Tidak jadi kerja dibuatnya. Aku duduk melayan kawan-kawan sekolahku di ruangan Face Book. Kutuk mengutuk memang itu wajib bagi kami, tidak sah kalau tidak mengutuk sesama kami. Apa yang dipostkan olehku pastinya menjadi perhatian oleh Pok Adi dan Pok Nik... Lawak sungguh mereka berdua tu, tidak pasal-pasal wall aku yang jadi peperangan kata-kata. Lucu, aku layankan aje. Adi sudah pun sign out dari ruangan Face book tu dan peperangan itu pun sudah selesai tapi Adi kurang setuju dengan apa yang aku komen dan disokong oleh Nik... hahahaha aku menang, Bro Adi.
Di post keduaku, adik-beradikku dan Syahira yg peperangan kata-kata, bab hantu... pecah perut aku dibuatnya dengan komen-komen mereka yang entah apa-apa tu. Hohoho, hilang bosan kalau melayan karenah orang-orang yang rapat denganku. Kak Nur dan Ili sememangnya selalu buat aku ketawa. Nak-nak kalau Ira ada... hisy, riuh rendahlah jadinya. Adik beradikku sememangnya penting bagiku dan semangatku juga datang dari mereka.
Sudahlah itu, aku mahu berkarya, cukup-cukuplah itu berfacebook. Sudah banyak masa yang aku luangkan bersama face book. Enough FB!
No comments:
Post a Comment