Friday, January 29, 2010

Aku berusia 29 tahun!!!


Alhamdulillah, pada yang ESA. Akhirnya aku sampai jua ke angka 29 ni. Umurku 29 di tarikh 29hb January 2010. Dulu, aku rasakan, 29thn ni dah cukup dewasa dan amat matang di dalam bumi ALLAH ini tapi aku rasa, aku tidaklah begitu matang di dalam semua hal, lebih-lebih lagi di dalam kehidupanku yang terlalu menyimpang jauh dari apa yangku inginkan. Kalau aku ingatkan pada usia 29thn, aku meneruskan kehidupanku di Langkawi bersama orang yang kucintai, Ahmad Farid B. Azmi. Tapi, tidak! Cinta itu sudah lama mati dalam hidpku. Ia berkubur tanpa batu nisan. Argh, biarlah. Tapi, dia ada call aku, ucapkan selamat hari jadi sayang! Sayang!? Arrrghhhhhhhh, lelaki itu masih biasa memanggilku dengan panggilan itu. Faizal pun ada ucapkan untukku, lelaki kedua menyintaiku. Aku menerima ucapan itu dengan hati berbelah bagi.  Tapi, aku cukup terharu. Dua lelaki itu pergi kerana aku yang mahu mereka pergi. 

Yang terkini, di masa ini, di kala ini dan ketika ini, aku harapkan hidupku akan bertukar warnanya, selalunya gelap aje dan semoga tahun ini dengan usiaku 29 thn, aku semakin sihat(itu yg amat aku inginkan) berjaya dalam kerjaya yang aku pilih dan memiliki kebahagiaan yang aku mahukan. Aku juga berhak untuk bahagia! Uhh, kebahagiaan itu satu keajaiban, hanya ALLAH saja yang boleh mengizinkan kebahagiaan itu mendampingiku.

Di tahun ini, 2010... semoga aku dapat merealitasikan impianku dan cita-citaku di tahun ini untuk menjadi penulis novel. Aku tahu yang aku masih baru dan hasil karyaku tidak mantap lagi tapi aku mahu mengeluarkan hasil karyaku. Dan, aku mahu juga berkahwin... mahu menyempurnakan sifat WANITA... mahu bergelar sebagai isteri kepada SUAMI yang soleh,penyayang dan berharta!

Yang amat aku mahukan kehidupan ini seperti mana yang aku mohonkan pada yang ESA. Walau macam mana pun, rentak kehidupanku, aku amat bahagia dengan kehidupanku. Aku bangga dengan diriku, kerana AKU ADALAH AKU!

Pada semua kawan-kawanku dan para penulis terima kasih kerna sudi mengucapkan 'SELAMAT HARI JADI' untukku!

SITI NURBAIZURAH BINTI MUSTAFFA @RAZALI yang berpena namakan ANNE KASIH sudah berusia 29 TAHUN!

Thursday, January 28, 2010

Sepanjang aku berusia 28 tahun


Banyak sungguh yang terjadi sepanjang aku berusia 28 tahun. 28tahun, aku mengalami banyak sangat dugaan dan kesukaran yang berlaku, yang suka pun ada jugak tapi taklah banyak...

Januari
Siapakah kan, aku putus bercinta dengan Ahmad Farid Azmi setelah 15thn bercinta,berkasih, berkawan dan banyak lagiah yang ber-ber tu. Aku yang putuskan talian tu, aku rasakan hubungan tu tak boleh bertahan lagi, aku dah lihat retakkan itu. Sedih tu memang sedih tapi apa boleh buat. Hubungan kami memang tidak boleh bertahan. Life must go on with out him, i belive! Oohh, yang buat aku marah sangat padanya, sebab dia tak datang di hari perkahwinan Ira. Dia rapat dengan Ira, sepatutnya dia datang tapi tak, itu yang aku angin sangat tu.
Appy ada balik KL, dia datang rumahku dan aku masak untuknya.

Febuary
Aku di kampungku, Rantau Panjang, Kelantan... Tak ada buat apa-apa, hanya berehat. Sebulan aku di sana... Biasalah, duduk kampung mestilah best tapi miss mamiku. Farid ada call dan pujukku untuk berkawan semula tapi aku menolak dengan baik.

Mac
Azie kahwin, 15 Mac 2009. Sekali lagi, kawan rapatku kahwin... aku doakan dia happy dengan perkahwinannya tu. AZIE & EN. WAN... aku selalu doakan kalian bahagia selalu. Lepas Azie kahwin, kami jarang bertemu. Cukup jarang, argh, aku tak kisahlah. Lagipun, aku dengan Azie bukanlah rapat sangat.

