Thursday, April 15, 2010

Entah! Biarkan Allah yang berikan padaku


Sedang leka merekakan cerita untuk dijadikan sebuah novel, telefon bimbitku berdering dengan lagu Stacy. Kalau bukan Amir... Farid dan kalau bukan Farid pastinya Amir. Aku melihat di skrin telefon nokiaku, sah... Farid. Dalam menyumpah seranah aku boleh tersenyum dan hatiku sedikit kembang. Anne! Jangan hendak lembut hati ya. Ingat kalau dengannya, aku akan berjauh dengan mamiku, huh... tidak sanggup.
Kenapa dia call lagi. Aku hendak berkarya, hiss, ganggu saja. Kalau tidak angkat, dikatakan sombong, kalau angkat nanti mulalah buat cerita sedih. Aku binggunglah, tidak tahu apa yang mahu aku lakukan. Lantas itu, aku menjawap panggilan itu sekadar mahu menjaga hatinya dan aku tidak sanggup untuk melukakan hati orang. Baik sungguh!
Bukan aku tidak mahukannya tapi kalau aku kembali padanya, banyak yang harus aku korbankan. Semalam dia ada berkata padaku, bunyinya seperti memperas ugutku, kalau aku masih berdegil, dia tidak teragak-agak untuk memanromku agar aku kembali bersamanya semula. Aku marah gila, sudah-sudahlah tu menyeksaku dengan benda ghaib itu, yang ada ini tidak terlawan dan masih tidak baik-baik lagi. Tolong jangan menambahkan. Dia tahu, aku takut dengan ugutannya itu, dia ketawa, dia hanya bergurau, katanya, tidak mungkinlah dia akan lakukan benda yang mensyirikkannya pada Allah. Alhamdulillah...dia masih ingat dosa Allah. Aku tahu, dia sayangkan aku tapi bukan begitu caranya.
Jodoh ini sukar untukku berikan tafsirannya. Aku malas untuk berfikir tentang jodoh buat masa ini. Yang teramat penting aku mahu sihat selamanya dan aku mahu berkarya sehingga tercapai impianku. Alu mahu membanggakan mami, papa dan keluargaku. Hanya itu yang aku mahu di kala ini. Jodoh itu akan hadir tanpa aku sedari dan aku sudah pun berusaha tapi biarlah Allah yang tentukannya, hemm... begitu dengan kesihatan ku. Aku mahu sihat selalu Ya, Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment