Thursday, July 29, 2010

Tiba-tiba terindu

Aku marah pada diriku kenapa aku perlu rindukannya. Memang dia lelaki yang pernah aku cintai dan rindui tapi aku rasakan aku tidak pantas untuk rindukan mana-mana lelaki yang pernah aku cinta. Pada farid, rindu ini selalu untuknya tapi aku padam rindu ini kerana masa depanku, rindu pada Syam! Tidak mungkinlah, aku benar-benar membencinya dan pada Faizal!? Ya, aku masihkannya tapi sekadar merindui sahaja dan itu tidak bererti apa-apa. Aku yakin yang ketiga-tiga lelaki ini, tidak akan lagi dalam hidupku. Pada wanita yang mendampingi lelaki-lelaki ini, janganlah risau, aku tidak akan merampas mereka untuk kembali dalam hidupku.
Teruskanlah hidup mereka masing-masing dengan dunia yang baru. Janganlah rasa bersalah terhadapku, aku telah pun merelakan mereka pergi. Farid, walaupun bagaimana cara dia memujukku aku yakin yang aku tidak memulakan apa yang aku akhirkan. Memang aku sayu dengan apa yang berlaku pada dunia percintaanku yang tidak ada kejayaan tapi itu yang disuratkan padaku dan aku harus redha dengan hati yang tenang.]
Terindu, merindui dan rindukan, itu tidak salah, mungkin. Aku sekadar mengingatkan yang mereka pernah menjadi kesayanganku. Memang hatiku akan sayu jikalau kerinduan menjelma di hatiku tapi aku akan melawan perasaan yang menantang di hatku ini.

Apa yang aku buat

Aku tersikit kecewa, manuskripku masih belum siap. Entahlah, mengapa begitu untuk siapkan manuskripku itu? Dengan kesukaran menyiapkan itu, aku bertanya pada diriku, adakah aku layak untuk menjadi penulis novel? Mampu aku berkarya sebenarnya? Dan, bolehkah aku siap sebuah novel dan sebanyak novel selamaku di bumi Allah ini? Jawapannya, YA! Akan aku usahakan. Ini mahuku dan ini impianku.
Aku tidak mungkin mengalah dan aku akan merealitasikan impianku itu. Yang perlu ada padaku, aku haruslah terus bersemangat dan teruskan berkarya tanpa henti. Aku mengedit manuskripku sepenuh dan setiap hari, aku sibuk dengan mengedit manuskripku sehingga blog ini pun jarang kuupdatekan, arghaku tidak ada peminat blog so mungkin tidak mengapalah aku tidak mengupdate kut.
Tentang hidupku seperti biasa. Aku sibuk dengan anak-anak buah kesayanganku dan aku sukakan itu. Mereka permata hatiku, walaupun banyak songgeh tapi menyeronokkanku. Berkarya adalah satu kewajipanku dan aku akan pastikan aku berkarya walaupun hanya 2,3 muka surat. 2,3 muka surat bilalah hendak siap. Huh, aku tidak reti untuk konsistenkan masaku untuk menulis.
Cuba dan cuba, ya aku akan terus cuba sedayaku untuk menyiapkan manuskripku. Akan sudah katakan yang aku mahu menjadi penulis dan tiada alasan untukku mencapai impianku itu. Insya Allah. Aku selalu berdoa pada yang ESA tentang impianku itu dan aku yakin Allah akan menunaikan apa yangku pinta padaNYA. Soal lambat atau cepat, itu urusanNYA dan aku tidak mungkin putus asa untuk menanti impianku itu. Setiao insan ada kejayaannya tersendiri, yang penting usaha dan usaha!

Saturday, July 24, 2010

lama tak update

Bukan malas tapi tak sempat. Masaku banyak microsoftword dan di FB. Klu aku buka Fb dan ramai kawan-kawanku online hemm jawapnya berkampunglah aku di fb tapi itu bukan bererti aku tidak menulis. Menulis dan berkarya keutamaan bagiku. Aku tidak mungkin lupakan karyaku.
Masaku bertambah terhad dengan tugasan baru. Kini, aku menjaga Muqri, masaku sepenuhnya untuk anak buahku itu, emm tidak lupa anak-anak buahku yang lain, Danish,Danial dan Dahlia. Sekarang ini Dahlia semakin aktif, fuh menjaganya perlu kesabaran. Walaupun hidupku sibuk tapi aku sukakan keadaan ini.
Karyaku? Entahlah, aku masih mengedit dengan lebih teliti. Kadang-kadang itu aku down juga tapi jadi penulis impianku yang perlu jadi kenyataan. Aku akan terus berkarya tanpa rasa muak ataupun putus asa.
Dengan kesibukan itulah yang membuat aku sudah lama tidak mengupdate blog ini. Huh... masa untuk berkarya, semua sudah tidur dan aku boleh menulis.

