Tuesday, April 27, 2010
3 Hari di Rantau Panjang... My Hometown
Mungkinselepas ini aku jarang balik ke Rantau Panjang. Ira akan bersalin dan mami akan jaga baby, mungkin kami tidaklah begitu kerap untuk balik ke Rantau Panjang. Aku mahu balik dengan bas tidak mungkin mami dan papa akan mengizinkanku.
3 hari di kampungku, macam biasalah, aku balik buat rawatan pada badanku yang sakit ini. Alhamdulillah ada sesikit berubahan. Biasalah sakit lama tidak mungkin hendak sihat dengan sekelip mata. Sudah 5 tahun aku tangung penyakit ini, tidak akan mahu hilang dengan sekelip mata. Aku yakin yang Allah akan berikan kesembuhan padaku, AMIN.
Di Kelantan hujan selebat-lebatnya macam banjir pula. Aku apa lagi tidurlah, lagi-lagi di kampung memang tiada siapa yang melarangku untuk melakukan aktiviti yang sukar untuk lakukan di rumah Subangku. 3 hari memang tidak puas, tidak cukup masa untuk aku mencari makanan kegemaranku. Argh, bubuh sagu... tidak puas makan, pengat pisang pun aku tidak makan... emmm macam tulah kalau balik sana dalam waktu yang singkat. Cukuplah, tiada idea hendak menulis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment