Sunday, January 3, 2010

Seharian di bengkel penulisan AVA

Di International Youth Centre, aku tempatkan diriku di sana. Untuk ke sana mengambil masa 30minit. Papa sudah pun tengok map yang AVA emailkan padaku. Jadi, tidaklah begitu sukar untuk papa menghantarku. Perjalanan ke sana cukup tenang tapi dalam masa yang sama hatiku ini cukup gementar. Pelbagai andaian yang terbentuk di kotak fikiranku tapi aku cuba tenangkan diri dan hatiku dengan membaca ayat-ayat suci.

Alhamdulillah, aku sudah pun menghadirkan diriku  di bengkel penulisan. Belum ke sana, aku cukup gementar mana tidak sudah berapa tahun aku tidak menghadirkan diriku di dunia luar. Semenjak aku sakit, aku rasa rendah diri tapi kali ini aku bertekad untuk bangunkan diriku dari kealpaan hidup. Dengan itu, aku terpaksa buta mataku yang celik dan tulikan telingaku yang boleh mendengar ini untuk berdepan dengan orang-orang yang aku tidak kenali. Aku ada cita-cita,ada angan-angan dan ada impian untuk aku merealisasi. Sepanjang aku di bengkel, aku cukup selesa dengan yangku rasakan diri ini diterima. Aku dapat kenal dengan Puan Nisah Haron! penulis yang cukup aku sanjungi dan kagumi  dengan karya-karyanya yang cukup kreatif dan Bahasa Melayu yang cukup mendalam. Khairul Hafiz Abdul Rahmat (AK) yang sebelum ini aku hanya kenal di blog AVA dan berchating di YM, hari ini kami dapat bersua muka dan bertukar suara. AK banyak berikan nasihat dan kata-kata semangat padaku. Aku cukup menghargai kata-kata semangat itu. Dan yang membuat gementarku surut aku dapat kenal penulis-penulis muda dengan kata yang lain, kawan-kawan baru yang aku kenali.

Mami temankan aku ke sana. Aku masih tiada keyakinan untuk bersorang diri. Dengan keadaanku yang aku masih belum boleh lagi membawa diriku yang sakit ini tanpa mami. Aku mengajak mami ke bengkel penulisan. Mami memang mahu menemanku. Kasih dan pengorbanan mami cukup mendalam untukku. Terima kasih mami!

Syukurlah, aku cukup senang dengan keadaan yang baru dalam duniaku itu. Ini ada gambar semasa aku di bengkel penulisan:

2 comments:

  1. Salam Anne,

    Setiap insan dalam dunia ni tiada yg sempurna. Allah itu Maha Adil. Tentu ada hikmah di sebaliknya. Sakit itu satu rahmat tanda kita disayangi.

    Insya-Allah kami sebagai kawan2 baru, tak pernah menolak utk menerima sesiapa pun. Semoga Anne tabah dan diberi kesembuhan akhirnya. Sama2lah kita berjuang utk capai impian okey. :)

    Salam Sayang
    ~Putri Lily~

    ReplyDelete
  2. Salam, Putri Lily.
    Macam mana perjalanan pulang ke singapore? Huh, cukup terharu dengan kata2 kwn baru dr AVA. Ya, betul! kesakitan ini satu rahmat yg tidak diduga. Insya ALLAH anne akan lebih semangat!
    Terima kasih kerna menerima diri yang lemah ini. Dan, terima kasih juga di atas doa Lily!

    Salam kasih
    Anne Kasih!

    ReplyDelete