Saturday, April 3, 2010

Ulit mayang


Umbut mayang di umbut

Umbut dengan jala-jemala

Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu

Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning

Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning

Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga

---

Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sermbahkan

Pulih mayang ku pulih

Pulih balik sedia kala

Berikut adalah kajian penyelidikan saya iaitu adaptasi cerita dan tarian Ulik Mayang ke dalam bentuk animasi 2 dimensi

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan salah satu negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan terletak diantara garis bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Sebelum tahun 1947, terdapat Sembilan daerah di Terengganu, kemudian di kurangkan kepada enam daerah, namun pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru di bentuk dan ini menjadikan daerah di Terengganu menjadi tujuh sehinggalah sekarang. Penduduk di Terengganu 90 paratusnya terdiri daripada orang Melayu dan selebihnya terdiri daripada orang Cina dan India. Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu dan kegiatan perikanan merupakan kegiatan utama ekonomi di negeri ini. Selain itu juga, hasil petroleum menguatkan lagi ekonomi di negeri ini.

Latar Belakang Kajian
Tarian Ulik Mayang berasal dari Terengganu dan mempunyai unsur-unsur pemujaan dan ia ditarikan 10 hingga 15 orang penari. Pada masa dahulu, tarian Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim memuja pantai. Ianya sebagai persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan. Mengikut cacatan sejarah, Ulik Mayang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati orang yang terkena sampuk. Nazura Ngah (2007). Tujuh puteri tersebut berasal dari bukit puteri dan sentiasa menjadi tumpuan orang kampong untuk meminta bantuan, iaitu mengubati orang sakit melalui jampi,seru, dan mentera.

Selain itu, tarian Ulik Mayang juga digunakan dalam pengubatan tradisional. Ia menjadi identity masyarakat Terengganu kerana tarian ini menjadi amalan masyarakat melayu di Terengganu sejak beratus-ratus tahun dahulu. Sebelum tarian dimulakan, mayang pinang akan dipuja serta digoncang-goncang diatas bekas kemenyan. Mayang pinang tadi kemudiannya berpindah tangan dari seorang ke seorang sehinggalah penari yang memegang mayang tersebut tidak sedarkan diri. Menurut Mohd. Ghouse Nasaruddin.(1994), tarian dianggap sebagai suatu bentuk seni yang pertama diusahakan oleh manusia kerana ia tidak memerlukan sebarang peralatan, kecuali tubuh badan manusia. Manusia awal menggunakan tarian sebagai alat untuk berkomunikasi dengan roh nenek moyang yang dipercayai oleh mereka apa yang dirujuk hari ini sebagai fenomena semula jadi, seperti rebut petir, gempa bumi, letupan gunung berapi, kemarau, dan yang seumpamanya.

kajian dari thesis Aloysius Yapp,(2007),kebanyakan lagenda bermula daripada tradisi oral yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk teks. Proses dokumentasi ini merupakan satu bentuk pemeliharaan dan menjamin masa hadapannya.

No comments:

Post a Comment