Thursday, November 5, 2009

Penulisan Amat Penting

Penulisan Dalam Islam.

Allah SWT telah menurunkan ayat pertama menggesa umat manusia untuk membaca. Dengan pembacaan melahirkan pengetahuan yang mendalam terhadap pelbagai ilmu ALLAH. Firman ALLAH SWT dalam surah al 'Alaq yang bermaksud :

"1-Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) 2-Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. 3-Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. "



Islam adalah agama yang amat menjaga adab dan tatasusila penganutnya supaya menjadikan akhlak yang mulia sebagai pedoman didalam semua amalan dan pekerjaan. Menulis didalam blog adalah suatu hobi dan minat dan juga sebagai satu amanah yang harus dipikul dengan penuh rasa bertanggungjawab.

O
Hobi atau Tanggungjawab.

Dalam hadis Sohih, menyebutkan betapa pentingnya niat dalam setiap amalan yang dikerjakan. Menulis pada sesetengah penulis adalah hobi dimasa lapang, dan boleh jadi sebagai tanggungjawabnya terhadap ALLAH. Hobi menulis sebenarnya tidak salah, bahkan ia memberikan kemahiran kepada penulis dengan ilmu-ilmu bahasa dan seumpamanya. Namun disana alangkah elok, menulis yang asalnya adalah hobi disertakan dengan tanggungjawab memikul amanah ALLAH.

Oleh itu, setiap penulis seharusnya sedar dan insaf betapa besarnya peranan tulisan mereka dalam membentuk minda dan pemikiran pembaca dan masyarakat.

Bagiku, menulis ataupun berkarya ada satu kepuasan dan kenikmatan. Penulis adalah hobiku pada mulanya tapi kini aku jadikan penulis sebagai kerjayaku. Aku puas dengan dunia penulisan ini dan aku akan menulis apa saja yangku rasa tapi ia mestilah logik. Kalau sehari tak menulis otakku akan berat dengan idea2 yang ada difikiranku.

No comments:

Post a Comment