Friday, May 28, 2010

Hang out bersama Yatee

Hari ini, aku, Yatee dan Sara keluar bersama. Sudah lama kami plan untuk keluar bersama dan aku mahu keluar bersamanya. Keluar bersamanya adalah keriangan bagiku. Sungguh teruja. Pagi-pagi aku sudah bangun dan aku menyiapkan tanggung jawapku di rumah. Aku mengoreng mee hoon dan memasak nasi, aku menjemur baju dan mengemas bilik. Pukul 12.30 tengah hari Yatee masih tidak hubungiku. Hai, dia ini mana ini. Kata mahu keluar awal. Ahh, biarlah mungkin dia ingin berehat.
12.45 tengah hari telefon bimbitku berbunyi, sah Yatee yang mengirimkan massage untukku. Dia baru siap dan baru hendak keluar dari rumahnya. Dengan massage itu, aku terus mandi dan bersiap. Sejam dari itu Yatee sampai dan kami keluar bersama.
Aku mahu membeli sandal dan dia pula mahu membeli cincin untuk hubbynya. Kami ke the curve, kami terus mencari cincin tapi tidak ada dan selepas itu, kami ke Vincci untuk beli sandalku. Hey, sudah beli sandal. Kami masih mencari cincin, Yatee cuba mencari di accessory Vincci tapi tiada,emm... kami ke Giordano tiada juga. Aku menghubungi Kak Nur untuk bertanya di mana lagi yang mahu kami cari cincin untuk lelaki dan Kak Nur kata, di Giordano Subang Parade dan tanpa membuang masa kami terus bergegas ke Subang Parade.
Sampai sahaja di Subang Parade, kami terus cari cincin Giordano dan finally Yatee sudah pun membeli cincin untuk hubbynya (Acai). Selesai membeli cincin, kami ke Memory Lane untuk beli Kad dan time makan. Kami makan di Chicken Rice Shop, Sara princess Yatee yang buat pilihan.
Pukul 7.50 malam kami keluar dari shopping Complex itu.
Ohh ya, hari ini juga adalah hari ulangtahun perkahwinannya dan dangan ini aku mendoakan agar dia dan hubbynya bahagia untuk selama-lamanya.Kebahagiaannya itu sedikit sebanyak membahagiakanku.
Ini foto sepanjang kami bersama.




Thursday, May 27, 2010

jiwa kosong

Apabila jiwa kosong maka kehidupan umpama lorong duka lara, simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.

Tidak ada lagi keindahan di dalam hatiku, juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia. Aku cuba cari kebahagian itu tapi tidak timbul di hatiku. Argh,biarlah mungkin aku tidak tenang hari ini.

Jiwaku sarang dengan keserabutan, aku cuba untuk menhindarkan perasaan itu tapi tidak berdaya. Hendak menulis pun tidak ada mood, lantas itu aku hanya melayan Facebook sahaja. Taman ketenangan di hatiku bagaikan sudah hilang. Hilang entah ke mana.

Kemanakah perginya kelazatan dunia pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupanku. Dari manakah datangnya kepanasan di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.

Argh, aku biarkan sahaja jiwa ini kosong. Mungkin dengan kekosongan ini akan menemui kedamaian.

Wednesday, May 26, 2010

Berjumpa Ayang

Berjumpa Ayang. Tidak pun merancang, masa Ym dengan Yatee tiba-tiba dia beritahu padaku yg dia mahu mengambilku dan berjumpa dengan Ayang pada malam ini dan aku turut sahaja. Memanglah aku mahu berjumpa dengan Ayang sebelum dia berkahwin dan aku ingin menghadiahkan sesuatu padanya.

Yatee pun mahu berjumpa Ayang. Set kami akan pergi untuk berjumpa Ayang di Bangi. Yatee tidak tahu jalan ke Bangi dan aku tahulah juga disebabkan adikku belajar di sana. Ooh, aku akan jadi Co- pilot malam ini Bangi, boleh ke?

Salwana juga turut serta. Sa tunggu kami di depan Summit. Sa biasalah tidak boleh lari dengan boy friendnya. Kami ber6 ke Bangi. Hui, jalan ke rumah sepupu Ayang tidaklah ku tahu. Aku bukannya pandai sangat di area Bangi. Lagi-lagi pada waktu malam, tidak jumpa rasanya kalau kami mencari rumah sepupu Ayang. Akhirnya kami membuat keputusan yang kami hanya bertemu di Sate Kajang sahaja. Itu yang paling mudah untuk kami berjumpa.

Pukul 10.15pm ayang sudah sampai di Hj Samuri hanya 10minit lambat dari kami. Kami makan dan berbual. Aku kurang selesa, yalah ada lelaki yang aku tidak kenal, aku bukannya suka sangat berjumpa dengan lelaki yang aku tidak kenal.

Selesai makan, kami terus beredar dari banggunan Hj Samuri ini dan kami menghantar Ayang ke rumah sepupunya. Salam dan berpelukkan itu menandakan yang kami mengakhiri pertemuaan di malam ini. Aku menghadiahkan balang dari ikea untuk Ayang sebagai tanda tahniah, dia akan berkahwin tidak lama nanti.

Gambar sebagai kenangan


Wednesday, May 19, 2010

Selamat,alhadulillah!



Akhirnya apa yang dinantikan sudah terlerai penantian. Ira sudah pun selamat melahirkan putera sulongnya,
congrats ya ira & Eijan. aku yakin kau orang akan jadi ibu dan ayah yang baik dan juga penyayang. Aku sangat sayang pada anak kecil kau orang berdua kerana anak kecil itu adalah darah dagingku. Aku juga akan merawat anak kecil itu. Muhammad Muqri Razin akan cik anne rawat,belai dan sayangimu sangat-sangat.

Ira selamat bersalin di hospital an-nur , bangi pada jam 15.20pm. comel sungguh anak kecil itu. Dan dengan kehadiran anak kecil itu, itu sudah pun memenuhi kewajipannya sebagai wanita sejati.

Syukur alhamdulillah , semuanya selamat walaupun ada beberape masalah tentag hosp putrajaya yang tidak ada kepentingan kemanusiaan. Kenapalah teruk sangat hospital itu. Hospital swasta yang terbaik.

Saturday, May 15, 2010

Sabtu yang sepi

Bosan! Bosan! Bosan! Hanya aku dan mami sahaja di rumah. Kak Nur sefamilynya balik rumah mak mertua,Ira dan Ijan pergi hospital, Ili ke Bangi untuk cari rumah sewanya dan papa tidak dapat dikesan.
Rumah tiada orang apa lagi... melayan mata yang mengantuk ni lah... aku tidur tidak ingat dunia. Aku bangun selepas mami puas mengejutku so terpaksalah aku bangun, sorry ya mata... Aku turun makan sambil menonton television. Masa orang tiada di rumah ni, tiada pulak cerita yang best. Semua chancel aku tekan tapi tidak ada satu pun yang menarik perhatianku. Lantas itu, aku meninggalkan sahaja ruang menonton television dan aku ke PC ku. Aku mahu memain The sims, sudah lama aku tidak melayan game itu. Aku memain The sims dengan leka sekali. Puas hatiku.
Sesudah puas melayan watak di game itu, aku melayan pulak watak di manuskripku.Aku leka dengan manuskripku dan terus leka bagaikan berada di alam khayalan.

Thursday, May 13, 2010

X jadi gi

Aku terlewat bangun dari tidur, aku bangun-bangun rumah sunyi sepi. Dahlia tidak ada rumah patutlah tidak meriah, kalau tidak jangan harap rumah ini sesunyi ini, Dahlia ikut mama dan daddynuya out thing. Bosan sungguh tiada si kecik itu. Aku bersarapan dengan keadaan yang kusam. Selepas makan, aku masak untuk makan tengah hari.
Aku dah plan nak pergi rumah Nora tapi tidak jadi pula. Papa tiada di rumah, ada kematian. Kalau papa ada di rumah mungkin aku pergi tapi papa tidak ada so tidak bolehlah ke rumah Nora. Minggu ini sahaja Nora last berholiday pantang. Selepas ini, Nora sudah mula bekerja dan kami mungkin akan jarang berjumpa Memanglah kalau boleh aku mahu pergi ke rumah Nora, aku hendak menemaninya sementara ada waktu untuk melepak bersama tapi tidak boleh , frust juga tapi malas hendak ambil kes. Argh, biarlah!
Jadi, aku duduk melayan FB dan manuskripku. Tidak apa yang bosan pun, okey sahaja nice life! Aku buat sahajalah kerjaku. Masa berjalan amat pantas jikalau waktu bekerja. Kalau aku di rumah Nora, masa jalan tidak ubah macam kura-kura tapi okeylah, sekurang-kurangnya waktu agak lama untuk kami berbual dan aku boleh main bersama Puteri Batrisya. Yalah, nanti mamanya bekerja, amat sukar untuk bermain dengan si comel itu.
Hari ini, hari terakhir AdaMaya. Tidak sabar hendak menonton AdaMaya, apalah agaknya penghujungnya cerita itu. Aku harap happy ending!