April
Aku kenal Sham. Aku hanya berkawan dengannya, itu pun sebab dia yang nak berkawan denganku. Hubungan persahabatan aku dan Yatee tiba-tiba kembali erat. Hari ahad di bulan April dengan tiba-tiba Yatee muncul di depan rumah aku dan dari hari itu, kami kembali rapat.

May
Masih berkawan dengan Sham tapi aku dah rasa yang kami banyak berbezaan. Secara perlahan-lahan aku jauhkan diriku darinya. Memang kami tak boleh berkawan dan bukan yang aku mahu untuk lari darinya tapi kami tak serasi. Perasanku padanya hanyalah kawan. Malah, aku menyampah dengannya, maafkan aku! Nora dan Aha berkahwin bi bulan May. Hilang lagi seorang teman yang rapat denganku. Aku selalu doakan Nora dan Aha happy selalu. Ayang ada datang KL dan aku lepak semalaman di rumah nora, berjumpa dan berbual dengan Ayang.
Jun
Awal bulan Jun, secara tiba-tiba aku kenal Zal, sebenarnya dah lama kami berkawan melalui email, bulan jun kami bertambah rapat. Setiap malam kami bermsg dan kadang-kadang berbual ddi talian. Aku suka berkawannya, dia kawan yg faham dan amat ambil berat tentangku. Aku senang berkawan dengannya. Di bulan jun juga,sekian lama, aku tak ke Time squre dan Petaling street, aku pergi bersama Ili, Izati, Izat ,mama dan my abah

July
Aku semakin rapat dengan Zal. Mak sakit, aku balik kelantan tgk keadaan mak.
Ili masuk KTPM, so aku xdelah kawan tgh hari...

Ogos
befday Farid! tp aku bg msg aje, wish padanya...Hubungan aku dan Zal dah ada masalah. Dia tersilap langkah tapi aku maafkannya sebab aku dah mula sayangkannya sangat2. Kami okey balik. Aku bagi peluang bagi kami untuk betulkan semula hubungan kami.

September
Raya!!! Kak Amiza kahwin, alhamdulillah jodoh ada dengan dua pupuku. Aku nak tgk sgt kak Amiza kahwin, Aiman, sepupuku, kahwin buat kali ke dua.
Hubungan aku dan Zal tak boleh dibetulkan lg. Kami tak berkawan rapat. Kami xberjumpa, xcall dan xmsg. Aku terima walaupun hatiku betul2 dah sayang kat dia gila2. Argh, biarlah mungkin tak ada jodoh... We just friend..

Oktober
Yatee dan aku kerap berjumpa... 1st time aku tido di umah dia, 1st tido dgn dia yg sudah bergelar isteri org, 1st tido dgn dia, tgh2 tu ada Sara Qistina, anak Yatee. Farid call beria-ia, call memujukku tapi hatiku keras, aku tak boleh dan tak akan kembali pada Farid. Zal senyap, sunyi tp ada juga dia bagi msg, just a friend.

November
Aku di kelantan... Ila kahwin... sedih anak buah yg paling rapat dgnku dah nak kahwin... Aku temannya sebelum dia bergelar isteri orang. Yang bestnya, tempat kahwin ditukar tempat sebab banjir. Biasa lah Rantau Panjang, Kelantan tak lari dari banjir. Dan, aku bermandi banjir setelah bertahun lama tak mandi banjir.

December
Bulan yang paling sedih, Angah masuk hospital, Angah sakit, Angah diuji... uhh, tak pernah aku tengok Angan sakit seteruk ni. Kesian sungguh!

Tahun lepas semasa aku berusia 28tahun, boleh dikatakan semua orang yang rapat denganku sudah berkahwin dan memiliki kebahagiaan masing2. Adakah tahun ini, di usia 29 tahun aku akan temui kebahagiaan seperti mana orang yang sudah memiliki kebahagiaan itu. Aku harap, aku dapat kejayaan yang seiringi dengan kebahagiaan. AMIN!

Wednesday, January 27, 2010

Tiada apa yang best.


Hari ini, biasa saja. Aku lambat bangun lagi, huh! Lately, kepala ku sakit gila, mata pun layu aje tapi aku cuba tahankan. Tak pula aku mengadu pada mami, aku tak nak mami risau. Kadang-kadang aku rasakan yang aku sudah lali dengan kesakitan ini. Aku masih mengedit manskrip tanpa jemu. Bosan pun ada hari ni tapi aku cuba ceriakan hidupku.

Tadi, papa ada beli ink printer, mungkin hujung minggu ni aku akan print out dan minggu depan aku akan hantar manuskripku ke Buku Prima. Aku bersyukur sangat, Buku Prima mahukan manuskripku, memang aku minat sangat novel-novel dari Buku Prima.

Tadi, semasa aku sibuk menaip manuskripku, entah macam mana, aku tertekan number HP AK, sorry ya AK, anne tak sengaja. Oh ya, hari ni Appy, kawan rapatku balik ke Australia. Kalau diikutkan, aku mahu menghantarnya ke KLIA tapi aku tak ada kudrat. Aku tahu Appy faham dengan situasiku. Alah, aku yakin yang Appy terlalu faham dengan keadaanku. Sedih juga aku rasakan tapi kami akan bertemu lagi
Okeylah,aku mahu ke manuskripku semula. Ini saja untuk hari ini.



Monday, January 25, 2010

Dengki! Sifat yang merosakkan hati.


dengki itu ingin memiliki sesuatu yang dimiliki orang lain atau berharap sesuatu yang dimiliki orang lain tersebut hilang dari dirinya, contohnya kawan punya teman baru, teringin merosakkan hubungan itu, yang lagi best mahu mereka putus.

senang melihat orang susah, susah melihat orang senang itulah dengki...
contoh:
dia susah melihat tetangganya beli kereta baru, dia sibuk dan sakit hati...
dia senang apabila melihat tetangganya mendapat musibah...

deng·ki : a menaruh perasaan marah (benci, tidak suka) krn iri yg amat sangat kpd keberuntungan orang lain: perkataan itu timbul krn saja; mengapa engkau , terhadap sahabatmu itu;
-- hati merasa dengki;
ber·deng·ki v mendengki;
men·deng·ki ark v berdengki kpd; membenci (krn iri hati): dp ~ teman sekerja, lebih baik berusaha menyamainya;
pen·deng·ki n orang yg (sifatnya) suka mendengki;
ke·deng·ki·an n sifat-sifat dengki.

Dengki!!!
busuk hati
hati hodoh
hati jahat
hati mati
hati gila
hati anjing

*Baik mati kalau hidup dengan hati busuk!

Dengki tak ada faedah langsung, dengan perasaan dengki akan membuat kita rugi hidup di bumi ALLAH. Tidak untungnya kita berdengki. Bukan boleh duit pun, boleh dosa adalah. Janganlah ada perasaan dengki itu, kalau ada cepat-cepat elak kan.
Rasululloh SAW bersabda, “Janganlah kalian saling mendengki, saling menfitnah (untuk suatu persaingan yang tidak sehat), saling membenci, saling memusuhi dan jangan pula saling menelikung transaksi orang lain. Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara muslimnya yang lain, ia tidak menzhaliminya, tidak mempermalukannya, tidak mendustakannya dan tidak pula melecehkannya. Takwa tempatnya adalah di sini -seraya Nabi SAW menunjuk ke dadanya tiga kali. Telah pantas seseorang disebut melakukan kejahatan, karena ia melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas sesama muslim yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya. ” (HR. Muslim dari Abu Hurairah ra)

ALLAH SWT berfirman:
“Katakanlah, Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai sebuah dari kejahatan makhluk Nya,” kemudian Dia berfirman, “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”. (AI Falaq(113): 1, 2 dan 5).

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahwa Rasululloh SAW bersabda:
“Ada tiga hal yang menjadi akar semua dosa. Jagalah dirimu dan waspadalah terhadap ketiganya. Waspadalah terhadap kesombongan, sebab kesombongan telah menjadikan iblis Inenolak bersujud kepada Adam. Waspadalah terhadap kerakusan, sebab kerakusan telah menyebabkan Adam memakan buah dari pohon terlarang. Dan jagalah dirimu dari dengki, sebab dengki telah menyebabkan salah seorang anak Adam membunuh saudaranya.” (HR Ibnu Asakir).

So, saudara-saudaraku (yang seiman, maksudnya), marilah kita jauhi penyakit hati dengki ini.
Selalulah membaca ini;
  • Surah "al-Fatihah",
  • "Ayat al-Kursi",
  • "TIfa Qul", iaiatu surah "Qul Kuwal-Laahu Ahad" , Surah "Qul a 'uuzubirabbil Falaq" dan Surah "Qul a 'uuzubirabbin Naas."

Sakit dan pening kepala!

Huh, kalau ingatkan kepalaku yang sakit ni, rasa nak tiduk aje. Tapi, aku malas nak ikut kepalaku yang sakit ini.Aku menghadap pc tak habis2, dari manuskrip ke facebook, dari facebook ke manuskrip, berselang seli dengan ym  brsama Yatee dan Kak Nur. Ada apa yang menarik, aku masih belum siap menstallekan manuskripku. Tanpa jemu aku mengedit itu pun aku rasakan masih ada yang berkurangan dan tak menarik. Hatiku belum puas untuk manuskripku ini. 

