sekelip mata tanpa tak tahu apa silapnya. Malang sangatke diri ini di dunia ini? Berat sungguh keadaan ini untuk menerimanya tapi apakah daya untuk melawan keadaan ini. Redha sajalah. Mungkin dia bukan yang terbaik dan mungkin dia bukan insan yang dicipta untuk hidupku. Tak pelah, ALLAH selalu ada bersama orang yang terluka. Pasrah saja dengan apa yang terjadi. Percayalah ia akan diganti dengan suasana yang lebih bermakna. Jangan putus asa untuk mengharap. Setidak-tidaknya kehadirannya bertambahkan pengalaman di muka bumi ALLAH ini.
Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.
"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.
"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?"
Minat sangat kat Fasha ni, tapi yang membuat aku tak faham kenapa orang ramai sangat benci dia. Apalah yang Fasha ni buat sampaikan ramai yang nak hentam dia. Kalau dia jahat sekalipun dia tak pernah kacau orang. Gosip pasal dia, emm, tak boleh percaya sangat. Aku suka Fasha, dia cantik dan berbakat besar. Aku harap Fasha jangan berhenti dari dunia lakonan ni, dahlah Malaysia ni kurang pelakon yang berbakat!
Fasha di macam-macam Aznil,aku tengok tapi dalam keadaan yang xde mood. Ada beberapa versi yang saya dengar. Samada disebabkan oleh saya tersilap dengar, kawan saya tersilap dengar, atau Fasha berubah ubah statement-nya, saya tak dapat pastikan. Bertunang bulan September, kahwin Januari Bertunang bulan November, kahwin Januari
Tarikh perkahwinan 20.1.2010 atau 1.1.2010
Fasha juga pernah bersumpah dengan nama Allah kepada rakan saya bahawa bakal suaminya bukan duda. Tetapi Fasha juga dahulu pernah bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak memaki hamun wartawan Kak Raja tetapi Kak Raja tetap mengatakan beliau berbuat begitu dan menuduh Fasha plastik dan pembohong.
Fasha sebenarnya sebelum ini beberapa kali digosipkan dengan suami atau boyfriend orang. Antaranya, Yusry KRU Hans Isaac Pierre Andre Datuk Shafik Farid Kamil Saiful Apek
Pada pendapat saya , Fasha hanya ada hubungan intim dengan Yusry, Hans dan Farid Kamildan tidak dengan yang lagi 3. Hans mungkin hendak membalas dendam kepada Erra Fazira yang menolaknya untuk bersama Tengku Emran dengan mengadakan hubungan dengan Fasha yang dikatakan penyebab keruntuhan perkahwinan Erra dan Yusry. Dikatakan kini Yusry tidak bercakap dengan Fasha. Sewaktu penggambaran Cicakman 2 Fasha jelas tertekan dan tidak menghadiri sidang media filem tersebut.
Saya kemudian mendapat tahu bahawa bakal suaminya ialah Qabil Ambak. Qabil Ambak ialah seorang equestarian negara. Websitenya ialahhttp://www.qabilambak.com Adik beradiknya juga terlibat dalam Equestarian. Quzandria dan Quzier http://3qequestrian.com/
Ayah beliau ialah Dato Haji Mahamad Fathil bin Dato Mahmood, CEO kepada Pelasari,http://www.bumiarmada.com/default.asp?cid=17&cat_type=corporate&scid=47 dan dikatakan mempunyai hubungan bekas PM , Abdullah Badawi.
Fasha diperkenalkan kepada Qabil oleh Rizal. Rizal dan Quzier adalah kawan baik, bermain polo bersama, dan pernah merasmikan kelab malam menghidangkan arak terkenal 3 Lounge dekat ASIAN HERITAGE ROW JALAN DORAISAMY.
Fasha kemudian dikatakan bermain kayu tiga dengan Rizal dan Qabil. Gossip mengatakan bahawa Qabil pernah menyuruh Fasha memilih antara dia dan Rizal dan Fasha telah memilih Rizal.
Tetapi apabila Nora melahirkan anak, dan Nora ada memberitahu Harian Metro bahawa mentuanya tidak menerima Fasha, terjadi pergaduhan antara Rizal dan Fasha. Fasha kemudian telah bertindak mengambil pil penenang berlebihan dan telah dihantar ke Damansara Specialist Hospital.
Saya berada di situ dan pekerja di situ mengesahkan perkara ini.
Mengikut gossip, orang yang menghantar Fasha ke Hospital ialah Qabil dan bukan Rizal.
Jadi saya pun percaya hubungan Fasha dengan Rizal telah berakhir dan dia akan berkahwin dengan Qabil . Budak-budak dekat KUASATEK awal- awal lagi memberitahu yang Fasha dan Rizal masih keluar bersama, tapi pada awalnya saya tak percaya.
Persoalannya mengapakah Qabil membiarkan Fasha bersama dengan Rizal ? Malah Fasha pernah dilihat bersama Qabil di satu event dan Rizal juga ada disitu.
Mengapakah Qabil tidak berasa cemburu ?
Atau mungkinkah Rizal dan Fasha hanya kawan rapat ? Dan Qabil tahu mereka tidak ada apa apa hubungan melainkan kawan rapat ? Susah untuk saya mempercayai ini, tak mungkin Nora Danish juga boleh tersilap cemburu buta. Malah ada cerita mengatakan mereka ini pernah dilihat berkucup dalam kereta.
Atau Fasha mengada adakan cerita dia akan berkahwin ? Mungkinkah Fasha sanggup bersumpah dengan nama Allah untuk menipu ? Membeli cincin sendiri? Saya rasa tidak.
Mungkinkah Qabil akan berpura-pura berkahwin dengan Fasha untuk menutup kontroversi Fasha dan Rizal. Qabil is doing Jejai and Fasha a favour, after all they are good friends. Dan Qabil memang prihatin terhadap Fasha, takut Fasha ter-overdose sekali lagi.
Ini sebenarnya bukanlah kali pertama Fasha cuba membunuh diri. Fasha pernah malu kerana mengaku ada hubungan dengan Tengku Ismail , anak Tengku Mahkota Johor, tetapi hubungan itu tak kesampaian. Dikatakan Fasha mahu membunuh diri dengan terjun tingkap dan Michelle dari rancangan Melodi pernah bertanya kepada beliau mengenai perkara ini.
Fasha juga mempunyai masalah ketagihan arak dan dadah. Fasha pernah ditangkap dalam satu serbuan ke atas premis yang mempunyai dadah ganja.
Fasha pernah diterjah sekumpulan media termasuk wartawan terkenal Zubir di Restoran Ole-Ole Sunway Pyramid dan dituduh pemabuk di depan khalayak ramai.
Fasha kini mengambil seorang bukan ISLAM, Jane Thomas sebagai PA-nya. Kereta BMW Fasha juga dikatakan di tarik balik. Rizal menggunakan BENTLEY GT Mulliner.
Terbaru dikatakan Fasha dan Jejai bersama didalam kereta Bentley dan kemudian bergaduh dengan sekumpulan perempuan asing. Fasha telah ditampar oleh seorang dari mereka, dan kemudian Rizal telah menampar balik muka perempuan caucasian tersebut.
Fasha memang terkenal dengan panas barannya. Dia kadang kala bergitu sopan sekali, tapi boleh dengan tiba tiba meletup, memarahi sesorang hanya perkara perkara kecil terutama’nya ketika beliau mabuk.
Dan disebabkan itulah beliau diboikot oleh wartawan, apabila memaki gosip kolumnis Kak Raja apabila Kak Raja menulis gossip diri’nya dengan Bard R1. Sewaktu itu beliau mengadakan hubungan dengan Tengku Imran. Beliau mahu mahu menjaga hubungannya dengan Tengku dan takut gossip itu menyebabkan Tengku Ismail meninggalkannya. Malah beliau berkata “My boyfriend is somebody okay ”
Al-kisahnya, begitu’lah kronologi seorang ahli pemikir artis dari Forum Cari, mhas2 yang sentiasa menyiasat gossip & kisah hidup Fasha Sandha.
Bahagiake hidup ini dengan cinta? Perlu sangatkah cinta itu? Kenapa kalau tiada cinta hidup ini suram ke? Entahlah, hidup ini sukar untuk kita mengamalkan. Ia boleh berubah dalam sekelip mata dan tak sampai seminit pun ia akan berubah. Berubahan itu ada kemungkinan besarnya kerana cinta. Cinta boleh pengaruhi kehidupan, cinta boleh membahagiakan sesorang itu dan cinta itu juga akan menghadirkan luka di dalam sesebuah kehidupan. Apa itu cinta... Kehidupan tanpa cinta... Mungkin kehidupan ini tanpa cinta akan menjadi alpa,kusam dan tak bermaya... Ahh, buat apa kalau ada cinta pun kalau ia menyusahkan. Cinta itu bukanlah pekara yang terpenting di dalam kehidupan ini. Tak usah susah hati kalau tiada cinta di hati, mungkin kalau tiada cinta itu akan lebih bahagia. Apa itu cinta, cinta suatu yang indah,yang mendamaikan, yang boleh memebuat hidup ini ceria, dan dengan cinta akan wujudkan suasana yang amat membahagiakan. Tapi, sampai bila cinta itu akan bertahan? Cinta,cinta dan cinta tak selalunya indah. Ia akan berubah mengikut hati dan masa, hati, sampai bilalah hati itu boleh kekal, akan berubah juga hati itu mengikut masa. Apa itu cinta? I love U... Aku cinta padamu... Saya sayang Awak... ahh, itu ayat manis mula bercinta saja, lepas itu hilanglah... Apa itu cinta hanya orang yang sedang bercinta saja akan tahu erti cinta yang sebenarnya..
Ish.. tension klu handset rosak... dah lah xde duit.. nak main massage pun susah.. asyik mati... mati... dan mati. kena charge selalu klu tak charge memang jangan harap boleh guna.. dah macam telefon umah aku rasa.. Huh, tension... da baiki, da habis RM 95.00 da aku repair bulan 6... da 5 tahun guna handset ni. Memang minat gila dgn handset ni... Tapi, sekarang da rosaklah.. Nak Iphone.. suka dgn bentuk dia, aneh 4segi panjang... aku ni bkn kaki tukar handset tp dgn Iphone ni aku terpikat pulak tp jgn harap nk dpt.. 3ribu lebih tuh.. suka Iphone tapi mimpi je lah dapat.. jgn haraplah.. xusah kau mimpi.. repair je la.. Nokia 3230 tuh.. tension... tension... dgn handset ni!
Sebagai perempuan nak macam mana pun kena simpan dalam hati. Nak mengaku malu nanti mamat tu tak nak malu gila beb, mana nak letak muka ni. Cinta separuh jiwa pun kalau lelaki itu tak nak, perempuan nak buat macam mana? Adakah malang menjadi perempuan ini? Malang sebab tiada kekuatan untuk memulakan hubungan cinta. Alah, tak kan malang hanya kerana itu.
