Wednesday, April 21, 2010

Aku nak!


Apa yang aku mahukan...

Emm,

1st, aku nak sihat sepanjang  hidupku. Bila aku sihat, aku tidaklah menyusahkan orang, lebih-lebih lagi menyusahkan mami dan papa.

2nd, aku nak menulis tanpa gangguan FB, YM dan HP tapi sukar. Kalau ada komen masuk di FB aku, aku akan layan, Ym... kalau member-member aku online tak kanlah aku tak nak layan dan HP,kalau aku tak jawap, pasti ada yang mengajuk.

3rd, aku nak makan magie goreng dan nak minum nescafe ais di Syed Bisro.

4th, kalau boleh aku tak nak sakitkan hati Farid tapi aku tak boleh terima dia lagi. Aku nak cuba untuk terima dia tapi sukar. Setiap kali aku tidak mengangkat panggilan dan tidak membalas massage dia, hatiku terasa terkilan. Bukan mudah untuk membenci orang yang pernah kita sayang.

5th, aku nak ili balik rumah. Rindu sangat kat adik bongsuku itu.

6th, aku nak lepak dengan Yatee. Sudah  lama kami tidak berjumpa.

7th, aku nak beli buku baru. Tapi, bulan ni sahaja aku sudah beli 3buku.

8th, nak main sims. Sudah lama sangat aku tak main game kesukaanku itu.

9th, Sudah lama tak menonton wayang. Ada siapa-siapa tak, nak belanja aku gi menonton wayang, ikutlah cerita apa, asalkan tengok movie di srkin yang besar itu.

10th, nak menulis,nak menulis,nak menulis dan nak menulis.

No comments:

Post a Comment