Sunday, October 25, 2009

Kalau kasih terputus bolehkah disambung kembali

Sukar untuk memberi jawapan yang pasti. Hati ini masih tiada kepastian untuk membuat suatu keputusan yang boleh membahagiaan hati ini. Kasih yang disulam kini bagaikan telah hilang dibawa arus keadaan yang sudah berubah. Bukan hati ini ada berdamping baru tapi hati ini sudah terhenti untuk meneruskan cinta yang sudahpun berakhir. Kasih itu telah hilang, kasih itu bagaikan sudah terhenti untuk menyintai seseorang dan kasih itu sudah luput dari dunia percintaan.
Untuk sambungkan kasih itu kembali mungkin ia tidak sekukuh dulu. Mungkin kasih itu diikat kembali, ia tidak berseri lagi. Bukannya hati itu mati dalam cinta tapi hati itu mahu mencari sesuatu yang pasti, sesuatu yang boleh membahagiakannya untuk selama-lamanya.Jangan ditanyakan kenapa hati ini begitu keras untuk rujuk kembali. Sesungguhnya hati sudah puas untuk bersabar dan sudah puas untuk mencari kebahagiaan. Kalau kasih yang terputus disambungkan kembali mungkin ia tidak sekuat dulu dan ia mungkin akan senang rapuh. Jangan mencuba sesuatu yang tidak pasti akan kebahagiaannya. Biarlah cinta itu pergi. Berikanlah peluang untuk cinta menemui kebahagiaan yang baru.
Mungkin dengan cinta yang lama itu sudah hilang dalam fana cinta, ya cinta itu sudah hilang. Hilang disebabkan tiadanya kesungguhan, hanya dengan kata-kata mungkin sesiapa pun yang boleh mengucap sinar pengharapan itu. Hati ini sudah puas untuk meneka segalanya yang akan terjadi dalam fana cinta itu tapi tekaan itu selalu salah jadi sudah malas untuk meneka.

Mana mungkin cinta yang telah putus, diikat kembali. Kalau tali mungkin ikatan pada tali itu tidak akan kuat. Kalau kaca pecah tapi dicantumkan kembali mungkin kaca itu tidak lagi secantik yang dulu.

Perpisahan itu mungkin akan memberi perluang untuk mencari cinta dan kebahagiaan yang lain. Lupakanlah kisah cinta yang dulu mungkin jodoh sudah tiada dengan cinta yang dulu. Kuatlah hati ini yang sedang mencari cinta yang baru, cinta yang lebih membuat hidup ini bererti dengan kebahagiaan bukannya dengan kelukaan.

Berdoalah untuk memohon kekuatan untuk menghampuskan cinta yang dan bersabar untuk menanti cinta yang baru! AMIN..

No comments:

Post a Comment