Dira... dia terlalu menyinta Rizal. Sudah 2 tahun dia terjatuh cinta pada Rizal. Tapi, sayangnya cinta itu tidak pernah diluahkan. Dan kini, mereka sudah berkawan rapat. Boleh dikatakan terlalu rapat tapi soal cinta tidak pernah mereka ungkapkan. Hubungan mereka hanyalah kawan biasa yang tidak lebih dari itu. Tapi, dalam masa yang sama Dira mengharapkan lamaran dari Rizal.
Setiap malam Dira merindui Rizal. Kalau sehari tidak mendengar suara Rizal, dia bagai hilang arah. Tapi, keegoaan mengatasi segalanya. Dira terlalu ego. Dira nak menghubungi Rizal pun berfikir 2, 3 kali, bukan nak call aje, nak bagi massage pun dia menunggu Rizal yang bagi dulu. Dia malu bukannya ego.. Entahlah! Sebagai perempuan, rasanya macam tak sopan untuknya memulakan langkah di dalam cinta. Arhg, biarlah kalaulah Rizal cintakannya pasti cinta Rizal itu akan jadi miliknya.
Ego... baiklah ego daripada memalukan diri.. Ego atau keras kepala sama je.. itu sifat yang mungkin sukar utk memiliki kebahagiaan... entahlah... Bukan senang untuk menjalin ikatan cinta. Cinta dan ego itu dah malas nak fikir. Dah tak kuasa lagi nak fikir, serah jelah pada ALLAH, kalau ALLAH izinkan bahagia dan aku dgn dia bersatu insya ALLAH. Kalau tak mungkin ada kebahagiaan lain. Kalau Dira itu secantik merak putih ni boleh jugalah nk ngorat Rizal ataupun Rizal mesti tak akan lepaskan dia sebab dia ni cantik.. Tapi, ni apeh. Dira takut kalau-kalau kasihnya xberbalas dan yg paling dia takut kalau Rizal hilang dari hidupnya. Tak pelah, walaupun xada ikatan cinta tp mereka selalu brhubung... Apa yang sering Dira ingatkan pada dirinya 'kalaulah dia xnk aku xkan lah dia selalu bagi msg padaku.. emm, entahlah hanya ALLAH yg tahu..
Bagi Dira, hidupnya tak mungkin sepi dengan adanya Rizal. Hari-harinya dilangitkan dengan keceriaan dengan kehadiran Rizal. Massage Rizal ada aje yang membuat Dira tersenyum bahagia. Rizal semangatnya di saat ini. Dia mahu sangat untuk bersama Rizal disepanjang hidupnya tapi boleh ke? Ahh, hanya ALLAH saja yang tahu..
Dalam diam Dira amat cintakan Rizal. Tapi, mungkinkah Rizal juga cintakan Dira? Dan,mungkin juga Dira hanyalah sekadar teman sebelum Rizal temui gadis yang dicintainya...
Bagaimana untuk Dira mempamerkan sayangnya kepada Rizal? Dapatkah kasih dan cinta Dira menjadi miliknya?
Dulu amat dinantikan tangkal 27 ogos tapi kini cuba memandamkan segala yang tercatat pada tarikh ini. Biarlah ia berlalu pergi dan merelakanlah ia pergi dari kehidupan ini. Sejujurnya, tarikh ini masih diingati tapi ia sekadar didalam memori saja, tak bererti apa-apa lagi. Tak usah risaukan dengan tarikh ini dan memori yang lepas-lepas. Masa demi masa akan terpadamlah memori yang lepas-lepas. Ya hidup harus pandang ke depan dan jangan sesekali menoleh ke belakang. Tapi tak salahkan kalau kita sekadar mengingati apa yang pernah hadir dalam kehidupan ia. Dan, mengingati yang pernah terindah dalam hidup ini. Hanya sekadar mengingati mungkin tak salah. Mungkin tahun ini, tahun yang terakhir mengingati tarikh ini dan akan lupakan terus tentang tarikh ini. Tak mungkinlah tarikh ini akan bererti lagi dalam hidup ini. Ia akan terjadi kenangan yang tak mungkin diabadikan lagi. Bersungguh untuk lupakan tarikh ini kerana mahu mengingat tarikh lain yang lebih bererti lagi untuk selama-lamanya. INSYA ALLAH!
Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah: Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
· Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
· Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya
· Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya
· Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati
Memang begini yang selalu dilakukan.. Bersolat dan berzikir amat menenangkan hati yang sedang berserabut dengan pelbagai masalah. - wallahualam -
Tiba-tiba kehidupan ini dikejutkan dengan keadaan yang ALLAH berikan. Terkejut sangat tapi dapat dikawal dengan perasaan yang cukup senang dan indah. Entahlah, hati ini masih tak pasti apa yang terisi. Biarlah masa yang menentukannya. Sudah malas untuk mengimpikan yang indah kalau diimpikan mungkin keadaan tidak akan terjadi seindah ini. Hari ini tak impikan apa-apa tiba-tiba indah yang datang dalam kehidupan ini. Huh, alhamdulillah... suka sangat dengan keadaan ini tapi tidak mengharapkan apa-apa yang akan terjadi. Malas untuk mengharap, takut kalau-kalau harapan itu akan tinggalkan kesan yang menyakitkan di dalam kehidupan ini. Jadi, biarlah ALLAH yang menentukan apa yang berlaku nanti. Kalau dengan kejutan ini, hidup ini bertukar menjadi indah dan berseri, bersyukurlah tapi kalau dengan kejutan ini kedukakan dan kelukaan akan tercipta maka bersedialah untuk menerima keadaan yang sukar itu. Dalam hidup ini hanya ALLAH saja yang mampu untuk menentukan apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku. Kita hanya bersedialah dengan sebarang kemungkinan yang terjadi.