Wednesday, May 12, 2010

Aku dan The Sims



Jangan bagi aku bermaingame The sims. Kalau aku sudah buka game itu, hui tidak ingat dunia, yalah leka dengan dunia The Sims. Aku cukup obses dengan The Sims, bila sudah layan game itu apa yang sepatutnya aku fikir mahupun kerja yang harus aku buat memang tidak teringat dah. Kalau siapa yang tidak minat ataupun tidak tahu main game itu memang sesangat rugi.
The Sims buat aku hayal dengan dunia kartunnya yang cukup menarik. Tension aku akan hilang serta merta kalau game itu yang kulayan. Dari zaman remaja lagi, aku suka sangat main game itu, sampaikan adik beradikku menghadiahkan CD The Sims di hari jadiku. Semasa aku mula-mula pandai main game itu hui, rela tidak tidur. Lagi-lagi PC di dalam bilikku, tidak ingat dunia main tapi aku pandai manage kan masa tidaklah aku main game sampai lupa tugasku. Aku akan selesaikan segala tugasanku dan selepas itu barulah aku memain The Sims. Lagi-lagi sakarang ini kan aku mahu jadi penulis yang terhebat... hahahaha hebat ke? Insya Allah aku akan hebatkan diriku ini. Aku akan siapkan 3 bab dahulu dan selepas itu baru aku melayan orang-orang yang ada di dunia The Simsku itu.
Aku tenang dengan game The Simsku itu. Tidak sah kalau aku tidak main game itu dan aku akan cari masa untuk luangkan masaku bersama dunia The Simsku itu. Pada sesispa yang tidak pernah cuba main game itu, cubalah main mesti akan jatuh cinta pada game yang cukup berhantu itu.

Sunday, May 9, 2010

Sekali internet rosak

Dsl modem internet ROSAK so tak boleh nk access internet... wuawuawua!!! TMnet cepat replace modem baru... i want a new, advanced n good modem!!!

Hendak marahlah juga aku dengan keadaan ini. Dari minggu lepas lagi pelmacam-macam masalah yang ada di rumah yang melibatkan alam maya. Tension sungguh! Aku tidak boleh mengupdatekan blogku ini. Kalau lama-lama tidak update gerenti aku akan malas hendak mengupdatekan blog ini. Kalau ada yang follow blogku ini, aku hendak bagitahu yang aku tidak boleh access internet dan aku tidak ada mood. Mood aku hilang secara tiba-tiba.
Okeylah, setakat ini sahajalah bye ;)

Saturday, May 8, 2010

8 may

Selamat Hari Ibu. mami yang terbest untukku, bagiku tiada apa yang boleh dibandingkan dengan kasih sayang, kemesraan dan belaian mami padaku. Mami satu dalam seribu, mami tiada gantinya dan mami amat berharga untukku. Mami segalanya!!!
Planning kami adik-beradik mahu keluar makan bersama mami tapi tidak kesampaian. Pagi lagi mami sudah dapat kejutan, Uncle Zain meninggal dunia, kawan baik papa. Terkilan juga, baru 2 minggu lepas Auntie Siti, isteri Arwah datang berbual bersama mami sementara menunggu Arwah pulang dari kerja. Arwah tidak ada sakit apa-apa, cuma dia semput itu sahaja dan secara kebetulan Auntie Siti tiada di rumah. Emm, mati ini kerja Allah. Sudah tiba masanya Uncle Zain pergi menemui yang Esa jadi redha sahajalah kepergiaan dengan membaca ayat suci Al-quran. Malamnya adikku yang bongsu order KFC untuk makan malam dengan mami semperna Hari Ibu, mahu keluar jangan mimpi, mami sudah penat so makan sahajalah di rumah. Alah, lagi seronok, makan sambil menonton television. Cukup meriah bagi kami!
Oh ya, hari ini besday adik lelakiku, Hafizi Azmi... ops, sorry Tuan Hafiz... Dia Inspektor Polis di PPD Sepang. Aku hanya call dia untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi. Kalau tahun lepas kami sekeluarga lepak di rumahnya dan celebrate birthday dia tapi tahun ini tidak. Masing-masing sibuk. Dia pun kena kerja malam dan kami faham kesibukkannya menjaga keselamatan orang ramai. tadi, mami dan papa pulang dari kebumian Arwah Uncle Zain, mami dan papa singgah di rumahnya, okey tu...
Emm, so pada mami Selamat Hari Ibu dan pada Fizi Selamat Hari Jadi yang ke 28 tahun!