Sunday, January 24, 2010

Appy datang!


Hari ahad, biasalah... aku bangun lewat, lagipun semalam aku habiskan mengedit manuskrip. Pukul 12.30 pm, barulah aku bangun. Aku turun terus tengok tv,  rancangan melodi sambil makan meehoon. Habis melodi, aku mula lipat kain sambil menonton Nona, dah 3 minggu aku miss rancangan kegemaranku itu. Nona dah habis, baju pun sudah semua aku bereskan.  Aku naik nak  atas bersolat zohor, hati aku tergerak untuk check handset, manalah tahu kalau ada yg miss call ataupun msg. Yalah, ada msg dari Appy, kawan rapatku. Appy dah 2 tahun duk Australia, dia berkahwin dengan orang sana tapi berketurunan melayu islam. Walaupun dah duk kat Australia tapi kalau dia balik ke Malaysia, dia akan datang rumah aku dan berjumpa denganku, itulah dia yang tak akan lupakan padaku. Dulu masa dia baru nak berkahwin, aku sedih sangat, yalah dia akan ke Australia dan menetap di sana dan aku akan kehilangan kawan rapatku. Masa tu, aku terfikir yang persahabatan kami akan hilang ditelan dek kejauhan ternyata tidak. Walaupun, dia di Australia, kami tak pernah terputus khapar,hubungan persahabatan kami tetap utuh dipersada persahabatan kami. Aku sayangkan persahabatan kami! 

Saturday, January 23, 2010

Jom ramai-ramai!






Sila klik imej untuk besarkan saiz

Karnival karangkraf akan berlangsung pada 29 Januari 2010 sehingga 1 Februari 2010. Selain karangkraf, alaf 21 dan buku prima akan turut serta dalam karnival ini. Karnival akan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam di Perkarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, 40200 Shah Alam, Selangor.

Acara menarik:
1. Sesi ramah mesra bersama editor majalah, artis pujaan dan penulis novel.
2. Cabutan bertuah.
3. Aktiviti bersama akhbar Sinar Harian
4. Hadiah menarik untuk lengganan majalah
Dan banyak lagi...

Untuk buku-buku alaf 21, diskaun sehingga 30%. Antara penulis yang bakal turun padang adalah:

Sabtu, 30 Jan 2010:
1. Bikash Nur Idris
2. Aleeya Aneesa
3. Ayu Emelda
4. Aisya Sofea
5. Ramlee Awang Murshid
6. Elin Nadia
7. Liza Zahira
8. Norzailina Nordin

Ahad, 31 Jan 2010:
1. Ayu Emelda
2. Liza Zahira
3. Elin Nadia

Buku Prima juga menjanjikan potongan harga yang hebat.

Kredit : Farathira Aimiza

Bertukar lagi...

Emm, bukan segaja nak tukar-tukar gambar sebelah tu, aku memang nak gambar-gambar tu ada di layout aku ni. Yalah, sambil aku menambah post dan menengok blog aku ni, bolehlah aku tengok gambar orang-orang yang aku sayang. Tapi, malangnya kakak aku tak bagi. Yalah, aku ni kan sakit so dia takut kalau2 orang busuk hati aku ni tengok blog aku. Tapi aku rasa taklah, orang tu tak tahu aku ada blog dan FB dia pun aku dah detele.
Untuk menggantikan gambar orang-orang tersayangku, aku meletak gambar novel-novel kesayanganku. Novel-novel tu tak pernah aku jemu membacanya. Dah berulang-ulang kali aku membaca novel-novel itu. Okey jugak kan aku letak gambar-gambar tu.
Erm,kalau diikutkan plan Ira, dia nak keluar dengan aku dan Yatee tapi Yatee pulak buat spoi, dia adan kerja so tak keluarlah aku. Hari sabtu, macam hari lain, berkarya,berkarya dan berkarya tapi tak tahu bila novelku nak siap. Tak pellah, nanti siaplah novelku tu. Tolong doakan ek...
Okeylah, aku blah dulu. Wassalam.

Friday, January 22, 2010

Bengkel Penulisan Sci-Fi & Fantasi - 13 Jun 2010 (Ahad)



Sila baca peraturan membayar yuran bengkel - sila klik sini


Kepada yang berminat, sila emel nama penuh, no untuk dihubungi (apabila perlu) ke ejenmanuskrip@yahoo.com

Pembimbing : Fadli Al-Akiti (sci-fi) dan Ahmad Patria Abdullah (fantasi)
Tarikh : 13 Jun 2010 (Ahad)
Tempat : IYC, Cheras. Sila klik peta ke IYC di sini.
Masa : 9pagi - 4 petang
Yuran : RM 150.00 - klik sini
Ahli berdaftar dan sudah membayar yuran - diskaun 20%
Early Bird Fees (3 hari dari tarikh iklan - sila baca peraturan membayar yuran bengkel di atas)
Perserta : 15 - 20 Orang Sahaja
Minum Pagi & Makan Tengahari disediakan

Sijil disediakan
Ada kemudahan surau
sila ke : http://ejenmanuskrip.blogspot.com/

KHAR
013-6963826
ASTAKA VILLA AKSARA (AVA)
http://ejenmanuskrip.blogspot.com/

Thursday, January 21, 2010

MATA... MULUT... HATI...

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kasih sayang,
Tapi, sekarang ni xmacam tu. orang skrg ni nak pandang yg xelok aje, baru best, baru syok. Mulut nak berbudi??? mungkin sukar untuk nak mencari mulut yang mahu berbudi, mulut yang nak menyakitkan hai orang tu banyaklah, tak sah kalau sehari tak menyakitkan hati orang. Hati yang nak berkasih sayang,argh, hati kita yang disakit dek mulut yang tak tahu untuk berbudi tu.

Kerana mata, kita akan tersayang pada yang kita pandang itu cantik, kerana mata kita boleh terbenci pabila melihat benda yang buruk, padahal benda yang buruk itu lebih mulia dari benda yang cantik itu. Walaupun mata yang terang boleh tertipu dengan pandangan yang bodoh,padangan yang kabur, pandangan yang gelap. Tapi kerana mata jugalah aku boleh berkarya. Oleh itu, aku sangat2 menghargai mataku ini. Dan, aku mahu melihat keindahan.



Dek kerana mulut boleh merosakkan kehidupan ini, dek kerana mulut boleh membuat hati terluka, dek kerana mulut hidup ini boleh beruubah dalam sekelip mata. Dek kerana mulut aku hilang orang yang aku cintai, dek kerana mulut jugalah aku boleh mengukirkan senyuman untuk duniaku ini, senyuman yang bersemangat untuk mami,papa,ma dan semualah yg aku kasihi.



Sebab hati... hati itu kita yang takluknya, kalau mahu hidup ini bahagia,hati itu kenalah bersih. Sebab hatilah, aku sakit, iri hati, hati busuk, hati mati! Sebab hatilah aku pernah bahagia dulu, jatuh hati! Ahmad Farid Azmi dan Rizal pernah buat hatiku berbunga cinta tapi sebab hati juga lah cinta mereka aku tinggalkan. Tiba2saja hati tidak berfungsi untuk mereka berdua. Dan, kerana hati jugalah aku terus ada idea untuk berkarya!!!
Yang penting sekali, aku amat bersyukur kerana aku ada MATA,MULUT dan HATI. Anugerah itu terlalu bernilai bagiku.

Wednesday, January 20, 2010

Tengok Awan Dania

Hari ini, aku rasa sihat sikit,thanks kawan2 sudi mndoakanku dan kata2 di luahan pendapat itu. Aku beredit manuskrip untuk bukuprima masih belum selesai. Keadaanku pun tidak begitu menyenangku. Sambil mengedit manuskrip itu aku menonton awan Dania di Videokl. Mana boleh aku miss, aku tak pernah miss tengok Awan Dania. Aku suka sangat cerita tu, lagi2 dengan Scha tu. Gelagat Scha memang sempoi.
Okaylah.... aku chow dulu, ohh, dalam masa yang sama aku ada mengarang cerpen. (tak tahu apa nak tulis lg ni)

Tuesday, January 19, 2010

Aku demam!

Balik kelantan tiada yang berubah, angah masih sakit dan masih di hospital, aku sedih gila tgk keadaan angah. Sebelum ni, angah tak pernah sakit, seumur hidup angah memang angah tak pernah sakit. Dan, sekarang ni Angah sakit macam2 yg jadi. Selalunya angahlah yang jaga aku dan mami. Aku dan mami kan selalu sakit. Rumah ma jadi suram semenjak angah, sepupu2ku pun tak datang ke rumah ma, adalah yang salahnya itu tapi mereka tak mengaku kesalahan. So, balik ke kelantan tak lah semeriah dulu tapi aku balik ke kelantan pun nak tengok keadaan ma dan angah, itu saja.
Balik ke sana, aku tak sempat pun duduk lama kat rumah, pagi2 lagi aku pergi rumah Tok Ayah lepas tu pergi hospital tengok angah sampailah ke malam. Malam aku pergi rumah Tok Ayah.
Petang ahad tu aku dah rasa sakit2 kepala, flu dan batuk. Malam tu semakin teruk, pagi nak balik ke perak sesangatlah teruk. Sampai aje di rumah Abg Is kat Manjung, Perak, sakit kepala,flu dan batukku semakin teruk. Huh, ini yang membuat mataku berat semacam aje.
Pagi tadi, aku langsung tak boleh bangun, pukul 3 petang baru aku bangun makan nasi dan makan ubat. Pukul 4 barulah aku online.
Oklah ini saja cerita baru aku!

Thursday, January 14, 2010

Masih mengedit manuskrip Cintaku Hanyalah Satu

Pagi Khamis, 7 Jan 2010, syarikat publishtion ada call aku, dia mintak aku hantarkan manuskrip pernuh Cinta Hanya Satu. Huh, tak sangka juga aku, dah lama sangat aku tunggu pihak dari publishtion call aku dan kini mereka dah pun call aku. Suka sangat! Ini yang aku nanti2kan. Aku kan mengedit manuskripku sebaik yang mungkin.
Jadi penulis novel + novelis adalah impianku dan mudah-mudahan aku akan berjaya dengan impianku itu.

Monday, January 11, 2010

10 January 2010 di IYC

Hari ini, sekali lagi aku menghadirkan diriku ke IYC untuk bengkel penulisan skrip drama. Tidak sedebar minggu lepas semasa bengkel penulisan novel. Mungkin debaran tu hilang disebabkan aku sudah kenal ahli-ahli AVA yang amat baik tu, tambah-tambah lagi AK yang amat baik tu. Aku terbangun lambat tapi nasib baiklah papa dan mamiku tak membebel.
Sampai saja di IYC, aku serempak dengan AK, AK bersalam dengan papaku dan aku juga serempak dengan Kaseh Esmiralda an Nemo. Mami juga menemanku ke bilik Mawar. Tapi, sebelum tu aku tak tahu di mana bengkel itu adakan jadi aku menalifon AK dan bertanya padanya. Setelah aku tahuu di mana bengkel itu diadakan aku menujuk ke bilik Mawar. Mami tingalkan aku, mami dan papa pergi ambil Ili di KTPM dan ke rumah cousinku, Abang Ngah dan Abang Yoyo.
Bengkel itu dimulakan dengan Sofia Rhyland, aku kurang selesa di ketika itu.Mungkin sebab dadaku terasa sakit dengan tiba-tiba, kesakitan itu aku abaikan dengan membaca ayat-ayat suci. Tudung aku pun buat hal, tiba-tiba saja tak elok, aku betulkan untuk mendapatkan keselesaanku.
Sofia Rhyland, Sofia Aliza... aku sering melihat nama itu di Awan Dania dan Radio Gaga. Sukar untuk aku memahaminya penulisan skrip itu tapi aku cuba faham diatas minatku. Ternyata menulis skrip amat berlainan dengan penulisan novel. Penulisan skrip kena siapkan proposal, content dan sinopsis. Ia bukan sesimple novel yang sudah biasa aku buat.
Pukul 11 am, kami berhenti minum. Aku terus ke tandas.Semasa aku naik tangga, aku serempak dengan En Farid,dia mengajak untuk ke kafe, pada mulanya aku menolak dengan disebabkan keadaanku yang tak begitu selesa. Tapi, En.Farid kata, makanan itu aku bayar dan rugi kalau aku tidak makan. Jadi, aku pun ke kafe. Aku mencari tempatku dan mujurlah Nemo memanggilku. Aku minum sambil berbual. Dengan keadaan yang tidakku sangkakan, Ariyatna Adri memberitahu pada kawan yang baru tentang keadaanku sebenarnya. Aku amat hargi apa yang Ariyatna Adri lakukan itu. Semasa itu juga, mereka tidak percaya yang aku sudah berusia 29 thn pada tahun ini. Mungkin aku berbadan kecil kut.
Bengkel itu disambung lagi dengan Sofia Rhyland dan Shahrul Ezat. Mereka berdua itu amat baik dan mengajar kami dengan bersungguh. Segala ilmu merekaberkongsi dengan kami. Sungguh pening untuk aku memahami apa yang mereka ajarkan itu.
Pukul 1pm, kami berhenti makan. Masa aku ambil lauk, ili datang menolongku. Semasa makan , aku makan dengan sudu dan garfu. Sememangnya aku cukup tidak selesa untuk makan stail 'orang putih' itu tapi apakan daya aku terpaksa! Sesudah makan, aku minta diri untuk ke surau bersama mami,ili dan kawan Ili.
Tepat pukul 2 pm aku kembali ke bilik mawar. Shahrul Ezad kembali dengan hujahnya untuk memahamkan kami lagi. Uhh, amat susah aku rasa untuk menghasilkan skrip. Aku tetap cuba memahami apa yang di terangkan. Bolehlah aku faham tapi tak lah sepenuhnya. Shahrul Ezat cuba mengarangkan telemovie terbarunya dengan kami untuk mengetahu ke mana tahap kefahaman kami. Senoronk! Macam-macam cadangan dipertengahkan.
4.35 pm bengkel telah tamat dengan jayanya. Sijil diberikan pada setiap peserta dan kami sempat bergambar. Emio Norsuhaimi Sulaiman juga sempat mengcandid gambar kami semua untuk kenangan sesama kami ahli AVA.
Pada AVA, aku amat terhutang budi, kerana AVA,aku rasakan hidup semula dari hidupku yang suram. AVA dan AK cukup banyak mengajarku untuk menulis novel dengan lebih baik. Untuk AVA, selama maju jaya. Aku tetap bersama AVA!
Ini ada gambar kami di Bengkel Penulisan Skrip AVA.
















