Wednesday, March 31, 2010

SEBUAH LAGENDA CINTA

Adaptasi dari sebuah novel terlaris Malaysia. SEBUAH LAGENDA CINTA TERHEBAT MUSIM INI. Filem yang pasti akan merobek setiap perasaan penonton. Empat jiwa dengan empat rahsia cinta. Merungkai rahang...



Memang dah lama sangat aku tunggu film ni, novelnya da berpuluh-puluh kali aku baca. Mesti gempak giler cerita ni.

sinopsis Novel Lagenda Budak Setan



asyah & Ayu- Azmi dan Ayu-Kasyah , Ayu dan Katerina......

membuat jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria
segala suka duka terhimpun di sini
adakah senyum yang tercipta atau airmata kesudahannya
hanya Tuhan yang menentukan segalanya.

Lebih satu dekad kasyah mencipta cinta
dari lelaki yang tidak pernah kenal erti kasih sayang
dia menjadi pencipta agung
dia tabah mengharungi apa saja ..
demi sumpah mencintai Ayu sehingga ke akhir hayat......


meruntun hatikan sinopsis dia, rugi korang tak beli.

komen aku tentang novel ini, sememangnya novel cinta yang sedih.Bab yang aku paling sedih apabila kasyah dalam dilema sama ada Ayu atau Katerina yang jadi pilihan . Aku nak beritahu, majoriti novel ahadiat akashah mmg meleleh airmata kalau membaca. Aku sanggup bersengkang mata membaca novel mamat ini. Semakin aku membaca, semakin nak tahu apa klimaks dan kesudahan cerita. Sememangnya mamat ini memang dapat menyelami hati para pembaca yang sememangnya mudah tersentuh dengan genre-genre novel cinta yang macam ini.Aku tak boleh komen lebih.Apa pun aku sarankan korang semua beli dulu kalau nak tahu kebenarannya.

Sekadar Renungan...Kita Ibarat Pinggan.

         Sekadar renungan..

  Andaikan 3 individu berbeza meminjam  sebiji pinggan daripada Kita..
 Selang beberapa tempoh masa,  individu pertama memulangkan pinggan
 tersebut dalam keadaan  bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu
 Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan
 asalnya..

  Individu kedua pula memulangkan pinggan  tersebut dlm keadaannya yang
 masih kotor; tidak berbasuh..  Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga
 bersih, kemudian  barulah ianya diletakkan di tempat yg  sepatutnya..

  Individu ketiga pula memulangkan pinggan  tersebut dalam keadaan pecah
 bersepai.. Tidak boleh dibezakan  lagi bentuknya antara pinggan mahupun
 serpihan kaca.. Tiada  nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain
 menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

  Begitulah  jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya
 dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan  terus
 meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg  selayaknya bagi
 Kita..
 Iaitu syurga..

  Namun jika Kita  kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah
 akan  ' basuh ' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum
 memasukkan Kita ke dlm syurga..

  Tetapi jika Kita  kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya,
 sehingga tidak  dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak
   akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang  hina buat
 selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai  lagi..


                  
Semoga bermanfaat.. .

Saturday, March 27, 2010

Sastera hari ini

Mewah Bahasa : Api dalam sekam
Oleh Prof Madya Dr Nor Hisham Osman

2010/03/31
DALAM kelas Bahasa Melayu ....

Cikgu Zahura: Hari ini kita akan belajar peribahasa. Orang Melayu dulu-dulu sering gunakan peribahasa untuk menyampaikan sesuatu, seperti memuji dan juga menegur perbuatan seseorang.
Zaini: Mengkritik pun boleh ke, cikgu?!
Cikgu Zahura: Betul Zaini, lebih kurang macam itulah. Kritik, tapi kritik cara lembut. Baiklah ... saya bagi satu peribahasa, seperti api dalam sekam .... Siapa tahu apa maknanya?

Khairi: Saya tahu cikgu, biar saya yang jawab!!

Zaini: Saya pun tau cikgu!

Cikgu Zahura: Ooo, semua tahu ya?! Baiklah .... Khairi, silakan ....
Khairi: Seseorang yang melakukan kejahatan, tetapi secara tersembunyi sehingga orang lain tidak sedar.

Cikgu Zahura: Betul ... pandai awak Khairi. Saya rasa ada makna yang lain, Zaini, awak tahu tak?

Zaini: Saya tau cikgu! Perasaan yang terpendam.

Cikgu Zahura: Perasaan apa tu?

Zaini: Seperti perasaan marah yang disimpan dalam hati, lama-kelamaan boleh meletup.

Azura: Perasaan cinta pun sama cikgu! Macam perasaan cinta Din yang terpendam ....

Cikgu Zahura: Ha! Ha! Ha! Macam-macamlah kamu ni ... tapi saya hairan juga, macam mana kamu semua boleh tahu makna peribahasa ini?

Khairi: Ada dalam buku, cikgu! Dalam buku ulang kaji Bahasa Melayu.

Cikgu Zahura: Oooo ... kamu baca buku ulang kaji ek? Patutlah kamu semua tau, bagus, bagus. Baiklah! sekarang saya nak tanya kefahaman kamu pula, ... apakah sekam? Siapa tau?

Aznor: Saya rasa sejenis tumbuhan dalam hutan, macam lalang.

Zaini: Yalah cikgu! Macam belukar yang selalu terbakar tu ... tumbuhan belukar le tu.

Cikgu Zahura: Bukan! Bukan! Sekam ni kulit beras ....

Zaini: Kulit beras?! Beras ada kulit ke? Tak pernah nampak pun?

Cikgu Zahura: Memanglah tak pernah jumpa ... kita beli beras yang dah siap diproses, tidak ada kulit lagi. Sebelum jadi beras, namanya padi. Padi perlu dikilang untuk menanggalkan kulitnya, kulit padi yang dah tanggal inilah yang dinamakan sekam. Selalunya sekam dilonggok dan dibakar tetapi semasa membakarnya, api tidak menyala, hanya membakar dalam bentuk bara, dan perlahan-lahan sekam habis terbakar tanpa disedari.

Aznor: Kenapa dibakar? Kan membazir tu ... tak boleh guna untuk buat apa-apa ke? Tak boleh bagi makan ayam itik ke?

Cikgu Zahura: Dengar ceritanya dah ada kajian yang dilakukan untuk memproses sekam ini menjadi fibre untuk bahan binaan .... yang bagi ternakan makan tu bukan sekam, itu dedak.

Khairi: Dedak?

Cikgu Zahura: Ya! Dedak ... dedak ni boleh dijadikan makanan ternakan, dedak ni lapisan kedua kulit padi. Eh! Maaflah, saya pun tidak berapa tahu tentang ini, saya ni guru Bahasa Melayu, nanti masuk kelas Sains ... tanya cikgu Sains pulak. Sekarang kita berbalik pada pelajaran Bahasa Melayu. Ada sesiapa lagi yang tahu peribahasa lain yang menggunakan perkataan sekam ini?

Aznor: Ada lagi ke? Kami tak tau sebab dalam buku ulang kaji ni tak ada.

Cikgu Zahura: Ada dua lagi, ..... sekam menjadi hampa, dan satu lagi pula, tiada terbawa sekam segantang. Yang
pertama tu maknanya, kehilangan yang tidak merugikan dan yang kedua tu pula, keadaan yang sangat lemah.

Friday, March 26, 2010

Kata-kata hikmat yang mempersonakanku



“Manusia adalah kejadian yang sempurna tetapi

apa yang manusia lakukan selalunya

yang kurang sempurna.”

“Kelemahan utama manusia bukanlah kerana ia tidak mendapat atau tidak memperoleh apa yang belum dapat dipunyainya tetapi adalah kerana kegagalannya menggunakan apa yang dipunyainya.”

“Tidak penting apa yang orang lain fikirkan tentang diri kita tetapi

apa yang lebih penting ialah apa

yang kita fikirkan tentang

diri kita dan orang lain.”

“Setelah kita mengenali diri kita sendiri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kita.”

“Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. Oleh itu, kenalilah diri anda sebelum anda mengenali orang lain.”

“Lebih baik kita tahu apa yang kita tak tahu daripada kita tak tahu apa yang kita tahu.”

“Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba.”

“Kenal pasti kelemahan diri anda dan bertindak mulai sekarang.”

“Langkah pertama untuk menuju kecemerlangan adalah dengan mempunyai sikap yang betul terhadap diri sendiri.”

“Setiap label yang kita berikan pada diri kita akan mempengaruhi perlakuan dan prestasi kita.”

“Sebagai seorang insan, kita tidak boleh gagal dalam hidup ini kerana kita dicipta bukan untuk gagal.”

“Setelah kita mengenali diri kita sendiri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kita.”

“Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba.”

“Sebagai seorang insan, kita tidak boleh gagal dalam hidup ini kerana kita dicipta bukan untuk gagal.”

“Kunci kepada kejayaan adalah dengan mengenali diri sendiri.”

“Jika mahu menjadi manusia yang berjaya, jangan sekali-kali memikirkan tentang kegagalan.”

“Kegagalan itu hanyalah kekalahan sementara tetapi kekecewaan adalah kegagalan yang berkekalan.”

“Jangan takut kepada matlamat yang gagal dicapai kerana yang paling ditakuti ialah tiada matlamat untuk dicapai.”

Sastera Hari ini :Dunia Buku: 'Perencah' popular Pesta Buku KL 2010

Novelis fiksyen jenayah dari Amerika Syarikat, jurnal peribadi jadi genre baru dalam industri buku

PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 19 hingga 28 Mac ini, memberikan perencah ala popular dalam industri buku dalam bahasa Melayu apabila syarikat penerbit buku yang menyertainya turut menjemput pengarang luar dan memperkenalkan genre baru yang menjadi kegemaran baru di negara jiran. Ini membuktikan industri buku bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam perkembangan industri buku negara secara keseluruhan, sekali gus membuka peluang kepada penerbit untuk mempelbagaikan genre buku Melayu yang sebelum ini terpalit dengan stigma novel cinta. Perkembangan itu turut menarik perhatian penerbit buku di PBAKL 2010 termasuk KarnaDya Solutions Sdn Bhd (KarnaDya) yang menyemarakkan semangat penulis tempatan untuk menghasilkan novel genre fiksyen jenayah apabila menjemput pengarang luar yang sudah membuktikan kejayaannya dalam genre berkenaan.

Pengurus Pemasarannya, Faiz Al-Shahab, berkata KarnaDya menjemput novelis terkenal Amerika Syarikat (AS), Laura Caldwell untuk berkongsi rahsia kejayaannya dalam penulisan novel genre berkenaan dengan pengunjung PBAKL 2010, sekali gus mengorak langkah untuk mengembangkan genre terbabit.

“Beliau yang juga peguam di Chicago banyak terbabit dalam penulisan berunsur jenayah serta thriller hasil daripada pengalamannya dalam dunia guaman, bertemu dengan peminat genre fiksyen jenayah pada 20 Mac lalu.

“Karya fiksyen jenayah yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu seperti Bukan Cinta Glamor dan Cuti-Cuti Cinta juga mendapat sambutan baik daripada pembaca tempatan,” katanya.
Berdasarkan penerimaan pembaca terhadap novel chicklit yang diterjemah dari AS, Faiz melahirkan keyakinan bahawa sekiranya karya terjemahan boleh mendapat tempat di hati pembaca tempatan, karya yang dihasilkan penulis tempatan dengan latar yang dekat dengan pembaca juga boleh menikmati kejayaan yang sama.

“Novel fiksyen jenayah berpotensi besar untuk berkembang dalam industri buku tanah air berdasarkan kemampuan genre itu menarik peminat baru, selain mempunyai kelompok peminat yang tersendiri.

“Sudah tiba masanya penulis tempatan melakukan eksperimen dengan menghasilkan karya fiksyen jenayah kerana negara kita kekurangan penulis fiksyen jenayah yang dapat menulis dengan baik,” katanya kepada Sastera di PBAKL 2010,Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada pesta buku kali ini, KarnaDya yang memenangi anugerah gerai jualan tercantik pada 2008 dan 2009, tampil dengan konsep KarnaDya Walk yang lebih santai bagi memikat lebih ramai pengunjung singgah dan berbelanja di gerai mereka.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Penerbitan Buku PTS (PTS), Ainon Mohd, berkata pihaknya memperkenalkan genre jurnal peribadi (pelit) yang sudah popular di negara jiran,Indonesia, sekali gus usaha memperluaskan cabang penulisan yang boleh diterima pembaca tempatan itu dimanfaatkan untuk memperkembangkan buku bahasa Melayu.

“Percubaan PTS One mengikut jejak langkah penerbit di ternyata mendapat maklum balas yang baik daripada pembaca apabila kita memperkenalkan dua buku pelit di pesta buku ini, iaitu Diari Si Ratu Air Mata karya Natasha Effyzal dan Diari Mat Despatch (Bahruddin Bekri).

“Saya percaya genre ini berupaya menarik minat pembaca khususnya golongan muda yang dahagakan karya kreatif yang santai yang boleh dibaca untuk menenangkan perasaan dalam rutin seharian,” katanya.

Beliau yang mensasarkan jualan sebanyak 700,000 buah buku pada PBAKL 2010, yakin bahawa pendekatan yang digunakan syarikatnya itu dapat meluaskan pasaran buku tempatan yang sentiasa dihimpit masalah kekurangan genre menarik.

“Kita yakin karya yang baik seharusnya seiring dengan konsep kulit buku yang menarik, sekali gus mendorong PTS menggunakan konsep kulit buku yang lebih kreatif dan berjiwa muda untuk karya pelit,” katanya.

PTS juga tidak ketinggalan mempromosikan buku terbitannya dengan menyewa sebanyak 15 gerai tahun ini bagi memudahkan pengunjung bergerak dan memilih buku PTS dalam keadaan yang selesa.

Thursday, March 25, 2010

MALAS

Tiba-tiba rasa tidak ada mood untuk menulis, masa berfikir, malas susun ayat, malas menaip... emmm, ini ke penulis yang berjaya... Weh, wake uplah, semangat,angan2 dan impian bukan ke main tapi pemalas. MALAS tu sepatutnya tidak ada dalam hidupku. Aku harusnya buang perasaaan malas tu, jangan malaslah anne!
Malas, merupakan salah satu penyakitku di minggu ini dan sikap ini sehubungannya dengan Sumber Daya Manusia (SDM). Sebagai contoh janganlah jauh-jauh dahulu ke Italy, tapi yang paling dekat di rumah ku sendiri tapi sikap ini sememangnya ada di dalam setiap insan.
Malas fikir banyak hal, malas belajar (umum terjadi pada pelajar) dan bagi orang pekerja pun kemalasan itu tetap ada.
Tapi memang rasa malas sudah merupakan fitrah dari Tuhan dan kita harus yakin bahawa pemberian Tuhan itu selalu ada manfaatnya, hanya saja permasalahannya terletak pada bagaimana kita mengatasi rasa malas tersebut, mencuba mengambil manfaat atau hikmah dari rasa malas kita dan belajar melihat dari sudut pandang yang lebih baik.

Malas itu boleh diibaratkan seperti keimanan kita yang ada kalanya meningkat dan ada kalanya menurun. Tapi ternyata kalau dilatih terus menerus dan teratur keimanan itu bisa meningkat atau setidaknya tidak menurun. Nah..begitupun dengan malas, dengan cara teratur diikuti dengan kekonsistenan kita mengerjakan sesuatu itu atau cara mengatasi rasa malas, rasa malas bolehh di atasi dan bukan tak mungkin boleh berubah untuk menjadi rajin. So, berubahlah.

Rasa malas diertikan sebagai keengganan seseorang untuk melakukan sesuatu yang seharusnya atau sebaiknya dia lakukan. Masuk dalam keluarga besar rasa malas adalah menolak tugas, tidak disiplin, tidak tekun, rasa sukar, suka menunda sesuatu, mengalihkan diri dari kewajiban, dll. Jika keluarga besar dari rasa malas ini mudah sekali muncul dalam aktiviti sehari-hari kita, maka dijamin kerja kita akan jauh menurun. Bahkan, malas itu membuat kita tidak mungkin boleh mencapai sesuatu yang lebih baik seperti mana yang kita inginkan.

