Sebagai perempuan nak macam mana pun kena simpan dalam hati. Nak mengaku malu nanti mamat tu tak nak malu gila beb, mana nak letak muka ni. Cinta separuh jiwa pun kalau lelaki itu tak nak, perempuan nak buat macam mana? Adakah malang menjadi perempuan ini? Malang sebab tiada kekuatan untuk memulakan hubungan cinta. Alah, tak kan malang hanya kerana itu.
Dira... dia terlalu menyinta Rizal. Sudah 2 tahun dia terjatuh cinta pada Rizal. Tapi, sayangnya cinta itu tidak pernah diluahkan. Dan kini, mereka sudah berkawan rapat. Boleh dikatakan terlalu rapat tapi soal cinta tidak pernah mereka ungkapkan. Hubungan mereka hanyalah kawan biasa yang tidak lebih dari itu. Tapi, dalam masa yang sama Dira mengharapkan lamaran dari Rizal.
Setiap malam Dira merindui Rizal. Kalau sehari tidak mendengar suara Rizal, dia bagai hilang arah. Tapi, keegoaan mengatasi segalanya. Dira terlalu ego. Dira nak menghubungi Rizal pun berfikir 2, 3 kali, bukan nak call aje, nak bagi massage pun dia menunggu Rizal yang bagi dulu. Dia malu bukannya ego.. Entahlah! Sebagai perempuan, rasanya macam tak sopan untuknya memulakan langkah di dalam cinta. Arhg, biarlah kalaulah Rizal cintakannya pasti cinta Rizal itu akan jadi miliknya.
Kalau Dira itu secantik merak putih ni boleh jugalah nk ngorat Rizal ataupun Rizal mesti tak akan lepaskan dia sebab dia ni cantik.. Tapi, ni apeh. Dira takut kalau-kalau kasihnya xberbalas dan yg paling dia takut kalau Rizal hilang dari hidupnya. Tak pelah, walaupun xada ikatan cinta tp mereka selalu brhubung... Apa yang sering Dira ingatkan pada dirinya 'kalaulah dia xnk aku xkan lah dia selalu bagi msg padaku.. emm, entahlah hanya ALLAH yg tahu..
Bagi Dira, hidupnya tak mungkin sepi dengan adanya Rizal. Hari-harinya dilangitkan dengan keceriaan dengan kehadiran Rizal. Massage Rizal ada aje yang membuat Dira tersenyum bahagia. Rizal semangatnya di saat ini. Dia mahu sangat untuk bersama Rizal disepanjang hidupnya tapi boleh ke? Ahh, hanya ALLAH saja yang tahu..
Dalam diam Dira amat cintakan Rizal. Tapi, mungkinkah Rizal juga cintakan Dira? Dan,mungkin juga Dira hanyalah sekadar teman sebelum Rizal temui gadis yang dicintainya...
Bagaimana untuk Dira mempamerkan sayangnya kepada Rizal? Dapatkah kasih dan cinta Dira menjadi miliknya?
No comments:
Post a Comment