Tiap orang yang menggenali aku akan dan pasti bertanya, " Bila nak kahwin?' Huh, soalan itu cukup memeningkanku dan merawankan hatiku. Sesungguhnya jodoh itu bukan urusanku dan aku tidak tahu bagimana untuk menjawap soalan itu. Emm, siapalah yang tidak mahu berkahwin dan hidup dengan insan yang dicintai? Sesungguhnya aku amatinginkan itu tapi itu bukan hakku dan aku tidak tahu bila masanya akan tiba.
Bukannya aku tak nak kahwin, siapalah tak nak kahwin. Ingat zaman sekolah dan kolej dulu, aku lah seorang yang gatal sangat nak kahwin, yalah, aku sudah ada pakwe cuma tunggu masa yang sesuai aje nak kahwin... Siapalah tak kahwin dengan aku ni??? Kalau Farid tak nak... Mizan nak, kalau Syam tak nak... Amir nak, kalau mereka tu tak nak, Faizal nak... argh, tak payah nak risaulah emm tapi itu dulu, sekarang mana ada lagi, sampaikan aku tak tahu dengan siapalah aku nak kahwin. Kawan-kawin asyik bertanya??? Bila nak kahwin? Sampai bila nak solo? Kau ni kahwin-kahwin ajelah... huh, senang sungguh orang yang berkata-kata itu kan, akulah yang pening kepala. Ish, memanglah risau,memang hatiku memberontak tapi kahwin dan jodoh itu kan kerja Allah. Ramai lagilah gadis yang berumur 29tahun tidak kahwin lagi, bukan aku seorang yang berumur 29tahun tak kahwin lagi. Relax ar, jodoh pasti ada cuma lambat sikit. Yang pasti jodohku itu ada dan tentunyayang terbaik untukku. Buat masa ini, aku hanya bersabar dengan soalan-soalan itu, aku akan terus berdoa agar jodoh ini cepat sampai dan biarlah lelaki itu teramat baik utkku dan agamaku.
Nanti sampai jodohku,akan aku beritahu... aku pun sedang berusaha untuk mencari jodoh tapi aku ini seorang hawa, tak layak kalau aku yang memulakan langkah.Dan, bagi mereka-mereka yang selalu bertanya itu, tolong doakan agar jodoh aku datang dengan secepat mungkin ya...
No comments:
Post a Comment