Friday, April 2, 2010

Din Beramboi dalam kenangan ( 1966 - 2010 ) Al-Fatihah



Macam tidak percaya Din Beramboi pergi untuk selama-lamanya. Aku terkejut yang amat sangat dengan berita ini, bagaikan mimpi kerana semalam baru aku menonton Raja Lawak dan aku ketawa gelak dengan lawak yg selamba dia tu... Aku memang minatlah Din Beramboi dengan lawak-lawak yang bodoh itu. Emm, itu sudah pun jadi kenangan.
Ya ALLAH... Din Beramboi sudah pun pergi untuk selama-lamanya.Al- Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan di dalam golongan yang beriman... Amat terasa kehilangannya... :(




Din Beramboi di antara pelawak yg paling spontan.Drama Sebabak Di Era, cukup creatif idea Allahyarham, cukup terhibur... selalu buat aku tidak boleh tidur pagi. Memang kelakar habis dengan lawaknya selamba tu,dan kini, bila dia dah tiada......mmg sunyi teras dan amat dirasai. Perginya tiada pengganti... Tiada lagi Pak Rahim yang muka sungguh selamba dan blur bila buat salah. Tiada lagi lawak yang boleh buat aku pecah perut. Betul katanya hari itu yang dia tidak akan pergi ke ABP dan dia mahu berehat, rupa-rupanya katanya itu benar.

Masej terakhir dari Din Beramboi



Kebumian Din Beramboi

No comments:

Post a Comment