Thursday, May 6, 2010

Nak beli sandal


Hari Ahad minggu lepas, aku dan adik beradikku out thing ke OU. Memang sudah lama sangat aku tidak berwindow shopping. Tidak ada plan pun hendak follow dia orang keluar bershopping, yalah aku rasa tidak larat lagi hendak berjalan jauh tapi bosan juga setiap hari duduk umah aje. Apa salahnya kalau aku ikut sama. Aku mahu ikut ke OU dan kali ini aku hendak berjalan. Selalunya aku hanya melepakkan diri di MPH tapi kali ini aku mahu brjalan bersama adik-beradikku. Masa inilah aku hendak berexercise.
Aku cari sandal, dah 2 bulan aku tidak membeli sandal, beli sandal... itu cukup menyeronokkan aku. Dulu semasa aku bekerja, membeli sandal adalah satu kemestian bagiku. Aku amat sukakan sandal, kalau aku ke mana-mana Mall, butik sandallah yang aku tujui dahulu tapi aku susah hendak berkenan pada sandal. Aku tidak akan beli kalau aku tidak berkenan dan aku amat cerewet bab memilih sandal ini, kalau sandal itu tidak suit dengan kaki dan perjalananku, aku tidak akan beli walaupun aku berkenan sangat pada sandal itu, terkilan juga kalau sudah berkenan tapi tidak suit dengan kakiku tapi hendak buat macam mana so just accept ajelah.
Aku ada berkenan satu sandal ni, di butik Voir tapi tidak ada saiz, ishh, tension gila-gila. Aku ke vince, tiada satu pun yang aku berkenan, susah betullah. Ahkirnya aku tidak beli tunggulah next month. Harap-harap adalah sandal yang aku berkenan dan suit denganku.


Ni yang aku berkenan tapi tinggi pula, kalau dulu aku pakai aje tapi sekarang kena pilih untuk kesihatan.

Wednesday, May 5, 2010

PC tidak ada

Aku baru sahaja bersemangat gila hendak mengupdatekan manuskripku tapi PC aku pulak ada orang mahu ambil, hendak pertukaran hard disk. Biasalah. Mahu atau tidak aku biarkan sahaja. Nasib baiklah siang tadi masaku banyak di manuskrip, Fb aku layan pada pukul 3.45, itupun disebabkan Yatee yang buka topik di wallku dan selebihnya masaku bersantai bersama manuskripku.
Emm,bosannya aku malam ini, apalah hendak buat. Aku tengok TV sajalah. Selepas mami solat isyak dan baca yassin, aku temankan mami dan berbual bersama mami. Aku tidak buat apa-apa selain membaca novel yang belum aku habiskannya. Malam ini tidur awallah aku, yalah tidak ada yang hendak dibuat.
Rizal ada hubungiku, mahu atau tidak aku melayan sekadar membuang kebosanan yang singgah sebentar dalam hidupku ini. Kebosanan wujud kerana PC aku tiada, hidupku sememangnya bersama PC. Aku dapat rasakan kalaulah PC tiada bersamaku mendungnya hidupku ini dan aku rasa dengan kewujudan PC dalam hidupku membolehkan aku melakukan apa sahaja yang aku ingini.
Huh, PC cepatlah pulang!

Tuesday, May 4, 2010

Pergi tengok baby nora

Cukup cute baby Nora yang dinamakan Puteri Batisya Aisyah. Lama sungguh aku tidak berjumpa dengan kawanku itu. Selepas dia berkahwin, masing-masing sibuk, dia pun hujung minggu ada sahaja programnya dan aku sudah sedia faham dengan dunia baru kawanku itu. Tidak ada masa untuk berjumpa bukan bermakna hubungan persahabatan kami sudah tamat. Kami selalu berhubung melalui telefon dan berym.

