Tadi, aku saja menjenguk ke FB anak buahku, gatal melawat FB orang yang sudah tidak menghiraukanku. Motif aku menjenguk FB itu, aku mahu tahu kehidupannya kini. Aku tengok gambar konvokesyennya di minggu yang lepas. Alhamdulillah, dia sudah berjaya, aku tumpang bangga dengan kejayaannya. Dia adalah orang yang aku sayang dari kecil lagi.Aku manjakannya dan aku terlalu sayangkannya. Dia anakbuahku yang paling aku rapat dan aku manjakannya, yang menyebabkan kami tidak bersatu hati lagi kerana hal yang tidak sepatutnya kami ambil kisah. Kalau kasihnya kuat untuk makciknya ini, tidak mungkinlah dia terus menyepi dari hidupku.
Aku tahu, aku ini hanyalah mak sepupunya tapi kasih sayangku amat kuat pada mereka. Aku cukup terkilan dengan keadaan ini, apa yang boleh aku lakukan agar aku tidak memikirkan mereka Aku cuba untuk mengabaikan mereka sepertimana mereka abaikanku tapi sukar. Aku hanya mampu doakan untuk mereka agar mereka terus berjaya di dalam perlajaran. Tahun ini 2 org dari mereka mengambil peperiksaan yang penting. Semoga mereka berjaya dengan jayanya.
Terlalu ralat aku rasakan bila ingatkan yang kami tidak serapat dulu. Tambahan pula kini salah seorang dari mereka berlajar di Uitm, Shah Alam. Sebelum masa mengubahkan kearkaban kami, aku dan dia planing pelmacam benda yang kami mahu lakukan di hujung minggu, itupun kalau dia tidak ada hal yang mahu dia lakukan. Aku tidak kisah kalau dia tidak dapat berjumpa denganku setiap minggu, aku pun tidak mengharapkan itu, aku juga tahu yang dia ada kehidupannya sendiri dan dia mahukan kebebasan dalam hidupnya. Dia seorang lelaki sudah tentulah dia ada rancangannya bersama kawan-kawannya dan aku tidak kisah tentang itu. Walaupun dia ada kehidupannya sendiri, aku tahu apa yang terjadi pada kehidupannya. Dia akan hubungiku walaupun kadang-kadang kalau tidak pun, dia akan menghantarkan SMS padaku dan setidak-tidaknya aku tahu kehidupannya, perlajarannya dan kesihatannya, dulu bolehlah dia lakukan itu semua.
Kini segalanya berubah, aku tidak lagi tahu apa-apa tentangnya, aku tidak tahu kesihatannya dan aku tidak tahu apakah masalahnya. Kini, aku tahu tentangnya hanyalah di wall, FBnya sahaja. Sedih! Sayu! Terkilan!
Aku cuba untuk tidak ambil tahu tentangnya tapi tidak boleh. Argh, biarlah, dari jauh aku doakan kehidupannya selamat dan kejayaan selalu jadi miliknya. Dan, kalau dia terbuka blog ini, aku mahu dia tahu yang aku sayangkannya.
No comments:
Post a Comment