Thursday, January 7, 2010

Bengang!!! Laptop ada problem

Janganlah rosak! semalam aku nak buat kerjaku. Tiba2 ira kata, "Kak anne, laptop xboleh bukalah." Argh, xboleh buka! Kenapa macam  tu pulak, tengah hari semalam aku buat kerjaku xde pape pun. Hiss, susahkan fikiran aku aje lah. Janganlah rosak, banyak manuskripku dalam lap top tu. Aku pulak memang xbuat back up. Entahlah, aku ni dari kolej lagi tak ambil kisah hal back up, bukannya aku tak tahu tapi aku ambil remeh aje hal back up ni. Mintak2 lah laptop tu xde pape. 

Memang laptop tu xboleh rosak. Banyak sangat manuskrip aku dalam laptop 2. Kalau... rosakkkk..............  hisss........ xkanlah cuma ada problem aje! Aku tak nak fikir yang buruk hal laptop tu. Kalau aku fikir laptop tu rosak haru biru hidup aku. Harap2 xde pape! 

Wednesday, January 6, 2010

Sibuk sungguh hari ini.

Hari ini aku betulkan manuskrip Hanya cinta yang satu dan Sinar cinta kembali. Tapi aku rasa, aku nak tukar tajuk manuskirpku itu. Kalau boleh, aku tak nak guna perkataan cinta. Cerpen masih ada perluku siapkan. Aku mahu merealitikan impianku sebagai penulis. 

Sibuk dengan alam fantasiku sampaikan aku tak berym dengan Yatee, kawan baikku. Ym ku sengaja aku letak kan statusku 'bz'. Tapi, di ym Yatee, aku ada tinggalkan pesan yang aku benar2 ada kerja yang perluku bereskan. Aku tinggalkan pesan itu agak dia tidak bertanya soal. Aku yakin yang dia pasti memahami kesibukanku.

Sedang seronok melayan alam fantasiku, ada komen di FB membunuh moodku untuk menulis, aku tak tahu apa masalah kawanku yang sorang tu. Komennya pasti menyakitkan hatiku. Tak habis2 mengatakan yang aku ni dah tak laku, yalah aku kan tak kahwin lagi. Huh, kenapalah aku mesti ada kawan yang macam tu. Aku cuba lepaskan mood yang rosak ini di ruang blogku ini. 

Kerana mood yang rosak ini, aku menambah gambar di layoutku. Gambar-gambar itu adalah gambar insan2 yang terpenting dalam hidupku. Mungkin tanpa insan2 itu, hidupku tidak selengkap ini dan semangatku juga datang dari insan2 itu. Aku cukup menyayangi insan2 itu dan kerana insan2 itulah aku melepaskan lelaki yang kucintai. Aku sanggup kehilangan lelaki yang menyintaku dari kehilangan insan2 yang terpenting itu. 

Aku mahu menulis, aku rasa moodku dah okey. Idea pun nak datang ni. Bak kata, Puan Nisah ' Jangan mencipta alasan untuk menulis!'

Tuesday, January 5, 2010

Ternyata masih banyak yg perlu aku belajar

Bila tengok balik kesemuanya manuskripku, memanglah banyak yang salah. Yang kelakarnya, aku pun tak faham apa yang aku tulis. Hiss, malu sungguh! Yalah, dulu di kolej ambil couse admin manalah aku tahu selok belok dalam penulisan. Aku belajar sastera pun di peringkat SPM saja. Di kolej ada masanya aku buat cerpen, itupun kalau tak ada assigment dan kalau Yatee tak ada plan nak melepak mana2. 