Semasa dia mengandung,aku mahu sangat tengok muka dia mesti comel tapi tidak ada kesempatan, tidak mengapalah. Semasa dia bersalinkan babynya, aku tidak ada di Subang, aku di Rantau panjang so tidak ada kesempatan untuk kami berjumpa, dia pun terus balik ke Muar Johor.

Semalam dia menghantarkan SMS kepadaku untuk memberitahu yang dia dan babynya aku balik ke Subang. Teruja sungguh! Tak sabar hendak melihat junior Nora dan puteri Aha. Malamnya aku pergi bersama Kak Nur, Danish dan Dahlia. Biasalah Dahlia bila tengok baby excitednya dia, kelakar aku tengok gelagat anak buahku itu. Iffa pun ada bersama kami, Iffa kawan sekolej aku dan Nora. Dahulunya dia serumah dengan Nora.

Lama juga kami berbual, Nora cerita pengalaman waktu bersalinnya. Wah, cukup mengerikan. Dia yang kuat semangat dan tahan sakit pun boleh sesekit itu. Aku rasa dia salah seorang kawanku yang strong tapi mungkin hal bersalin ini tidak. Alah, tidak kisahlah, yang penting Nora sudah pun selamat bersalin dan sudah ada pun puteri yang cukup comel.

Aku sentiasa doakan dia dapat melayari kehidupannya dengan alunan yang cukup membahagiakannya dan tiada sebarang musibah yang kuat di dalam bahteranya itu.

Saturday, May 1, 2010

Selamat Hari Bekerja

Hari ini tiada ertinya bagiku lagi. Kalau dulu, sememangnya YA. 1st May aku akan bercuti dan aku akan hangout bersama kawan-kawanku, mana lagi kalau bukan ke Lot 10 dan Sungei Wang Plaza, memanglah 2 tempat itu, tempat kesukaanku.Tapi itu dulu, kini setiap aku ada di rumah dan aku aman hidup begini. Bagiku, di rumah membuat aku selesa dam senang aku beribadah dengan masa yang lebih lama.
Bagi orang yang bekerja SELAMAT HARI BEKERJA!

Hujan lebat jadi Internet rosak. Argh!!!

Petang semalam hujan lebat sangat, kilat kuat, angin jangan cakaplah kuat semacam. Aku terpaksa tutup PCku sebelum apa-apa terjadi. Tidak dapat bayangkan kalau terjadi apa-apa pada PC kesayanganku itu. Huh, minta dijauhkan. PC ini pun baru 5 bulan ia berfungsi selepas 2tahun koma di bilikku, itu pun mujurlah belas ehsan dari Kak Nur.
PC terpaksa di offkan so tidak boleh menulis, mahu tidur sudah pukul 4.25 petang, mahu tengok TV sah-sahlah tidak boleh. Aku turun masak nasi goreng ikan bilis lagipun aku belum makan tengah hari lagi.
Hujan masih lebat, aku membaca novel, sudah hendak menulis novel tidak boleh jadi aku membaca novel yang masih belum kuhabiskan. Leka membaca sehinggakan tidak menyedari masa berjalan dengan pantasnya. Pukul 7.30 malam kilat sudah pun berhenti jadi aku membuka PCku dan membuka microsoft office. Kalau seperti biasa, internet akan sendirinya mengaktifkan di PCku tapi kali ini tidak. Ohh NO, internet down, oooo... Alah, tidak kisahlah, tapi macam mana dengan tanamanku di FarmVille mesti mati semua tanamku itu, huh, ruginya! 30 April aku belum up date blog, emm biarlah hendak buat macam mana.
Malam ini Ili balik, mujurlah dia bawa balik broadbandnya bolehlah aku mengupdatekan blogku ini. Terima kasih Ili!Aku menyelesaikan manuskripku sampai pukul 2.30 pagi, sudah siap tapi aku mahu touch up sesikit, mana yang pendek aku mahu panjangkan dan mana yang tidak beberapa menarik, aku mahu meng'wow'kan. Aku mahu betul-betul puas hati pada karyaku itu.Minggu depan aku mahu mengarang novel baru, Insya Allah.