Saturday, April 17, 2010

Di kala ini, ku bukan aku

Lirik Lagu Ku Bukan Aku - Tilu

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

(ulang korus 2x)



Lagu ini memang sudah lama aku minat tapi aku tidak tahu lagu siapa. Minggu lepas baru aku tahu siapa yang menyanyikan lagu ini. Lirik itu amat terasa di dalam hatiku. Tapi, aku tidak tahu pada siapa yang akan aku ingatkan kalau aku mendengar lagu ini. Tadi semasa aku menonton AF8, Maulana yang nyanyikan, aku masih terfikir, aku terasa lain macam bila mendengar lagu ini dan dengan tiba-tiba handsetku berbunyi, Amir call... ooo... tak mungkin aku teringat padanya bila lagu ini aku dengari.Mustahil! Macam-macamlah kau ni, anne. Aku abaikan sahaja perasaan haru biruku itu. Kalau dilayan menjadi-jadi pula. Sudahlah anne... yang penting kini buatlah kerja karya kau tu dan berusaha untuk sihat sepertimana yang mami harapkan itu. Soal lain biarlah Allah yang tentukan.

Ya, aku sudah dapat untuk siapa lagu ini... untuk sendiri aku dan aku suka lirik yang berbunyi begini

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Kau yang pergi itu adalah diriku yang sihat. Aku mahu kesihatan itu pulang ke pangkuanku... Memang di kala ini diriku bukan AKU!

2 comments:

  1. yeah .. phm dh .. now i know .. trs kn smgt mu itu wahai kakak sayang ku .. haha .. dont give up !! satu hari nnt pst tuhan akn kabulkan permintaan umat nyee yg taat pd nyee .. :D

    ReplyDelete
  2. thanks... kena tak lagu ni dgn sy.. kena kan.. mmg xakan give up pun... sy pasti sihat seperti sedia kala.. teramat yakin.. ;)

    ReplyDelete