Kini, dia bukan lagi kawan rapatku yang boleh berkongsi kehidupan bersama dan aku pun tidak tahu bagaimanakah kehidupannya. Kami benar-benar terasing walaupun satu masa dulu kami rapat seperti pasang kembar. Masih ingat lagi kenangan kami bersama, kami anak yang ke dua jadi perangai kami tidak banyak bezanya, kami kuat merajuk, tidak boleh cakap kasar sikit mulalah hendak hempas semua barang. Dulu kalau atuknya mahu ke pandai morib, dia akan ajak aku sama dan jarang benar kami berpisah. Kadang-kadang aku balik dari sekolah terus ke rumah atuk dan wannya, itupun kalau dia tidak ke sekolah agama dan malam pula kami akan tuition bersama di kem TUDM, di rumah cik gu charani seth. Dulu dia cukup menjagaku dan aku cukup menjaganya. Kami mula menonton wayang bersama semasa kami berumur 12 tahun, film Kekasih Awal dan Ahkir, di sebabkan kami minat Sofia Jane, heroin film itu. Ahhh, pelbagai kenangan kami tercipta. Kalau kami tidak bersama pun di musim sekolah, ikin akan balik ke rumah mamanya di KL. Dan sekolah bermula kami bersama lagi. Aku rapat dengan keluarganya begitu juga dia. Hubungan semakin rapat rupa-rupanya kami bersaudara jauh, Wan nya bersaudara dengan saudaraku. Kecil sungguh dunia ini!
Yang membuat kami renggang dan kurang mesra disebabkan, aku pindah ke KL dan Kelantan dan dia pula masih di Banting, Selangor.Hemmm... memang terlalu banyak kenangan kami. Aku sayangkan persahabatan kami walaupun aku dapat bersamanya hanya 2 tahun saja. 2 tahun itu sudah cukup untuk mewarnakan alam kanak-kanak ku.
Kini, tiidak mungkinlah kami rapat kembali. Dunia kami benar-benar sudah berubah dan aku pun tidak mengharapkan kehadirannya semula sebagai kawan baikku, cukuplah dia ada di list friend aku di dalam facebook!

No comments:
Post a Comment