Wednesday, April 28, 2010
Bingung
Bukan tiada sayang, bukan tiada cinta tapi aku rasakan yang aku mahu kehidupan yang baru. Kehidupan yang cukup menyelesakan aku. Kalau aku kembali menerimanya, aku rasakan yang kehidupan aku tidak berubah, dia janji yang dia akan berubah kalau aku terimanya kembali, mustahil aku akan terimanya lagi. Dia sudah jadi sejarah dalam hidupku dan aku tidak akan terimanya kembali. Hatiku tidak mungkin dapat dilembutkan dengan kata-katanya yang manis dan mataku tidak akan kabur dengan pandangan cinta yang nampak indah tapi tidak tahu sama ada keindahan itu bertahan berapa lama. Aku tidak mahu tertipu lagi, maafkan aku. Aku benar-benar tidak boleh menerimanya lagi, walau macam mana rayunya padaku. Hatiku memang degil. Hatiku memang keras dan hatiku tidak mungkin terbuka untuknya.
Padaku, aku mahukan kejayaan dan kesihatan yang baru kerna itulah yang boleh membahagiakan hati mamiku. Cinta pasti datang dengan cara yang tersendiri. Aku percaya pada jodoh Allah, aku patuh pada janjiNYA yang setiap insan dijadikan berpasangan dan aku tidak dikecualikan. Pasti ada jodohku, usah gentar. Bukan aku tidak kesian pada lelaki itu, aku tahu dia benar-benar cintakan aku, dengan tanggisannya saja sudah cukup membuktikan yang dia amat cintakanku tapi itu tidak cukup bagiku. Dia tiada kemajuan di dalam dirinya. Hidupnya kusam dan tidak mungkin aku mahu membiarkan hidupku diheret dengan 'kekusaman'nya itu. Aku tidak akan merosakkan hidupku hanya kerana cinta.
Aku mahu kehidupan yang lain. Sudah cukuplah aku menghambakan diri padanya selama 13tahun. Aku sudah penat untuk menyintainya lagi. Aku mahu maju dengan impianku untuk jadi penulis! Aku tidak akan membiarkan dia merosakkan hidup dan hatiku lagi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment