Tup.. tup.. dah masuk tahun baru, banyak lagi misi aku yang masih belum selesai. Misi kesihatan, misi kebahagiaan dan misi kejayaan. Aku harap misi-misiku ini akan terlaksana pada tahun ini. Misi-misi ini dah kerap sangat aku bawaknya ke tahun-tahun seterusnya. Harap misi-misi kali ini tercapai dan tak payahlah aku bawak lagi ke tahun yang akan datang.
30. 12.2009 aku baru balik dari kampungku. Terlalu banyak yang terjadi pada tahun 2009. Ada yang suka dan ada yang duka. Yang paling banyak, aku rasa yang duka tapi aku terima segalanya dengan hati yang tabah dan tenang. Keadaan di kampungku amat menyedihkan, keadaan yang terjadi tidak pernah aku terfikir. Aku dapat terima segala keadaan yang berlaku dan aku yakin yang berlaku itu hanyalah mahu mengujiku sebagai manusia yang tabah dan kuat.
Memang betul kata orang, hidup ini umpama roda. Aku harapkan pada tahun ini, tahun 2010 aku akan lebih sihat, bahagia dan berjaya. 3 pekara itulah yang selalu aku mohon pada yang ESA.
Okaylah aku blah dulu. SELAMAT TAHUN BARU 2010!
salam..
ReplyDeletehai..akhirnya akak jumpa blog anne...:D..novel dah nak kuar ek? nanti jangan lupa inform ye so leh la akak gi beli...lagi satu, terbaca n3 yang anne nak tukar layout blog...for me, tak payah la anne tukar layout yang byk sgt grafik especially kalau blog tu blog enovel...kalau blog enovel penuh dengan layout yang byk grafik, jadi lambat bila nak baca..sabar aje la menanti..itu aje..sori ek..itu just pendapat..tak suka takpe...:D
Salam...
ReplyDeletejeng... jeng... selamat mmbaca blog yang sedikit kalut ini. Anyway, terima kasih kerana sudi membacanya. Hahaha.. kalau ada kerajinan anne akan tukar juga layout ini. Pendapat akak anne terima dengan fikiran yang terbuka.
Ttg novel itu, anne masih menmantapkan lagi hasil karya anne. Doakanlah agar anne cepat mnyiapkan novel2 anne
Sekali lagi, ribuan terima kasih!
Boleh anne tahu, siapa akak ni?(sori)