Ajal maut semuanya telah ditetapkan oleh yang Maha ESA sejak seseorang itu di dalam rahim Ibu lagi. Semalam, aku dikejutkan dengan kepergian seorang penyanyi muda yang amat aku minat pada lagu-lagunya. Achik Spin baru berumur 28 tahun sudah pun pergi mengadap Ilahi, sungguh muda bagiku. Dia meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak yang masih kecil, kesian... aku amat simpati tapi redhakanlah. Setiap yang bernyawa pastinya menemui ajal. Tapi, sekarang ini kebanyakkan meninggal dunia secara terkejut seperti Din Beramboi dan Achik. Bilakah waktu aku? Bilakah waktu mereka yang lain? Itu yang Allah yang menentukan. Semasa kita masih diberi peluang untuk hidup, memperbanyakanlah ibadah kepada Ilahi. Jangan hendak menunggu hari tua baru mahu menunaikan perjanjian kepada Allah. Sekarang ini ajal maut sudah tidak menggenali usia dan tidak semestinya yang sihat tidak akan bertemu ajal dengan waktu yang singkat. Hanya Allah sahaja yang tahu bilakah masanya ajal maut itu. Oleh itu, beribadahlah dengan ikhlas dan jalankanlah segala tanggungjawap kita pada yang Esa.
Fakta kematian Achik Spin;
Achik Spin meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya ptg semalam(17 April 2010) , sedekahkan al-fatihah kepada arwah-amin.
Achik Spin telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, PLUS pada jam 7 malam (17 April 2010).
Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar sign board lebuhraya.
Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.
Al- Fatihah
Ya sesungguhnya ajal mengundang tak mengira usia dan kesihatan. Al-Fatihah... Semoga dia di tempatkan di sisi org2 yg beriman. Amin.
ReplyDeleteNampaknya semakin banyak fakta2 yg didengar, semakin luas perbezaannya.
Lily dengar fakta lain pula:
Ada sumber mengatakan Achik terperangkap dalam keretanya yg terbakar setelah terbabas.
Ada sumber lain pula mengatakan Achik tercampak keluar semasa kereta terbabas sebelum terbakar.
Begitupun ucapan takziah buat keluarganya yg ditinggalkan.
Salam, maaf terlewat membalas komen dari lily. Memang banyak fakta sampai tidak mana yang betul, tp anne ada tgk video kemalangan itu di You Tube.
ReplyDeleteEntahlah tiak tahu mana yang betul. Cepat sungguhkan kepergiannya, Jangan Tidur Lagi di TV3, di malam rabu, 21 april lepas, beliau menjadi jemputan tapi tidak dapat siarkan. Allah lebih sayangkannya.