Seminggu sekali aku akan menerima panggilan dari Ahmad Farid, lelaki yang amat menyintaiku dan suatu ketika dahulu aku pernah menyintainya. Dia memang tidak pernah berputus asa untuk memujukku agar aku kembali padanya. Aku hargai perasaannya terhadapku dan aku tahu dia amat ihklas menyintaiku. Tapi, aku masih tidak boleh menerimanya, kalau aku terimanya terlalu banyak yang perlu aku fikirkan dan terlalu banyak yang harus dikorbankan. Sesungguhnya, aku sudah malas lagi untuk pengorban dan aku malas lagi memikirkan soal cinta lagi. Cukuplah 13tahun aku mengusutkan fikiranku dengan soal cinta AHMAD FARID.
Kalau aku tidak menerimanya, bukan bererti aku membencinya. Tidak pernah terlintas difikiranku untuk membenci orang yang pernah aku cintai dan aku tidak akan membenci orang yang tulus menyayangiku. Aku akui, dia lelaki yang amat memahamiku kalau hendak dibandingkan dengan Faizal dan Amir. Dia tidak pernah menyuruhku melakukan yang aku tidak suka dan dia tidak pernah memaksaku, tidak seperti dua orang lelaki itu, baru berkawan sebulan dua sudah menganggapku seperti hak milik kekal.
Kembali pada Ahmad Farid.
Haruskah aku menerimanya? Dan, haruskah diberikan peluang kepadanya? Bukan tiada cinta lagi untuknya, masih ada tercalit cinta dihatiku untuknya tapi aku tidak mahu tinggal di Langkawi bila sudah menjadi miliknya yang sah. Aku cukup gerun untuk tinggal di rumah mak mentua dan aku memang tidak terdaya untuk berjauhan dengan mami dan keluargaku.
Huh, sungguh berat untukku berkata apa-apa dan tidak berdaya untuk memikirkan apa kesudahan di antara aku dan dia. Aku kelu untuk memberinya jawapan yang pasti kepadanya dan fikiranku blur di antara sayang dan bimbang. Argh, biarlah Allah yang menentukan. Aku yakin segala ketentuan Allah adalah yang terbaik untukku dan dia.
Semasa aku bergayut dengan Farid, Amir ada hubungiku... hahaha mengamuk dia bila tahu aku bergayut telefon dengan orang lain di larut malam. Argh, aku peduli apa? Dia tiada kena-mengena denganku. Perasaanku padanya kosong, macam tin yang hendak dibuang. Ya Allah berikanlah aku, lelaki yang amat baik untukku.AMIN....
No comments:
Post a Comment