Hatiku cukup terasa dengan apa yang orang tanggapan pada diriku. Sesungguhnya aku bukan dan sememang tidak seperti apa yang orang katakan padaku. Aku manusia yang cukup sifat dan aku memang bukan seperti yang orang katakan padaku. Mahu sebut perkataan itu pun, aku tidak mahu sebabnya aku bukan seperti itu. Aku terseksa disebabkan orang yang tidak boleh melihat aku senang. Ya Allah, kembalikanlah kesihatanku, aku tidak mahu orang anggap diri ini seperti yang mereka sangkakan. Kalaulah aku cerita pada mami tentang anggapan orang padaku pastinya mami akan berkecil hati dan aku boleh meluahkannya diblog ini. Aku harap orang yang anggap aku ‘O’ itu akan tarik balik kata-kata itu. Aku bukan itu, aku sakit... tolong faham! Aku harus kuat semangat dan aku harus sihat secepat mungkin agar orang itu tidak kata lagi padaku sebegitu. Aku tidak mahu dianggap begitu dan aku memang bukan sebegitu.
Setiap kali kalau aku mendengar tanggapan itu serta merta aku jadi lemah dan tidak berdaya untuk hidup. Tapi, hidup harus diteruskan, kalau aku menangis bagai nak rak pun, aku tahu yang aku tidak boleh sihat dengan sekelip mata. Kalau aku teringat tanggapan orang itu serta merta aku mahu membunuh orang yang menyeksaku dengan amalan syiriknya itu. Huh, dugaan ini amat kuat untukku dan bukan ini yang mahukan di alam dewasaku. Masa kanak-kanak dan remaja aku cukup mahukan alam dewasa kerana aku mahu bekerja besar dan mahu bahagia tapi tidak sangka ini yang diberikan padaku. Tiada apa yang mahu aku yakinkan pada diriku kalau di dalam keadaan ini. Mood untuk menulis pun hilang dan aku akan ambil masa 2,3 hari untuk pulihkan semangat yang dikotorkan oleh tanggapan orang yang cukup senang untuk menilaikan seseorang itu tanpa menjaga hati. Nasiblah mami tidak membacanya, kalau tidak, mami pasti berkecil hati. Bukan tidak boleh terima kenyataan tapi anaknya ini SAKIT bukannya itu!
Aku amat kecewa! Terlalu kecewa
No comments:
Post a Comment