Wednesday, October 28, 2009

Sudah dapatkan.



Penulis: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood


Penerbit: DBP
Harga Buku: RM40.00

  BUKU ini merupakan pembaikan pada terbitan yang terdahulu di bawah tajuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dalam edisi ini, terdapat pertambahan dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif dan menjadi pegangan para guru, pensyarah, penulis, pegawai dan pengguna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu. Kandungan buku ini memberi tumpuan pada aspek pembentukan perkataan dan pembinaan ayat.

Buku ini aku dapat di lumut, Perak. Aku  pergi ke sana bersama familyku. Rumah Kak Nurku di sana, kebetulan minggu itu abang iparku tak boleh balik ke Shah Alam. Jadi, kami sekeluarga ke sana untuk berhujung minggu di rumah Kak Nur.

Di kedai yang aku beli buku ini memang besar, dari dulu lagi aku nak ke kedai buku itu. Yalah, aku ni kan pantang tengok kedai buku. Aku sukakan buku. Bila dengan buku aku akan leka.

No comments:

Post a Comment