Orang sayang kita, kita kena menerimanya. Bukan nak tolak pulakan kasih sayang yang orang bagi tu. Kasih sayang itu bukan mudah untuk kita miliki. Kasih sayang yang ikhlas amat sukar, ada lagi ke orang yang ikhlas berkasih sayang ni. Kasih sayang dari lelaki maksudku kekasih hati, sampai bilalah kasih sayang itu dapat bertahan... setahun mungkin tebal lagilah kasih sayang tu, dua tahun dah mula beralih sikit, 3 tahun nak cakap sayang pun dah malas, 5 tahun tak tahulah ada lagi tak kasih sayang tu. Mula-mula berkasih.. huh, saya sayang awak, saya pun sayang awak, saya sayang awak sangat2... pengalaman ini mesti berlaku lah pada semua orang. Indahkan kalau kasih sayang tu semacam kasih sayang yang seperti kita mula-mula terima. Kasih sayang yang tak berubah, adake? Ada.. kasih sayang seorang IBU. Kasih sayang seorang IBU tak mungkin akan berubah, walau sejahat mana pun anak itu, ibu akan menyayanginya dan memberi kasih sayang yang tak terhingga pada anak itu. Kasih sayang IBU amat ikhlas. Tiada yang dapat setanding kasih sayang seorang ibu... IBU memang seorang yang ikhlas pada anaknya, ibu haiwan pun ada kasih sayang pada anak haiwan itu. Kita cakap ni, soal kasih sayang lelaki. Adakah keikhlasan kasih sayang yang diterima oleh perempuan itu dari kekasihnya. Ikhlas ke, sejauh mana kasih sayang itu. Entahlah memang sukar untuk menilai kasih dari seorang lelaki. Tapi, ada je lelaki yang ikhlas. Tak semua lelaki tak ikhlas pada kasih sayang ini. Kalau tak de mungkin tak de la kebahagiaan. Jangan terlalu berikan nilai yang negatif saja pada lelaki, lelaki pun seorang insan yang baik di sisi ALLAH. Malah, lelaki ini dijadikan kalifah kepada perempuan untuk membimbing seorang perempuan. Lelaki yang ikhlas di dalam berkasih sayang. Dan, perempuan harus percaya yang kasih sayang yang diterima itu cukup ikhlas. Ikhlas... ikhlas ini biarlah ALLAH yang menilainya.
Dato' Siti Nurhaliza - Gelora Kasih Suka denganr lagu2 ni, cukup tangkap syadu... Pernah delicate lagu pada lelaki pujaan pada satu masa dulu, kira2nya 10 tahun yang dulu. Waktu tu aku harap sangat hidup ini dapat kebahagiaan bersama lelaki itu tapi kini aku sudah tidak bersama lagi dengan lelaki itu. Dan, kini aku mengharapkan yang kebahagiaanku akan hadir dan memiliki kebahagiaan itu tuk selamanya. Untuk kebahagiaan yang baru itu sudah tentunya bersama orang baru!
Huh... kejap sungguh masa ni dah nak puasa. So, selamat berpuasa, tingkatkanlah amalan di bulan yang baik ini dan semoga ALLAH menerima segala amalan kita. SELAMAT BERPUASA!
Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan paling hangat sepanjang tahun ini.
Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.
1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.
3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.
4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.
5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.
6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.
7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.
8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.
10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.
11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.
13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.
14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.
15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.
Cinta tak semestinya bersatu. Cinta itu memang indah dan tiada yang seindah cinta. Tapi, bagi insan yang pernah terluka, cinta itu cukup menyeksakan dan cinta itu tiada keindahan hanya menyakitkan semata-mata. Tapi, di dalam agama, cinta itu amat suci dan cinta itu cukup penting untuk kehidupan. Dengan cinta kita akan memiliki kasih sayang dan semangat untuk kehidupan. Cinta penting sangat ke? Kalau ditanya pada pasangan yang sedang enak bercinta akan menjawap yang cinta itu adalah nadi. Kerana cintalah hidup ini indah dan kerana cintalah hidup ini cukup hebat. Dan, ditanya pula pada yang sedang kecewa, pastinya cinta itu cukup membosankan dan racun. Hidup dengan cinta amat menderitakan... Pelbagai andaian cinta yang diberikan... Cinta bukanlah segalanya tapi dengan cinta hidup ini akan berseri indah! Di dalam buku yang berjudul Tafsir Al-Qur’an: Nikmatnya Cinta menerangkan: karena menghimpun ayat-ayat Al-Qur’an yang berbicara tentang cinta, kemudian dijelaskan uraian atau penafsirannya. Jadi, buku ini termasuk tafsir tematik yang dalam ilmu tafsir disebut tafsir maudlu’i.
Cinta itu diciptakan nikmat oleh Tuhan sebagai motor penggerak dalam kehidupan manusia. Karena cintalah manusia merasa nikmat dalam melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Tuhan. Sebaliknya, manusia merasa gelisah sewaktu mengerjakan larangan dan melaksanakan perintah-Nya.
Dengan cinta pula manusia merasakan akrab, menikah dan tolong-menolong dalam pergaulan masyarakat. Cinta pula yang mendorong orang bekerja keras untuk memenuhi keperluan hidup diri, keluarga dan orang-orang yang dicintainya. Tetapi Tuhan mengingatkan agar mencintai sesama dan harta benda tidak melebihi cinta kepada-Nya agar meraih keselamatan dunia dan akhirat.