Saturday, July 10, 2010

Kenapa mesti tipu diri sendiri

Aku tidak suka kalau ada yang menipu, aku akan lebih marah jikalau orang itu menipu diri sendiri. Kalau tidak belajar tinggi, berterus terang sahajalah tidak perlu berbohong. Ini tidak cakap bejalar di Universiti, di USM lagi.
Untuk apalah mahu berbohong? Sekadar untuk membangga diri, memanglah untuk membangga diri tapi dia tidak tahu yang orang akan cemuh dan kata-kata dengan identiti yang tidak sah itu. Aku bukan hendak menyibuk tapi aku tidak suka orang sebegini. Kadang-kadang orang seperti ini cakap aje pandai tapi habuk pun tak ada. Hiss, tidak sukalah dan orang macam ini berlagaknya mak ai, lebih tinggi dari orang yang ada PHD.
Entahlah, bagi aku tidak ruginya kalau kita merendah diri dan bercakap benar. Bukannya tiada perlajaran tinggi orang hendak kutuk.Hidup ini bukan terletak pada lagak kita tapi terletak pada kebaikan dan kejujuran kita. Tidak untungnya tidak berlagak dan membangga diri, itu akan memalukan diri kita sendiri.
Aku selalu ingatkan diriku jangan hendak berlagak. Hidup ini akan tenang kalau kita bercakap jujur dan ikhlas. Allah pasti akan menolong kita jikalau kita ini rendah tarafnya, yang penting kita haruslah berusaha tapi kalau kita bercakap besar, hemmm tahu-tahulah akibatnya. Tidak ke mananya kalau kita berlagak. Seboleh-bolehnya, aku mahu menghindarkan sikap berlagak itu dari diriku dan aku mahu terus jujur juga tahu siapa aku yang sebenarnya.

Thursday, July 8, 2010

Hari ini, terseksa sungguh

Tiada idea, huh itu pekara yang amat seksa untukku. Aku cuba berkhayal tetapi tidak berjaya dan aku sedikit terasa amat malas untuk berkarya. Tapi,kalau aku tidak berkarya aku terseksa, terasa ada pekara yang tidak lepas. Aku cuba layan lagu jiwang tapi tidak berjaya, cuba tengok gambar gadis-gadis jelita dan jejaka-jejaka yang kacak tapi masih tidak idea. Yang palingnya tiada mood.
Aku tidak tahu kenapa? Hendak mengupdatekan blog pun aku rasa berat sangat dan malas yang teramat. Mataku ini tidak habis-habis mengantuk, pahal aku memang cukup tidur. Kalau penulis lain tidak cukup tidu tapi aku penulis yang terlebih tidur, hahaha. Memang aku tidur awal pagi, pukul 3 am barulah aku lelapkan mataku tapi awal tengah hari aku bangun. Aku memang akan marah kalau aku bangun lewat tapi tidak menyesal. Hem, aku tidak tapi cukup sukar untuk aku bangun awal. Mami dan papa pun tidak pernah bising, mungkin mereka tahu aku tidur lewat dan mereka tahu yang aku menulis, menulis ke? bukan berFB, ergh, menulis okey.Walaupun 4,5 muka surat itu pun menulis jugak kan. Argh, tidak kisahlah apa yang aku menulis tapi aku wajib menulis.
Okey, aku mahu sambung berkhayal dan berkarya, chow!

Selalu bangun lewat, geramnya


Boleh dikatakan setiap hari aku bangun lewat. Setiap kali aku terbangun lewat, aku akan marahkan diriku sendiri. Setiap hari aku marah pada diriku dan berjanji pada diri sendiri tidak akan bangun lewat lagi. Argh, janji tinggal janji, esoknya aku akan bangun lewat lagi. Tension betul. Tapi aku bangun solat subuh tau, selepas solat aku tidur balik hahaha.
Memang aku tidur lewat disebab aku berkarya tapi itu alasan yang tidak boleh diterima pakai, ramai penulis yang handal berkarya di larut malam dan boleh saja bangun awal pagi tapi aku ini hanyalah penulis cabok saja, itu pun tak nak bangun awal. Problem betul Anne Kasih Mustaffa ini. Kadang-kadang aku hendak tahu bagaimana jadual bagi seorang penulis yang handal? Tapi, pada siapa aku mahu bertanya, seganlah.
Ini ada Fakta yang berguna untuk bangun awal. fakta yang elok untukku.