Rasa malas sejatinya merupakan sejenis penyakit mental. Mengapa disebut penyakit mental? Disebut demikian karena akibat buruk dari rasa malas memang sangat merugikan. Siapa pun yang dihinggapi rasa malas akan kacau kerjanya dan ini sangat merugikan. Success dalam karier, bisnis, dan kehidupan umumnya tidak pernah menjemput kemalasan itu datang. Masyarakat yang dipenuhi oleh individu-individu yang malas tidak akan pernah maju.
Sikap malas adalah salah satu bentuk penyakit rohani, di mana Rasululah saw. memerintahkan umatnya untuk selalu berdo’a dan berlindung agar terhindar darinya. Sebagainya disebutkan dalam haditsnya

اللهم إني أعوذبك من الهم والحزن وأعوذبك من الجبن والبخل وأعوذبك من العجز والكسل وأعوذبك غلبة الدين وقهر الرجال

Artinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari sikap takut dan rusuh, dari sikap penegcut dan kikir, dari sikap lemah dan malas, dari sikap lililatan hutang dan desakan orang lain.” (H.R. Bukhari dan Muslim).

So, hilangkanlah perasan M.A.LA.S itu!

Monday, March 22, 2010

Persahabatan yang hilang

Tidak sangkakan dengan facebook aku jumpa balik kawanku di masa aku kanak-kanakMemang aku tahu di mana dia tapi kebelakangan ini dia hilang dari hidupku dan aku malas hendak mencari di mana dia dan hari ini aku jumpanya di ruang Facebook. ' Nur Asyikin'! Dia masih cantik dan ayu seperti dulu, mukanya sikit pun tidak berubah walaupun sudah beranak 1. Kalau di zaman kanak-kanak kami amat rapat dan kami terpisah pabila kami ke zaman remaja. Aku ada facebooknya sudah cukup mengubat rinduku pada zaman kanak-kanak kami. Aku amat admire dengan raut mukanya yang amat cantik dan ayu itu. Bagiku, dia kawan yang paling cantik dan aku sayangkannya. Kasih sayangku padanya tidak berubah walaupun sudah 16 tahun memisahkan kami.
Kini, dia bukan lagi kawan rapatku yang boleh berkongsi kehidupan bersama dan aku pun tidak tahu bagaimanakah kehidupannya. Kami benar-benar terasing walaupun satu masa dulu kami rapat seperti pasang kembar. Masih ingat lagi kenangan kami bersama, kami anak yang ke dua jadi perangai kami tidak banyak bezanya, kami kuat merajuk, tidak boleh cakap kasar sikit mulalah hendak hempas semua barang. Dulu kalau atuknya mahu ke pandai morib, dia akan ajak aku sama dan jarang benar kami berpisah. Kadang-kadang aku balik dari sekolah terus ke rumah atuk dan wannya, itupun kalau dia tidak ke sekolah agama dan malam pula kami akan tuition bersama di kem TUDM, di rumah cik gu charani seth. Dulu dia cukup menjagaku dan aku cukup menjaganya. Kami mula menonton wayang bersama semasa kami berumur 12 tahun, film Kekasih Awal dan Ahkir, di sebabkan kami minat Sofia Jane, heroin film itu. Ahhh, pelbagai kenangan kami tercipta. Kalau kami tidak bersama pun di musim sekolah, ikin akan balik ke rumah mamanya di KL. Dan sekolah bermula kami bersama lagi. Aku rapat dengan keluarganya begitu juga dia. Hubungan semakin rapat rupa-rupanya kami bersaudara jauh, Wan nya bersaudara dengan saudaraku. Kecil sungguh dunia ini!
Yang membuat kami renggang dan kurang mesra disebabkan, aku pindah ke KL dan Kelantan dan dia pula masih di Banting, Selangor.Hemmm... memang terlalu banyak kenangan kami. Aku sayangkan persahabatan kami walaupun aku dapat bersamanya hanya 2 tahun saja. 2 tahun itu sudah cukup untuk mewarnakan alam kanak-kanak ku.
Kini, tiidak mungkinlah kami rapat kembali. Dunia kami benar-benar sudah berubah dan aku pun tidak mengharapkan kehadirannya semula sebagai kawan baikku, cukuplah dia ada di list friend aku di dalam facebook!

Friday, March 19, 2010

Dah balik Subang

Dah balik Subang, on da way blk subang drop dekat Cameron Highlands dalam 3 jam, huh, perjalanan yang sangat adventure... dah sampai subang bermakna dunia karyaku sudah bermula, seminggu rest dan kini ada semangat baru!
Huh, ke Cameron Highlands memang gila ar, jalannya macam ular, bengkang-bengkok sungguh jalannya, sudah lah aku rasa tidak sihat. Rugi aje pergi dengan kepala yang sakit. Aku bagaikan mahu menyumpah macam tidak mahu lagi pergi ke Cameron Highlands, cukuplah sekali, at least aku sudah kenal bukit tinggi yang cantik dan sejuk itu. Memanglah tempat tuu cantik sangat tapi tidak berbaloi. Sampaikan ke saat ini aku terasa sakit kepala dan muntah-muntah.
Oh ya, AF sudah bermula dan aktivi menonton af setiap malam minggu dimasukkan di scheduleku. Aku bukanlah fanatik sangat tapi sekadar mahu meriahkan suasana.
Okeylah aku tidak larat lagi mahu menulis dengan panjang lebar. Sekarang ni, aku mahu rest dan tidur!!!

Monday, March 15, 2010

Kosong...

Hari ini terasa kosong, tiada apa yang ada didalam fikiranku. So may be tomorrow I have something to share with you all. See you again... please forgive me.. hehehe ;) Have a nice day..

Thursday, March 11, 2010

Balik kelantan

cuti sekolah datang lagi... so aku balik Rantau Panjang, seminggu, lama juga tu. Dan, seminggu jugalah aku tidak berbloger so banyak jugalah aku akan tertinggal post. Dan juga seminggu jugalah aku tidak berkarya. Akub balik ke sana untuk bercuti dan berehatkan minda. Lagipun, aku mahu berjumpa dengan ma dan angah! Walaupun setiap hari aku menalifon ma dan angah, rindu itu tetap ada dan kerisauan tidak akan hilang jikalau aku tidak melihat mereka dengan mataku.
Nampak gayanya, tak dapatlah aku ke pesta buku minggu depan. Kalau aku ada kesempatan waktu aku akan pergi tapi tak tahulah. Takut-takut kalau aku lama di sana tapi aku cuba untu ke sana, itupun kalau ada luang.
Pada Kawan2 jangan lupa ke pesta buku di PWTC. Belilah buku, novel,majalah dan apa-apa yang berkaitan dengan membaca. Beli sebanyak mana yang boleh. Tidak rugi kalau membeli buku. tapi rugi kalau beli tapi tak baca.
So, pada semua cintailah buku!!!

Wednesday, March 10, 2010

Bila rindu itu datang

Rindu membuat hati sebak, perasaan gelisah, fikiran serabut. Bila perasan itu datang rasa macam tidak tenang saja. Lagi-lagi kalau rindu ini pada orang yang sudah kita kata kan yang kita sudah lupakannya (mulut saja kata sudah lupa tapi hati tidak) Rindu itu amat menyeksakan kalau perasaan itu tidak boleh diluahkan. Rasa macam hendak melaung kalau rindu itu membar di hati. Rindu itu amat serabut, jiwa tidak tenang dan batin terseksa, argh, sakit sungguh!
Di mood rindu, rindu terlampau. Tindakan yang paling berkesan tidur sajalah. Manalah tahu, kalau tidur itu kita boleh bermimpi orang kita rindu, setidak-tidaknya hilanglah rindu itu.
Ada pujangga berkata, kalau rindu, sebutlah nama, argh sudah berjuta kali menyebut nama insan yang rindui itu tapi rindu itu tidak hilang-hilang. Semakin rindu itu dalam hati ini. Sudah bernanah hati ini dek kerana rindu. Rindu! Rindu! Rindu! Sungguh rindu! Rindu sungguh! Adakah rindu ini akan hilang kerana sebuah pertemuan. Kalau tidak bertemu, sampai bilakah rindu ini bersarang di hati. Sakit sungguh dek kerana rindu. Dahsyat menangung rindu yang tiada penghujungnya.Kasih tak kesampaian sebab itulah rindu tak terucap, ya ke?

Bila Rindu - Ruffedge

Dikeheningan malam,
termenungku berseorang
tak lena mata dipejam
terdengar suara terngiang
suara merdu yg di sayang
bagai kau didepan mata
ku capai tapi tak kenal
sukarnya memendam rasa
ingin ku luahkan kata
Bila rindu,terkenang mu siang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi segala hati ini
Jauh angan ku lena,ku rasa kita bersama,kau bawaku ke sana
ke alam kisah yg lama,kenangan di dlm jiwa..
bila tersedar semula,disisiku kau tiada
sukarnya ku pendam rasa,ingin ku luahkan semua ooooouuu
Bila rindu,terkenang mu siang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu,sentuhan mu ku terasa sayu
inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi segala hati ini
Sesunguhnya kita mestilah
wujudkan sefahaman dan hormatmu
hormati,ikhlas,kasih,
-------------------
makin tak ada,bertemu semula
Awan yg mencas semesta
menyampaikan pesan kesunyian kanda sendiri
kesepian yg menyelubungi hari hari ku
disajikan doa2 ku kerana rindu
yg menanti kau dtg dan pergi seperti mimpi2 ku,fantasiku,
bukan dongeng lagi sayup kedengaran
disisi cuping,disetiap corong,lorong,yg lohong
benar!ku tak bohong,bila hati menyanyi..
Bila rindu,terkenang mu siang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
ooohhohhoo
aku merindu,sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwa selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi batas
Oh bila rindu,terkenang mu sayang.,ku terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu
(ku rindukan sentuhanmu)inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini

Memang kenalah lagu ini. Walaupun sakit sungguh mendengarnya kerana rindu kian membara tapi liriknya betul.

Tuesday, March 9, 2010

BEDA CINTA PEREMPUAN & LELAKI

Beda Cinta di Mata Lelaki dan Perempuan
Membahas soal 'cinta' bukanlah perkara yang mudah, karena memang sampai sekarang belum ada penelitian tentang cinta secara definitif. Namun secara gramatikal, cinta dikatakan sebagai perasaan yang sangat mendalam, yang bersifat subjektif dan mengandungi gejolak emosi yang positif.

Dalam bukunya yang berjudul Women an Intimate Geography, Natalie Angier menulis: 'Cinta' adalah sebuah perasaan yang universal sehingga akan selalu ada selagi manusia itu ada. Sejak kecil manusia sudah diajarkan untuk mengenal cinta, walaupun penerapannya berbeda setelah manusia tersebut menginjak dewasa. Itulah sebabnya mengapa pengertian cinta antara dua insan pada akhirnya juga menjadi berubah dan berbeda.

Apakah bedanya?
Benarkah perempuan lebih memerlukan perhatian, sedangkan lelaki lebih memerlukan kepercayaan?
Benar. Dengan perhatian sekecil apapun, perempuan akan merasa istimewa dan dicintai. Sedangkan lelaki menganggap jika perempuan yang dicintainya mempercayainya sepenuh hati , itu berarti perempuan yang dicintainya meyakini bahwa ia telah melakukan yang terbaik bagi mereka berdua.

