Wednesday, April 14, 2010

Dah dapat!

Dari dulu aku cari sangat macam mana cara mahu menaip dengan lebih cepat. Bukannya pemalas tapi mahu mengejar masa. Aku sudah cuba mencari macam manalah hendak buat short font dan lepas tekan space tab sudah bertukar mejadi ejaan yang penuh, seperti ini ; yg-yang, s-saya, ad-adalah dan banyak lagi yang aku buat untuk mempercepatkan aku menaip dan aku buat short font itu dengan fahaman aku sendiri.

Puan Nisah Haron yang memberitahu dan Puan Nisah berkata, buat apa saja asalkan kita dapat faham dan tahu apa yang kita buat. Aku lakukan short font itu di Auto Correct Options. Cukup menyenangkan aku menaip dan begitu laju. Terima Kasih, Puan. Puan Nisah Harun memberi options yang sangat-sangat aku mencari selama ini. Emm, begitulah untungnya pergi ke bengkel. Memang terlalu banyak ilmu yang dapat.

Ini semua kerana AVA. AVA lah yang menjadi punca segala kebaikan di dalam dunia karyaku. Kalau tiada AVA mungkin aku tidak bertemu dan tidak mengenali Puan Nisah Haron dan rakan-rakan penulis. Dan yang amat pasti, kalau tiada AVA, aku dapat ilmu pengkarya ini dan aku tidak tahu menulis dengan secara yang lebih berkesan.

TERIMA KASIH AK!

TERIMA KASIH PUAN NISAH HARON!

DAN

TERIMA KASIH AVA!

No comments:

Post a Comment