Orang kata bangun awal murah rezeki, selain bangun awal untuk solat subuh, bangun awal juga boleh buat macam-macam aktiviti bermanfaat, selak balik nota-nota dengan harapan ilmu lebih mudah masuk dek kerana suasana sunyi dan tenang. Boleh juga layan jog seround dengan harapan badan lebih sihat kerana udara masih belum tercemar dengan asap-asap kenderaan.

Cara-cara untuk bangun awal bagi mengikut teori akal, tidur jangan lewat sangat, melainkan korang ada semangat yang kental, tidur sejam pun korang boleh bangun awal.

Tetapkan niat korang nak bangun pagi solat subuh, berdasarkan eksperimen yang aku buat, kaedah ini sememangnya berhasil dengan jayanya.

Adalah pasang dua tiga jam loceng, aku rasa cara tradisional ini tak berkesan seandainya cara pertama dan kedua tidak dipatuhi, kalau bangun pun, tangan korang capai untuk tutup alarm handphone dan sambung tidur, serupa tak payah! Itulah aku.

aku berharap sangat, pada masa akan datang lebih banyak aku boleh bangun pagi dan harapan pagi yang dimulai dengan solat subuh mampu menjamin hari yang cemerlang untuk kita. Aku akan usahakan. Rezeki susah nak datang kalau kita selalu bangun lewat. Aku cabar diriku, bangun awal esok pagi dan buat novel denga masa yang lebih awal.Malam aku boleh menahan mata tak akanlah waktu pagi aku tak boleh nak tahan mata. Cuba!

VIVAnews - Terlambat seringkali membuat seseorang tidak dan kehilangan mood bekerja atau belajar. Sebagian besar alasan mengapa seseorang terlambat di antaranya karena kesulitan bangun pagi.

Berikut beberapa tips sederhana yang membantu Anda dapat bangun pagi hanya dalam dua minggu.

- Atur Ulang Jam Biologis
Dengan mengubah jam biologis, Anda mampu bermetamorfosis dari seseorang yang sulit bangun pagi menjadi orang yang mampu bangun lebih cepat. Sebelum tidur lakukan hal-hal berikut.

* Gantung pakaian yang akan Anda gunakan esok pagi dan pisahkan dari pakaian yang lain.

* Siapkan sarapan untuk Anda besok pagi.

* Periksa agenda dan cek apa yang akan Anda lakukan. Otak akan merespon rencana kegiatan itu dan Anda tidak akan dipenuhi pertanyaan "Saya melakukan apa".

- Cari Motivasi Bangun Pagi
Agar mampu bangun pagi, Anda harus memiliki motivasi kuat mengenai hal itu. Dengan kata lain, Anda membutuhkan alasan mengapa tidak ingin kembali tertidur selama 15 menit di pagi hari.

Jika pekerjaan tidak memberi motivasi, lakukan untuk diri sendiri. Isi pagi hari dengan melakukan hal-hal yang bernilai bagi Anda seperti mengobrol dengan anak-anak, mengunjungi taman, berolahraga atau mempersiapkan pertemuan dengan klien.

- Beri Hadiah setelah Bangun Pagi
Anda memerlukan hadiah bagi diri sendiri saat berhasil bangun pagi. Nikmati sarapan enak dan baca koran saat berhasil bangun pagi. Janjikan diri sendiri untuk membaca buku kegemaran atau ke pusat kebugaran nanti malam. Jika dapat bangun lebih pagi, Anda dapat menggunakan waktu untuk melakukan hal-hal yang Anda sukai.

- Tidur Lebih Awal
Orang yang sering terlambat bangun pagi berpikir orang bangun pagi karena mereka mengalami kesulitan tidur. Bila ingin mengubah kebiasaan tidur, Anda mesti berpikir seperti orang yang bangun pagi hari. Rahasia bangun pagi ternyata sangat sederhana, tidur lebih awal.

- Sejuta Manfaat dari Bangun Lebih Pagi
Begitu Anda mengikuti beberapa tips di atas dan bangun pagi, Anda akan menyadari mengapa orang sering berkata "ayam yang bangun pagilah yang mendapat cacing". Anda akan menemukan dunia yang berbeda jauh dari yang Anda alami selama ini.

Anda bisa menikmati matahari pagi dan berjalan-jalan. Anda bisa lebih santai menikmati kopi dan sarapan. Manfaat bangun pagi lainnya, Anda dapat menghirup udara yang lebih segar dan terhindar dari stres karena kemacetan.

Kredit untuk ;http://kosmo.vivanews.com