Benarkah perempuan lebih memerlukan pengertian, sedangkan lelaki lebih memerlukan penerimaan?
Benar. Lelaki selalu mendengarkan tanpa menghakimi dan dapat meluahkan rasa simpatinya pada perempuan tercintanya. Sikap lelaki yang lebih mudah memahami ini bukan di dapati kerana mengetahui fikiran atau perasaan seorang perempuan. Hal ini karena lelaki selalu berusaha mengumpulkan makna-makna dari apa yang dia dengar dan dia lihat untuk membenarkan apa yang disampaikan oleh kekasihnya. Bila perempuan dengan penuh cinta menerima lelaki tanpa berusaha mengubahnya, barulah lelaki merasa bahagia.

Benarkah perempuan lebih memerlukan rasa hormat, sedangkan lelaki lebih memerlukan penghargaan?
Tentu saja benar. Perempuan merasa dihormati bila lelaki menanggapinya dengan mengakui dan mengutamakan hak-hak, harapan dan keperluan-keperluannya. Bila tingkah laku lelaki itu mempertimbangkan fikiran-fikiran dan perasaannya, perempuan tersebut pasti merasa dihormati. Sedangkan bagi lelaki, penghargaan merupakan reaksi alami terhadap perasaan yang didukunginya . Jika usahanya dihargai, lelaki akan tahu bahwa usahanya tidak sia-sia. Hal ini boleh mendorong lelaki untuk boleh berbuat lebih banyak. Lelaki yang merasa dihargai secara automatik akan lebih bersemangat dan terdorong untuk lebih menghormati pasangannya.

Benarkah perempuan lebih memerlukan kesetiaan, sedangkan lelaki lebih memerlukan rasa kagum?
Benar. Logiknya, jika perempuan merasa dirinyalah yang terpenting dalam kehidupan lelaki yang dicintainya maka dia dengan mudah akan memberikan rasa kekagumannya. Begitu pula sebaliknya bila lelaki merasa dikagumi, dia akan merasa cukup ikhlas untuk membaktikan diri bagi istrinya dan menyanjungnya.

Benarkah perempuan lebih memerlukan ketegasan, sedangkan lelaki lebih memerlukan persetujuan?
Benar sekali. Setiap pasangan yang akan memulai hubungan, biasanya setelah lelaki menerima persetujuan yang diperlukan, dia jadi lebih mudah untuk menghargai perasaan-perasaan si perempuan. Sedangkan perempuan akan lebih merasa dicintai dengan lebih jika lelaki yang dicintainya boleh menerimanya dengan bukti menegaskan keabsahan hubungan mereka.

LELAKI VS PEREMPUAN

Lelaki kata, perempuan ni tak setia.
Lelaki kata, perempuan ni pemusnah cinta.
Lelaki kata, perempuan ni penipu.
Lelaki kata, perempuan ni macam bagus.
Lelaki kata, perempuan ni beremosi.
Lelaki kata, perempuan ni curang.
Lelaki kata, perempuan ni pelik, aneh dan hairan

Argh, macam-macamlah didengari tentang perempuan.
Betul ke perempuan macam tu, bagiku, perempuan setia cuku setia, sangat memahami dan yang paling penting perempuan amat sabar.
Sabar!? Ya SABAR. Perempuan amat sabar, Lebih lagi dengan orang yang dicintai, perempuan akan sabar dengan kekasih, perangai macam mana kekasih itu, perempuan akan sabar yang amat sangat. Aku ada pengalaman, aku cukup sabar masa bercinta dulu, kalau tak sabar, macam manalah hubungan cintaku boleh bertahan selama 14 tahun. Huh! Satu masa yang amat lama. Aku sabar setiap apa yang berlaku tapi sekuat mana kesabaran perempuan itu pasti ada penghujungnya. Cinta yang banyak sabar itu telah pupus dalam hidupku. Bukan sabarr itu sudah hilang tapi kesabaran itu ada tahapnya. Kalau kesabaran perempuan tiada tahapnya, naik minyaklah lelaki.

Tapi, kalau nak dengar ungkapan, kata-kata, cakap-cakap dan suara-suara lelaki pada perempuan memang buruk sangatlah perempuan. Perempuan ni memang pemusnah hidup lelaki. Perempuan ini duri. Perempuan ini racun. Perempuan ini lalang. Perempuan ini perosak. Hello, kalau tak ada perempuan dunia ini tidak berseri. Perempuan ini penyembuh duka dan yang paling diyakini perempuan ini mulia di sisi Islam! Jadi, banggalah seorang insan yang bergelar PEREMPUAN.