Hati ini milik kita jadi jangan biarlah ia terluka disebabkan orang lain yang tak berhak keatas hati kita. Hidup ini untuk kebahagiaan. Seboleh-bolehnya carilah kebahagiaan itu untuk membuat hati ini bahagia dan indah... Tak guna hidup jikalau membiarkan hati terluka. Hati ini menguasai kehidupan, apa-apa yang terjadi akan memberi kesab pada hati. Jagalah kehidupan dan jagalah kebahagiaan agar hati tidak dilukai. Hati milik kita dan kita berhak membahagiaan. hidup didalam keadaan hati yang terluka amat menyakitkan. Oleh itu, jangan biar ia terluka tapi kalau ia terluka amat sukar diubati. Sakit hati... mana ada ubat... mana ada doktor yang mebuat pil khusus untuk hati yang terluka tapi ALLAH S.W.T ada ubat yang amat berkesan tapi cukup jarang orang menggunakannya, alasan sibuk, tak sempat! Tapi, ubat yang diberikan cukup berkesan: solat... solat akan membuat ketenangan hati itu hadir tanpa diduga, membaca AL-QURAN itu amat berkesan. Jangan lalaikan diri ketika hati terluka yakinlah yang ALLAH akan sentiasa bersama orang yang terluka...
Semalam lelaki yg cuba aku lupakan menghubungiku dan hari2 dia hubungiku. Aku jawap panggilannya dengan jiwa yg tak pasti... Sukar untuk membuat pengakuan tentang cinta ini. Memanglah untuk dicintai dan menyintai itu satu keindahan tapi takut kalau- kalau dikecewakan kali yang ke berapa pun tak pasti... Cinta,kasih sayang, rindu amat indah dan paling indah kalau ada orang yang confirm menyitai, merindui dan menyayangi kita tanpa dipaksa tapi itu semua cukup sukar untuk kita miliki. Kalau memiliki itu semua pun mungkin di dalam masa yang amat panjang. Letihlah dengan semua itu! Menanti sebuah jawapan.. jawapan yang membahagiakan, jawapan, yang menderitakan hanya ALLAH saja yang tahu. Kita sebagai manusia mahukan semua jawapan itu di bawah laungan yang cukup menceriakan hidup kita dan cukup membahagiakan hati kita tapi itu semua terletak pada yang ESA. Menanti sebuah jawapan itu cukup menyeksakan... kita tak tahu apakah jawapan itu nanti dan jawapan itu akan membawa impak yang cukup besar bagi kehidupan. Kalau jawapan itu bahagia pasti itu impak yang amat dinantikan, ia akan membuat hidup ini bahagia,tenang, ceria dan ia cukup membuat hidup ini bersemangat. Tapi, kalau hidup ini menerima jawapan yang derita itu cukup membuat dunia ini lemah untuk meneruskan kehidupan. Dengan jawapan yang derita itu hati,perasaan,jiwa dan hidup ini akan berasa cukup seksa, duka, sunyi, malang dan apa-apalah yang menderitakan hidup ini. Emm, tapi sebagai manusia haruslah menerima segala keputusan yang ALLAH tentukan pada kita. Hidup yang bahagia itu kan membuat hidup bersemangat tapi jangan bila derita tiba hidup akan diredup malang. Sebagai manusia kita mampu untuk membuat yang terbaik dengan berdoa dan berusaha. Jangan sesekali berputus asa!
film yang cukup perfect... Mesti, sure, pasti, confirm gi tengok.. FAZURA, Liyana Jasmin, Nabil... Huh.. tak sabar nak tunggu... Memang dah lama Fazura tak berlakon film Tapi, aku bukan pisau cukur...aku perempuan yang menggunakan pisau cukur tu untuk termpat tertentu hehehe...
Suka tengok episod 3r kali ni, Stressnya Belum Kahwin (Part 2). Dulu fikirlah hal-hal kahwin ni tapi sekarang macam malas nak fikir. Kalau ada jodoh pasti akan kahwin. Tapi, ALLAH kan sudah menjanji yang setiap manusia pasti ada pasangan masing-masing. Umur 25 ke, 28 ke, 30 ke tak kisah lah, asalkan kahwin. Kahwin tu sunnah NABI. Kahwin itu pekara yang mulia tapi kalau xde jodoh lagi macam mana nak kahwin. Kata orang hidup single ni lebih baik dari perkahwinan yang tak bahagia, perkahwinan yang bermadu dan perkahwinan yang permalahan. Tapi, tak semua perkahwinan itu malang...
Pengertian Perkahwinan: Firman Allah: Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yang hakiki.
