Thursday, July 9, 2009

Cinta ketawa dan airmata

CINTA ITU KETAWA DAN AIR MATA (Lestari)

Ketawa dan airmata
Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih pasti ku rasa
Begitu sebaliknya

Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangiku
Baru kau takut kehilanganku
Begitu juga aku

Ku juga suka bila kau curiga
Itu mengajarku erti setia
Apa pun sikapmu aku terima
Asalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau ku tinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau ku abaikan

Memang sesekali sikapmu
Membuat aku jemu
Hingga kau takku pedulikan
Untuk menyedarkan

Belum pernah ada cinta
Di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa air mata...

Lagu ni masa aku tingkatan 3. Aku cukup suka dengat lirik lagu ni. Memang benarlah apa yang dikatakan di dalam lagu ini. Cinta itu ada kalanya membuat kita ketawa, suka dan yang pastinya amat bahagia dengan cinta.
Cinta juga membuat airmata mengalir disebabkan kelukaan. Luka cinta terlalu menyakitkan dan luka kerana cinta membuat kehidupan ini hilang maya dunia ini. Kelukaan cinta membuat hidup ini hampa.
Hanya kerana cinta itu ketawa dan airmata boleh berubah perjalanan sesebuah kehidupan.

No comments:

Post a Comment