Wednesday, March 31, 2010

Sekadar Renungan...Kita Ibarat Pinggan.

         Sekadar renungan..

  Andaikan 3 individu berbeza meminjam  sebiji pinggan daripada Kita..
 Selang beberapa tempoh masa,  individu pertama memulangkan pinggan
 tersebut dalam keadaan  bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu
 Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan
 asalnya..

  Individu kedua pula memulangkan pinggan  tersebut dlm keadaannya yang
 masih kotor; tidak berbasuh..  Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga
 bersih, kemudian  barulah ianya diletakkan di tempat yg  sepatutnya..

  Individu ketiga pula memulangkan pinggan  tersebut dalam keadaan pecah
 bersepai.. Tidak boleh dibezakan  lagi bentuknya antara pinggan mahupun
 serpihan kaca.. Tiada  nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain
 menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

  Begitulah  jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya
 dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan  terus
 meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg  selayaknya bagi
 Kita..
 Iaitu syurga..

  Namun jika Kita  kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah
 akan  ' basuh ' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum
 memasukkan Kita ke dlm syurga..

  Tetapi jika Kita  kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya,
 sehingga tidak  dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak
   akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang  hina buat
 selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai  lagi..


                  
Semoga bermanfaat.. .

No comments:

Post a Comment