Apa yang aku dapat di bengkel penulisan AVA memang cukup berkesan. Kini aku tahu apa yang patut ada di bab2 dalam novelku. Dan, apa yang Puan Nisah berikan  cukup berkesan padaku. Semangat sungguh aku untuk siapkan manuskripku. Terima Kasih AVA dan Puan Nisah!

Okaylah, ini saja yang aku dapat coretkan di blogku ini pada hari ini.

Sunday, January 3, 2010

Seharian di bengkel penulisan AVA

Di International Youth Centre, aku tempatkan diriku di sana. Untuk ke sana mengambil masa 30minit. Papa sudah pun tengok map yang AVA emailkan padaku. Jadi, tidaklah begitu sukar untuk papa menghantarku. Perjalanan ke sana cukup tenang tapi dalam masa yang sama hatiku ini cukup gementar. Pelbagai andaian yang terbentuk di kotak fikiranku tapi aku cuba tenangkan diri dan hatiku dengan membaca ayat-ayat suci.

Alhamdulillah, aku sudah pun menghadirkan diriku  di bengkel penulisan. Belum ke sana, aku cukup gementar mana tidak sudah berapa tahun aku tidak menghadirkan diriku di dunia luar. Semenjak aku sakit, aku rasa rendah diri tapi kali ini aku bertekad untuk bangunkan diriku dari kealpaan hidup. Dengan itu, aku terpaksa buta mataku yang celik dan tulikan telingaku yang boleh mendengar ini untuk berdepan dengan orang-orang yang aku tidak kenali. Aku ada cita-cita,ada angan-angan dan ada impian untuk aku merealisasi. Sepanjang aku di bengkel, aku cukup selesa dengan yangku rasakan diri ini diterima. Aku dapat kenal dengan Puan Nisah Haron! penulis yang cukup aku sanjungi dan kagumi  dengan karya-karyanya yang cukup kreatif dan Bahasa Melayu yang cukup mendalam. Khairul Hafiz Abdul Rahmat (AK) yang sebelum ini aku hanya kenal di blog AVA dan berchating di YM, hari ini kami dapat bersua muka dan bertukar suara. AK banyak berikan nasihat dan kata-kata semangat padaku. Aku cukup menghargai kata-kata semangat itu. Dan yang membuat gementarku surut aku dapat kenal penulis-penulis muda dengan kata yang lain, kawan-kawan baru yang aku kenali.

Mami temankan aku ke sana. Aku masih tiada keyakinan untuk bersorang diri. Dengan keadaanku yang aku masih belum boleh lagi membawa diriku yang sakit ini tanpa mami. Aku mengajak mami ke bengkel penulisan. Mami memang mahu menemanku. Kasih dan pengorbanan mami cukup mendalam untukku. Terima kasih mami!

Syukurlah, aku cukup senang dengan keadaan yang baru dalam duniaku itu. Ini ada gambar semasa aku di bengkel penulisan:

Friday, January 1, 2010

Banyak yang terjadi di tahun 2009. Dan kini,Selamat tahun baru!

Tup.. tup.. dah masuk tahun baru, banyak lagi misi aku yang masih belum selesai. Misi kesihatan, misi kebahagiaan dan misi kejayaan. Aku harap misi-misiku ini akan terlaksana pada tahun ini. Misi-misi ini dah kerap sangat aku bawaknya ke tahun-tahun seterusnya. Harap misi-misi kali ini tercapai dan tak payahlah aku bawak lagi ke tahun yang akan datang.

30. 12.2009 aku baru balik dari kampungku. Terlalu banyak yang terjadi pada tahun 2009. Ada yang suka dan ada yang duka. Yang paling banyak, aku rasa yang duka tapi aku terima segalanya dengan hati yang tabah dan tenang. Keadaan di kampungku amat menyedihkan, keadaan yang terjadi tidak pernah aku terfikir. Aku dapat terima segala keadaan yang berlaku dan aku  yakin yang berlaku itu hanyalah mahu mengujiku sebagai manusia yang tabah dan kuat.

Memang betul kata orang, hidup ini umpama roda. Aku harapkan pada tahun ini, tahun 2010 aku  akan lebih sihat, bahagia dan berjaya. 3 pekara itulah yang selalu aku mohon pada yang ESA.

Okaylah aku blah dulu. SELAMAT TAHUN BARU 2010!