Monday, March 8, 2010

Duga dulu pasti bahagia akan menyusul

Hidup ini bukan senang untuk kita tempuhi, hidup pasti ada dugaan yang mendatang, hidup ini pasti ada kekecewaan yang menjelma dan hidup ini sudah tentunya ada kesengsaraan. Biarlah, sehebat mana dugaan yang melanda, sedalam mana kekecewaan ini di hati ini dan kesukaran mana kesengsaraan itu, kita haruslah menempuhinya dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Janganlah mudah melatah dengan ujian Allah. Hidup ini memang sukar dan terlalu sukar, kadang-kadang kita tidak dapat mengagakkan arus kehidupan kita ini. Ya, mungkin kehidupan ini kita punya, kita yang menjalani kehidupan kita diatas gerak geri kita, tangan kita, kaki kita, mata kita, mulut kita, badan kita, otak kita dan semuanya kita tapi jangan lupa kita ini milikNYA.
Jangan cuba salahkan dugaan. Dugaan bukanlah satu hukuman, dugaan bukanlah satu alasan, dugaan bukan satu kesengsara tapi dugaan itu yang membuat kita kenal siapa diri kita. Dugaan yang mungkin menghalang kita dari kemusnahan hidup. Dugaan yang mendekatkan kita dengan Allah dan dugaan juga yang merahmatkan hidup kita.
Mungkin tiada dugaan, tiada rahmat Allah. Mungkin tanpa dugaan hidup ini tidak diberkati. Dan yang paling pasti tanpa dugaan kita mungkin lupa pada Yang Esa, Nauzubillah. Kerana tiada dugaan kita mungkin akan terasa yang kita ini hebat, kuat, bagus dan handal. Ingatlah sehebat-hebatnya kita, sekuat-kuatnya kita, sebagus-bagusnya kita dan sehandal-handal kita, kita tetap lemah di sisiNYa. Kita manusia bbiasa yang layak diduga. Sebesar mana dan sehebat mana dugaan itu, terimalah dengan Redha.
Disebalik dugaan pastinya ada kerahmatan Allah. Kerahmatan Allah itu amat hebat yang tiada tandingannya. Dengan rahmat itu kita akan memilik kebahagiaan. Jangan salahkan dugaan kerana dugaanlah yang menemui kita dengan kebahagiaan. Jangan berhenti berharap untuk memiliki kebahagiaan. Kebahagiaan itu pasti hadir dan kebahagiaan pasti menyusul dari dugaan itu. Rahmat Allah amat hebat sekali. Hidup ini pasti ada dugaan dan hidup ini pasti ada kebahagiaan. Hidup ini amat adil.

Sebanyak 17 buku pelbagai bahasa dilarang penerbitan

Daripada keseluruhan jumlah penerbitan yang dilarang, 13 merupakan penerbitan bahasa Melayu, tiga bahasa Tamil dan satu penerbitan berbahasa Cina,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Penerbitan berbahasa Melayu termasuk ”SENSASI #3”, ”SENSASI - Majalah lelaki millennium”, ”Antara Dosa dan Kasih”, ”Dendam Nafsu Jalinan Nafsu Edisi 2”, ”Jendela Hati Kompilasi Empat Cerita Terbaik”, ”Kama Asmara Edisi 2”, ”Gelora Nafsu #7”, ”Gelora Nafsu #6”.

”Gelora Nafsu 3: Kompilasi lima cerita terbaik”, ”Tips-Tips Bahagia Bersama Pasangan”, ”Gelora Nafsu 2: Kompilasi enam cerita terbaik”, ”Sensasi Edisi ke-2” dan ”Kamasutra Jawa dan Kuantum Cinta”.

Tiga penerbitan berbahasa Tamil ialah ”Aan-Penn Eruttarai Valkhai”, ”Aanmai Kuraivum-Penmai Kuraivum” dan ”Sex Exercise”, manakala Hard Magazine merupakan penerbitan berbahasa Cina yang turut dilarang penerbitannya. – Bernama

Sunday, March 7, 2010

semalam ke Sunway Piramid




Sunway Piramid memang banyak berubah. Aku ke sana untuk meraikan ulangtahun mami di Kenny Rogers. Seronok tapi sayang tak cukup forum. papa ada meeting, Abang Is terpaksa kerja dan Ili pula ada test. Ili, semenjak dia di IPT ni jarang sangat keluar makan bersama kami. Sudah 2kali makan besar dia tak ada. Terkilan juga. Sudah lama aku tidak makan Kenny Rogers, yalah asyik Pizza Hut aje yang aku request kalau di tanyakan padaku ' nak makan apa?' dan kali ini Kak Nur suggest kan so ikut aje lah.
Aku ke MPH untuk membeli novel Aku Kan Novelis dari Nurul Syahida, Karya Nan Indah dari Faizal Tehran dan Kasih Merah Jambu dari Hanny Esandra.

Friday, March 5, 2010

Kasih Sayang Ibu


Saat kau berumur 1 tahun, dia menyuapi dan memandikanmu.
Sebagai balasannya, kau menangis sepanjang malam.

Saat kau berumur 2 tahun, dia mengajarimu bagaimana cara berjalan.
Sebagai balasannya, kau kabur saat dia memanggilmu.

Saat kau berumur 3 tahun, dia memasakkan semua makananmu dengan kasih sayang.
Sebagai balasannya, kau buang piring berisi makanan ke lantai.

Saat kau berumur 4 tahun, dia memberimu pensil berwarna.
Sebagai balasannya, kau coret-coret dinding rumah dan meja makan.

Saat kau berumur 5 tahun, dia membelikanmu pakaian-pakaian yang mahal dan indah.
Sebagai balasannya, kau memakainya untuk bermain di kubangan lumpur dekat rumah.

Saat kau berumur 6 tahun, dia mengantarmu pergi ke sekolah.
Sebagai balasannya, kau berteriak.”NGGAK MAU!!”

Saat kau berumur 7 tahun, dia membelikanmu bola.
Sebagai balasannya, kau lemparkan bola ke jendela tetangga.

Saat kau berumur 8 tahun, dia memberimu es krim.
Sebagai balasannya, kau tumpahkan hingga mengotori seluruh bajumu.

Saat kau berumur 9 tahun, dia membayar mahal untuk kursus bahasamu.
Sebagai balasannya, kau sering bolos dan sama sekali tidak pernah berlatih.

Saat kau berumur 10 tahun, dia mengantarmu ke mana saja, dari kolam renang hingga pesta ulang tahun.
Sebagai balasannya, kau melompat keluar mobil tanpa memberi salam.

Saat kau berumur 11 tahun, dia mengantar kau dan teman-temanmu ke bioskop.
Sebagai balasannya, kau minta dia duduk di baris lain.

Saat kau berumur 12 tahun, dia melarangmu untuk melihat acara TV khusus orang dewasa.
Sebagai balasannya, kau tunggu sampai dia di keluar rumah.

Saat kau berumur 13 tahun, dia menyarankanmu untuk memotong rambut, karena sudah waktunya.
Sebagai balasannya, kau katakan dia tidak tahu mode.

Saat kau berumur 14 tahun, dia membayar biaya untuk kempingmu selama sebulan liburan.
Sebagai balasannya, kau tak pernah meneleponnya.

Saat kau berumur 15 tahun, dia pulang kerja ingin memelukmu.
Sebagai balasannya, kau kunci pintu kamarmu.

Saat kau berumur 16 tahun, dia ajari kau mengemudi mobilnya.
Sebagai balasannya, kau pakai mobilnya setiap ada kesempatan tanpa peduli kepentingannya.

Saat kau berumur 17 tahun, dia sedang menunggu telepon yang penting.
Sebagai balasannya, kau pakai telepon nonstop semalaman.

Saat kau berumur 18 tahun, dia menangis terharu ketika kau lulus SMA.
Sebagai balasannya, kau berpesta dengan temanmu hingga pagi.

Saat kau berumur 19 tahun, dia membayar biaya kuliahmu dan mengantarmu ke kampus pada hari pertama.
Sebagai balasannya, kau minta diturunkan jauh dari pintu gerbang agar kau tidak malu di depan teman-temanmu.

Saat kau berumur 20 tahun, dia bertanya, “Dari mana saja seharian ini?”
Sebagai balasannya, kau jawab,”Ah Ibu cerewet amat sih, ingin tahu urusan orang!”

Saat kau berumur 21 tahun, dia menyarankan satu pekerjaan yang bagus untuk karirmu di masa depan.
Sebagai balasannya, kau katakan,”Aku tidak ingin seperti Ibu.”

Saat kau berumur 22 tahun, dia memelukmu dengan haru saat kau lulus perguruan tinggi.
Sebagai balasannya, kau tanya dia kapan kau bisa ke Bali.

Saat kau berumur 23 tahun, dia membelikanmu 1 set furniture untuk rumah barumu.
Sebagai balasannya, kau ceritakan pada temanmu betapa jeleknya furniture itu.

Saat kau berumur 24 tahun, dia bertemu dengan tunanganmu dan bertanya tentang rencananya di masa depan.
Sebagai balasannya, kau mengeluh,”Aduuh, bagaimana Ibu ini, kok bertanya seperti itu?”

Saat kau berumur 25 tahun, dia mambantumu membiayai penikahanmu.
Sebagai balasannya, kau pindah ke kota lain yang jaraknya lebih dari 500 km.

Saat kau berumur 30 tahun, dia memberikan beberapa nasehat bagaimana merawat bayimu. Sebagai balasannya, kau katakan padanya,”Bu, sekarang jamannya sudah berbeda!”

Saat kau berumur 40 tahun, dia menelepon untuk memberitahukan pesta ulang tahun salah seorang kerabat.
Sebagai balasannya, kau jawab,”Bu, saya sibuk sekali, nggak ada waktu.”

Saat kau berumur 50 tahun, dia sakit-sakitan sehingga memerlukan perawatanmu.
Sebagai balasannya, kau baca tentang pengaruh negatif orang tua yang menumpang tinggal di rumah anak-anaknya.

Dan hingga suatu hari, dia meninggal dengan tenang. Dan tiba-tiba kau teringat semua yang belum pernah kau lakukan, karena mereka datang menghantam HATI mu bagaikan palu godam

Selamat Hari Jadi Mami


Hari ini, hari ulangtahun mamiku... Happy birthday my mami... smg pjg umur, murah rezeki, bahagia disamping papa, anak2& cucu2. Yang paling penting, semoga mami sihat dan lebih sihat.Tak nak tgk mami sakit lagi. TIMAH HASSAN insan yang paling kusayangi dan mamiku paling penting dalam hidupku. Aku sayang mami!!!

Aku sentiasa berdoa agar mami sihat dan bahagia selalu. Kasih sayang mami tiada tandingan, aku akan lemah jikalau mami tiada di sisiku. Mami insan yang amat berharga dan terlalu istimerwa untukku. Aku tak mungkin tenang jikalau mami tiada. Bagiku, mami semangatku dan mami lilin yang amat mahal untukku.

Aku mahu mami sentiasa sihat dan bahagia.

Mami amat penting bagiku. Tiada siapa yang dapat pisahkan mami dariku selain ALLAH. Aku sayang mami sangat2. Mami matahari di siang hariku dan mami adalah bulan pada malamku. Kasih sayangku kepada mami tiada perhujungnya.

Setiap kali aku dengan lagu You're my Everything dari Santa Esmeralda, setiap kali itulah aku terkenangkan mami ku...

Tuesday, March 2, 2010

Setiap hari inilah yg aku tatap

Hari-hari aku menatap Microsoft word tanpa jemu.Masih dan terlalu banyak aku harus betulkan manuskripku. Mujurllah aku tidak muak membaca hasil karyaku sendiri.. Aku mahukan hasilku ini berjaya di suatu hari nanti. Aku akan terus berusaha tanpa jemu. Setiap malam aku lewat tidak menghabiskan mengedit manuskripku ini, memang kalau orang yang tidak minat pada novel ia akan bosan tapi aku tidak. Aku akan puas dengan hasil karyaku.

Monday, March 1, 2010

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.



Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.