Binalah rumahtangga atas tapak iman Tuluskan niat luruskan matlamat suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi' isteriku, kaulah permaisuri hati.....' penyeri Islamku nanti muktamadlah akad sahlah nikah dengan nama Allah gerbang perkahwinanpun terserlah Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan Iman itu tujuan Syariat itu jalan Tempat merujuk segala permasalahan Tempat mencari semua penyelesaian isteriku, taatilah hukum Allah.... suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w
Binalah hidup di neraca maaruf Rumah jadi sambungan madrasah... Seninya kerana solat... Indahnya oleh munajat Tapaknya ....iman Jalannya ....syariat Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan penyayang suami' 'cinta dan kasih isteri' lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan..... Soleh dan solehah. Bila dah sampai usia 24-25 ni memang tak boleh lari dari dihujani persoalan jodoh dan perkahwinan. Apalagi ditambah dengan sahabat seorang demi seorang mula menamatkan zaman bujang yang tak akan berulang kembali. Tapi, kini sudah 28 tahun... Soal bila nak kahwin tu dah bukan isu lagi... Teringin nak berkahwin tapi belum sampai jodohnya.. Jodoh ni rezeki itu di tangan ALLAH. Hanya ALLAH yang tahu bila jodoh ini akan hadir
Hidup ini adalah sementara dan yang datang pun pasti bersifat sementara. Janganlah terlalu runsing sangat dengan perkataan sementara. Apa-apa yang berlaku ini tak akan selamanya. Macam-macam hidup ini ditempuhi, kedukaan,keseorangan,bersendirian... yang nyata SUNYI. Kawan-kawanku mungkin bahagia dengan kehidupan mereka dan mungkin tiada kesunyian lagi dalam hidup mereka. Memang sunyi ini kadang-kadangnya membuat dunia ini luka dan suram. Kerana kesunyian juga hidup ini airmata cukup mudah untuk mengalir tapi apalah hak kita usir kesunyian itu di kala ia dara dalam kehidupan ini. Kesunyian itu adakalanya mengasyikan, dengan kesunyian ia memberi ruang pada diri ini untuk mengenali erti kehidupan yang sebenarnya. Jangan salahkan kesunyian kalau ia membuat kita menangis dan sayu kerana ia tidak akan hadir jikalau kita yang menjemputnya datang. Jangan biarkan diri dilanda kesunyian kelak kita akan tergelam dengan kesunyian tanpa kita pandai untuk mengawal keadaan yang menlanda kehidupan kita sendiri. Hidup dengan kesunyian, mungkin dengan kesunyian kita diberi kesempatan untuk berbicara dengan diri sendiri, untuk mengenali siapa sebenar kita di dunia ini dan dengan kesunyian itu akan membuat kita tenang dan damai... Ya damai itu yang tepat bila dikaitkan dengan kesunyian. Tapi, yakin yang kesunyian ini tak mungkin kekal lama. Ia akan pergi dan digantikan dengan keriangan dan keriuhan. Keriangan dan keriuhan.. emm, suasana itu mungkin tak mengsayukan akan hati ini tapi ia membuat kehidupan ini bertukar menjadi sebuah yang indah, sesuatu yang diimpikan dikala kesunyian. Ahh, kesunyian itu tidak mungkin kekal lama dan ia hanyalah bersifat sementara saja. Yakinlah yang kesunyian akan bertukar dengan keadaan yang lebih membahagiakan hidup ini.
Sedang bercinta matlamatnya semestinya untuk berkahwin, untuk membahagiakan pasangan masing2, untuk mencari keserasian dan untuk teman menemani. Tapi, adakah matlamat itu akan kekal. Matlamat itu mungkin untuk sementara waktu, bila kita dah dapat matlamat itu akan kita tak kan jaga lagi matlamat itu. Kalaulah setiap insan menjaga matlamat itu mungkin dia tak akan sia-siakan matlamat itu. Orang yang cuba memikat... matlatmatnya untuk mendapat cinta tu tapi klu dah dapat adakah ia menjaga cinta itu. Cinta itu susah dan sukar diramal mungkin sebab itulah matmalat dalam cinta tak kan kekal.. Matlamat cinta memasti kedua-dua matlamat yang sama kalau matlamat pasangan bercinta itu berlainan untuk ia tidak akan membawa erti apa-apa... Matlamat cinta itu penting tak kiralah sama ada kita dalam percintaan, pertunangan dan perkahwinan. Kekalkanlah matlamat cinta itu sekira sudah memilki cinta yang abadi. Janganlah sesekali kita mematikan matlamat cinta. Kerana dengan matlamat cinta itu kita akan terasa lebih yang yakin untuk menuju matlamat cinta yang lebih bahagia!
Bosan dalam hidup yang tiada teman yang setia. Tapi, mungkin itu lebih baik dari hidup ditemankan oleh lelaki yang tak pandai menjaga hati. Biarlah... mungkin hidup bersendiri lebih membahagiakan. Hidup berdua pun tak pasti dapat kebahagiaan... Hidup ini bukannya selalu secerah matahari dan hidup ini juga bukan selalu redup... Tak biasa sangat hidup ini beubah secara tiba-tiba. Tak nak tak terima je. Tak usah nak fikir byk2, ia tak akan mengubahkan apa-apa pun dalam hidup ini, lagi buat pening kepala adalah... senang cerita redha je dengan apa yang terjadi... Masa hidup bahagia... bila kebahagian datang!!! huh, nikmatnya hanya ALLAH yang tahu, bersyukur atas kebahagiaan itu tapi kekal ke? Bagaikan tak nak lepas kebahagiaan itu pergi.. berdoalah kebahagiaan kekal itu kekal sampai bila-bila tapi emmm... kebahagiaan tak selalunya ada.. tak perlah at least terasa juga bahagia... hahahahaha Bila bahagia... menikmatilah kebahagiaan tu dengan hati yang riang, senang, best, senyum yg berpanjangan, ketawa dan apa yg kita lakukan pastinya terasa semangat. Nak tiduk pun terasa syg, yalah hidup dah bahagia apa guna lagi mimpi, mimpi tu hanya mainan dan hidup yang bahagia ini adalah keyataan yang pasti. Huh, seronok bahagia. Lagi-lagi kalau bahagia itu wujud kerana cinta, huh bestnya. Alhamdulillah, bahagia... Untuk menikmati kebahagiaan itu, kita akan selalu berdoa agar kebahagiaan kekal utk selamanya. Nak sangat bahagia tak kan ke mana-mana. Kalau boleh nak menjaga kebahagiaan ini agar ia terus bahagia... Solat hajat memohonkan kebahagiaan ini kekal.. Doa yang tak putus umpamanya bagaikan siraman ke alam bahagia agar ia mekar sentiasa dan tak akan layu... Emm, tapi itu bukan untuk selamanya... kekecewaan,kedukaan,kelukaan datang tanpa diduga. ia tak dijemput pun tiba-tiba datang. Kedatangannya itu cukup menyeksakan. Kehadirannya bagaikan membunuh keindahan yang ada. Uhh, tabah itulah yang selalu dimohon bila keadaan yang tidak diingini berlaku. Saat begini airmata cukup mudah untuk mengalir.. Mungkin masa kelukaan ini berlaku akan terfikir apa dosa dan salah, entah... Hidup ini memang tidak seindah mana... redha je la terima apa yg terjadi. Tenang! Itulah yang harus kita lakukan bertenang dan yang paling benda SABAR. Dengan kesabaran hidup akan lebih senang untuk kawal...
Hatiku tenang dn aku terasa indah. Cukup indah! Lagi2 klu aku dapat sms dr Putera z....ku. Tiap malam dia akan bg sms utk mengucap 'selamat malam puteriku an sayang'. Dia belum lagi miss utk bagi sms tu walaupun satu mlm. Huh, aku tak tahu apa perasaan ini. Hatiku dan perasanku bercanggah di waktu ini. Ya, aku cukup suka dgn sms dia. Dia buat tidoku lena. Dia membuat buat hidupku seindah puteri. Aku tak pasti apa yang perlu aku katakan atau mentafsirkan hatiku padanya. Aku tak boleh berkata apa-apa lagi di saat ini. Biarlah ALLAH yang tentukan. Aku hanya menyerahkan apasaja yang akan berlaku. Hanya ALLAH yg berhak utk menentukn hidupku. Kisah hatiku ini, aku tahu ALLAH akan laku yg terbaik utkku. Tapi, hatiku tak mudah utk berubah, hatiku mungkin boleh berubah sebabkan orang yg aku syg itu abaikanku. Yalah, aku tahu dia ada problem dan aku faham problem dia tu. Tapi sebenarnya hatiku ini dah lama terluka disebabkan dia yg mencurangi cintaku dulu dan dgn sikapnya itu membuat kesungguhan dan kepercayaanku pdnya sudah hilang. Tp, kesilapannnya aku maafkan. Dan aku pun xmahu menghukumnya di atas kesalahannya sebagai lelaki yg ckup lemah... Entah, aku tak tahu apa yg harus aku katakan pdnya seandainya cintaku beralih arah. Aku rasa dia tak boleh salahkanku kerana aku mahukan yg terbaik dan aku berhak untuk mencari kebahagiaanku yg sejati dn abadi. Aku mahukan lelaki yang terbaik utkku. Aku pun inginkn disygi dn dicintai. Dan, kali ini aku rasakan yg aku sudah pun temui lelaki yg lebih menyintaiku. Hati berdebar dengan setip kali aku ingatkan pd lelaki yg lebih sygkanku. Hatiku tak tahu untuk mentafsirkan siapa yang lebih mencintaiku. Dan, aku belum lagi membuat keputusan yg muktamad. Ahh, biarkanlah ALLAH yang buat keputusaan itu dan aku hanya menerima apa saja yang di takdirkan untukku. Cuma, di kala ini aku tak mahu melukakan hati sesiapa saja, lebih-lebih lagi hati lelaki yang menyintai dan menyayangku. Yang ku mahu hanyalah kasih sayang dan cinta sejati dr lelaki yang amat menyintaiku. Tak kira siapa pun yg penting aku mahu lelaki itu amat memerlukanku dan dia boleh membahagiakanku utk selamanya. Itu saja yg aku mahukan. Hidup dgn org yg amat menyintai kita akan lebih bermakna dr kita hidup dgn org yg kita cintai. Kerana bgku, org yg menyintai kita tidak mudah utk melukakan hati kita dr org yg kita cinta. Aku akan memilih lelaki yg menyintaiku. Tentang hati,perasaan dn cintaku tak usahlah. Kerna aku akan menyintai lelaki yg menyintaiku dengan sepernuh hatiku. Hatiku akan bertambah cintakannya klu lelaki itu menyintaiku seadanya. Aku yakin yang ALLAH akan berikan kebahagiaan yang aku ingini...
Ketawa dan airmata Itu sebenarnya cinta Kalau kau sedih pasti ku rasa Begitu sebaliknya
Ku senang engkau cemburu Itu tanda kau sayangiku Baru kau takut kehilanganku Begitu juga aku
Ku juga suka bila kau curiga Itu mengajarku erti setia Apa pun sikapmu aku terima Asalkan ada kebaikan Walaupun sering kau ku tinggalkan Itu tiada bermakna Kau ku abaikan
Memang sesekali sikapmu Membuat aku jemu Hingga kau takku pedulikan Untuk menyedarkan
Belum pernah ada cinta Di dalam kehidupan manusia Sepanjang masa bahagia Tanpa air mata...
Lagu ni masa aku tingkatan 3. Aku cukup suka dengat lirik lagu ni. Memang benarlah apa yang dikatakan di dalam lagu ini. Cinta itu ada kalanya membuat kita ketawa, suka dan yang pastinya amat bahagia dengan cinta. Cinta juga membuat airmata mengalir disebabkan kelukaan. Luka cinta terlalu menyakitkan dan luka kerana cinta membuat kehidupan ini hilang maya dunia ini. Kelukaan cinta membuat hidup ini hampa. Hanya kerana cinta itu ketawa dan airmata boleh berubah perjalanan sesebuah kehidupan.
