Sunday, April 11, 2010
Baru balik dari bengkel asas perkaryaan cerpen-AVA
Hari ini sekali lagi aku menghadirkan diriku di bengkel penulisan tapi kali ini untuk cerpen. Puan Nisah Haron yang menjadi bimbangan kami. Sudah dua kali aku bertemu dengan Puan,AK, Kak Lily dan Putri Lili. Yang selainnya kami baru bertemu. Gabraku tidaklah seperti kali pertama tapi aku rasa kurang selesa dengan keadaan yang sakit ini. Tapi aku gagahi juga.
Seperti biasa, Mami cukup setia menemaniku, manalah boleh aku pergi keseorangan, lagipun aku belum bersedia untuk berjalan seorang diri. Kalau aku sudah betul-betul sihat seperti dulu barulah aku yakin untuk pergi seorang diri. Keadaan sepanjang di bengkel itu cukup memuaskan dan aku sudah pun boleh menyesuaikan diriku dengan kawan-kawan yang baru aku kenali. Aku sudah berani untuk bersoal dengan Puan Nisah, nampaknya aku sudah kembali yakin. Banyak yang aku dapat ilmu dan aku sudah pun faham untuk menghasilkan cerpen. Cerpen ini memang pendek tapi ia agak sukar untuk menghasilkannya kerana ia terlalu padat. Tidak seperti novel, novel panjang dan kita boleh reka cerita dengan lebih mendalam dan dengan tepat, bolehlah kita melalut panjang dan sesuka hati kita.
Ohh ya, keadaan di bengkel... huh, keadaan cukup menarik, seperti di kelas semasa di zaman sekolah dan kolej, riuh sakan dengan 2,3 perserta yang sudah pun menjadi penulis terkenal. Mereka memang nakal, ada saja yang hendak dilucukannya. Tidak berhenti aku ketawa.
Emm, bagi siapa yang tertanya tentangku, cukuplah aku terangkan yang aku kurang sihat disebabkan manusia yang tidak puas hati dengan hidupku dan keluargaku, dan aku tidak seperti yang mereka fikirkan. Jangan cepat melebelkan ataupun membuat anggapan sendiri sebelum kita tidak tahu kenapa dan mengapa. Sebab bagiku, tanggapan atau melebelkan itu suatu benda menyakitkan dan tidak adil. Aku sedang berusaha untuk kembali diri yang sebenarnya dan di kala ini, diriku bukan seperti yang Allah jadikan.
Ini ada gambar sekitar aku di bengkel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,
ReplyDeleteAnne, teruskan perjuangan kamu dalam kehidupan dan penulisan, kami di AVA sentiasa menyokong Anne! Caiyuk, caiyuk ...
Terima kasih selalu beri kata2 semangat pada anne. Tapi, sungguh sukar untuk menyakinkan diri.
ReplyDeleteAnne akan meningkatkan usaha anne dalam dunia penulisan dn kehidupan anne.
Sangat2 perlukan sokongan dn bimbingan dari SF
Terima kasih sekali lagi,SF.
Salam anne,
ReplyDeletebiar bagaimanapun keadaannya, yg penting dlm diri kita ada kecekalan dan semangat utk merebut peluang yg sedia ada. Insya-Allah rakan2 seperjuangan AVA begitu memahami. :)
~Putri Lily~
Terima kasih, Lily.
ReplyDeleteTapi, Anne mahukan diri Anne yang sebenarnya.Keadaan ini agak menyakitkan dan tidak selesa. Bagaimana pun, anne mahukan diri yang sebenarnya.
Insya ALLAH, Anne akan terus merebut segala peluang yang ada dan anne tahu rakan2 di AVA cukup baik, tolong menolong dan amat memahami.
Terima Kasih, Putri Lily.
Jumpa di bulan May nanti.
Salam Anne,
ReplyDeletePeribadi, saya kagum dengan semangat yang Anne tunjukkan. Lebih-lebih lagi ibu Anne yang setia menyokong minat puterinya.
Usah mengeluh dengan keadaan Anne. Barangkali, jika kita sedang sihat, ada banyak perkara yang kita tidak fikir dan renungkan. Sekalipun kita minta daripada Allah supaya kita dapat menulis, bukannya Allah terus memberikan idea, ilham dan kemudahan untuk menulis; biasanya Allah akan berikan PELUANG untuk kita BERUSAHA menulis. Samalah juga jika kita minta bahagia, Allah bukannya terus berikan kebahagian, sebaliknya Allah akan beri kita PELUANG untuk kita BERUSAHA mendapat kebahagiaan.
Terus menulis Anne. Selagi kita terus beralasan, kita tak boleh maju. Jangan layan sangat sindrom 'apa orang lain kata' kerana orang lain itu akan terus berkata-kata walau apa sekalipun yang kita lakukan.
Saya percaya Anne boleh melakukannya!
Salam Puan,
ReplyDeleteTerima kasih diatas kata-kata semangat dan bimbingan puan itu. Kata-kata itu cukup mendalam bagi Anne.
Mungkin dahulu, semasa baru-baru ditimpa musibah ini, Anne selalu mengeluh dengan keadaan ini. Dan, bila Anne renungkan balik musibah ini ada memberi kebaikan pada Anne dan juga, dengan musibah ini anne boleh menulis. Kalau tidak kerana musibah ini mungkin Anne bekerja dan tidak menulis. Anne sudah bangkit dari kegelapan hidup.
Mami cukup bersama setia Anne. Dia tidak pernah lepas pandang pada Anne walau seminit pun. Di mana Anne pergi mami cukup setia. Begitulah kasih ibu. Mamilah kekuatan di dalam menempuhi dugaan ini.
Insya Allah Anne akan melipat gandakan semangat dan usaha untuk mencari PELUANG itu. Dahulunya Anne cukup obses dengan sindrom'apa orang lain kata' sampaikan Anne tidak memcari arah Anne yg sebenarnya tapi kini, Anne tidak menghiraukan lagi sindrom itu. Yang anne mahu kini agar Anne kembali sihat dan berjaya dalam bidang yang sedang Anne ceburi ini.
Terima kasih Puan... Anne akan guna pakai yang telah puan berikan pada Anne dan Anne cukup menghargainya.
Anne akan lakukan sampai berjaya. Insya Allah.
Salam,
ReplyDeleteTeruskan usahamu wahai saudari, insyaAllah sentiasa di sisimu. =)
Salam kembali,
ReplyDeleteTerima kasih, Ibnu Jamaluddin.