Wednesday, November 4, 2009

Terharu!

 Tidak sangka di atas kesudian Puan Rina membalas komenku.

Rina Khan November 5 at 1:06pm Report 

Assalamualaikum Anne, 

Saya baru terbaca tentang komen Anne di dalam ruangan 'Peminat Novel Melayu'. Maaf, kerana lambat memberikan tindak balas pada komen Anne, saya agak sibuk kebelakangan ini. 

Walau bagaimanapun, kembali kepada persoalan Anne tentang novel yang telah siap ditulis, tetapi masih belum berjaya diterbitkan. Sekiranya Anne mahu, saya suka untuk membaca hasil karya Anne dan memberikan komen serta pandangan. Dan sekiranya ada rezeki Anne, akan saya usahakan untuk penerbitan. Tapi harus diingatkan, ini bukan sebuah janji, ya... Cuma saya akan usahakan. 

Salam kasih sayang dari saya dan semoga Anne terus berkarya serta menghasilkan penulisan Bahasa Melayu yang merakamkan cerita, budaya dan sejarah masyarakat kita untuk generasi akan datang. Amiin. 

Salam 
RK

2 comments:

  1. Penerbitan mana tu ya, kalau boleh Ak tahu?

    ReplyDelete
  2. Puan Rina yang uruskan, AK..
    Tapi, selepas ini apa-apa anne akan rujukkan pada AK.

    ReplyDelete