Thursday, September 3, 2009
Apa itu cinta...
Bahagiake hidup ini dengan cinta? Perlu sangatkah cinta itu? Kenapa kalau tiada cinta hidup ini suram ke? Entahlah, hidup ini sukar untuk kita mengamalkan. Ia boleh berubah dalam sekelip mata dan tak sampai seminit pun ia akan berubah. Berubahan itu ada kemungkinan besarnya kerana cinta. Cinta boleh pengaruhi kehidupan, cinta boleh membahagiakan sesorang itu dan cinta itu juga akan menghadirkan luka di dalam sesebuah kehidupan.
Apa itu cinta... Kehidupan tanpa cinta... Mungkin kehidupan ini tanpa cinta akan menjadi alpa,kusam dan tak bermaya... Ahh, buat apa kalau ada cinta pun kalau ia menyusahkan. Cinta itu bukanlah pekara yang terpenting di dalam kehidupan ini. Tak usah susah hati kalau tiada cinta di hati, mungkin kalau tiada cinta itu akan lebih bahagia.
Apa itu cinta, cinta suatu yang indah,yang mendamaikan, yang boleh memebuat hidup ini ceria, dan dengan cinta akan wujudkan suasana yang amat membahagiakan. Tapi, sampai bila cinta itu akan bertahan? Cinta,cinta dan cinta tak selalunya indah. Ia akan berubah mengikut hati dan masa, hati, sampai bilalah hati itu boleh kekal, akan berubah juga hati itu mengikut masa.
Apa itu cinta? I love U... Aku cinta padamu... Saya sayang Awak... ahh, itu ayat manis mula bercinta saja, lepas itu hilanglah...
Apa itu cinta hanya orang yang sedang bercinta saja akan tahu erti cinta yang sebenarnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment