Huh, ajaib betullah facebook ni, aku boleh jumpa balik kawan-kawan yang dah berkurun aku tak jumpa. Last aku jumpa kawan-kawan aku tu masa aku di tingkatan 5 tahun 1998... huh, terkejut ada, teruja pun ada... kawan kolej pun yang dah 5 tahun tak jumpa, dengan facebook aku bergurau dengan berkomen, berchatting dan bermassage.
Setiap hari, aku pasti akan menglogin Facebook. Kat situlah aku dapat tahu kisah hidup kawan-kawanku seharian. Boleh dikatakan setiap hari aku bersama dengan kawa-kawan sekolahku. Kami bergurau dan mengimbas kembali kenangan kami semasa sekolah dulu, huh rindunya! Bertanya khabar dan bercerita tentang kehidupan kami masing-masing. Ramai kawan-kawan sudah berkahwin, masing-masing dah jadi mama dan papa pun, alhamdulillah.
Dah lama aku cari lin, Hazleen kawan rapat baikku. Last aku dan dia di SMKRP, kami bergaduh, apasal kecil aje, aku tak tunggu dia pergi rehat dan kami salah faham. Aku cari dia tapi tak jumpa dan kini Facebook yang ketemukan kami kembali. Ramailah yang aku berbual dengan kawan-kawan sekelasku... Bagus jugak Facebook ni.
mmg bagus FB ni.. mcm2 ada haha..
ReplyDeletebagus... tapi buat sy leka..
ReplyDelete