Untuk Siti Nurbaizurah Bt Mustaffa yang lahir di bulan Januari.
Berikut ini adalah rahsia bulan kelahirannya :
* Ambisius dan serius * Suka mengajar dan diajar * Selalu mencari cacat dan kelemahan orang lain. * Suka mengkritik * Pekerja keras dan produktif * Pandai, rapi dan terorganisir * Sensitif dan memiliki pemikiran yang dalam * Tahu cara membahagiakan orang lain * Pendiam, kecuali pada saat tegang atau ´tersulut´ * Cenderung menutup diri * Sangat perhatian kepada hal kecil * Cenderung tidak mudah sakit, tapi lemah terhadap dingin * Romantis, tapi susah mengungkapkan cinta * Menyukai anak * Orang rumahan * Setia * Butuh meningkatkan kemampuan sosial * Mudah cemburu
WARNA YANG AKU SUKA SANGAT.... kalau boleh aku nak kamarku di cat dgn warna pink tp syg mami dah pun suruh tukang cat tu warna peach... emm.. biarlah nnt klu ada rezeki aku tukarlah warna peach tu ke warna pink.. bajuku boleh dikatakan semuanya warna pink sampai aku sendiri pun letih dlm memilih baju. Klu nk blk kelantan ataupun nk ke perak,aku xreti nk bawak baju apa? yalah semuanya pink.. mami,kak Nur,Ira dn Ili pun dah bising. Klu nak beli baju dia org dah warning siap2 jgn nk beli baju warna pink tp aku peduli apa.... aku suka pink... Bagi aku pink:- ~CaHayA KeBaHaGiAaN~ - kelembutan - kecantikan - suci - wah cantiknya - nak beli! - pinky - kak T, Izati, Ain.... - cantik - sukanya aku - romantik huhuhu - kebahagiaanku - kak anne la tu
klu ALLAH izinkan aku berkahwin suatu hari nanti, aku nak perkahwinanku nanti bertemakan pink lembut... huh berangan tu.. pada lelaki yg sedang memikatku.. puteri nak semua pinky ok, putera...
Sibuk... Buzy... Banyak kerja... Itu asalan yang baru, alasan yang pd mulanya aku blh terima, alasan yg aku cuba fahami, alasan yg aku percayakan situasi yg dia sibuk, aku tahu dia sibuk dan alasan sibuk itu menjelaskan dia benar2 sibuk..."jgn la majuk. Sy sibuk sikit. jgnlah pikir bukan2 ok." rasanya da 4 kali aku dpt msg tu... sibuk... sibuk sampaikan xsempat nak rindu kat aku, rindu... klu dia rindu dia akan call aku tapi apeh... Sy sibuk.. sy sibuk.. tolonglah faham... aku boleh faham dan aku cuba faham tapi dalam perhubungan klu sibuk mcm mana pun kita akan rindukan pasangan kita, ini tak! Dah lama dia tak call aku... aku tunggu tapi dia xcall.. ahh, aku ambil kata putus biar je lah. Aku malas nk pikir... Tak patutlah aku kusutkan fikiran hanya kerana lelaki. Dan aku pun xpasti lg yg dia sygkn aku pun x... Dalam fikiran dn hatiku aku masih sygkn dia so aku tunggu jelah bila dia tak sibuk. Tp sakit hati... Huhuhu... aku sabar je dgn keadaan ini. Memang sakit hati, sakit sangat2 tp kalau org nk berubah aku nak buat macam mana. Alasan sibuknya itu xmembantu lagi. Hatiku dah sakit dgn alasan itu.Aku dah muak, dah jelek, dah menyampah dgn alasan itu. Buzy,sibuk,apa lagi alasan yg dia nk bg... huh mungkin alasan itu tidak membantu lg dlm hubungan kami. Aku dah alpa sangat dgn keadaan yg dia ciptakan ini. gugur sekali lagi impianku. Sedih tapi aku kena kuat. Aku bukannya seorang yg lemah. Biarlah dia berlalu dlm hidupku. Pelangi cinta, pelangi itu akan hilang bila matahari keluar cahayanya. Dan, aku simpulkan kata-kata ini yg mungkin aku ni pelangi dlm hidupnya dan aku akan hilang dia dan mungkin dia sudah temui cahaya matahari yg dia cari selama ini. Biarlah... ini dugaan hidup sebelum aku temui kebahagiaan yang abadi. Insya ALLAH aku masih kuat untuk menerimanya. Hatiku sakit kerana alasan sibuk itu. Biarlah! Mungkin mulai saat ini aku nk let go je tu. Klu dia ada aku terima dgn keikhlasan hatiku ini tp klu dia terus berlalu pergi biarlah. Dia kan sibuk.. Biar dia sibuk mencari kebahagiaannya sendiri. Aku redha.
Di bumi ini aku sudah 29thn bergelar sebagai khalifah ALLAH. Kediamanku di Subang Perdana, Shah Alam tapi aku dilahirkan dan dibesarkan di Rantau Panjang, Kelantan.
Aku minat sangat-sangat pada novel. Sekarang aku tengah buat novel tp belum ada rezeki lagi untuk diterbitkan lg..
Tapi aku tak mudah untuk berputus asa.
Bagiku, usahalah untuk berjaya. Kejarlah impian itu, biarlah impian jadi keyataan. Janganlah impian itu dibiarkan begitu saja, kelak kita kan rugi.
Walaupun apa-apa yang menghalangku, aku akan berkarya sampailah karyaku diterima. Itu janji ku!